Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Surat kedua: Kita tunggu respons Istana - Wan Azizah

$
0
0

BERNAMA


KUALA SELANGOR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respons Istana.

"Hari ini saya jumpa (anggota PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama (Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok) Dr Idris Ahmad, (bekas Exco kerajaan Selangor) Elizabeth Wong, (Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa dan Anggota Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penyampaian sijil program bacaan Bahasa Inggeris dan penyerahan wang bantuan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), di sini.

Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Selangor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor. - Bernama

Perketat atau pinda Sosma, kata Musa

$
0
0

Musa HassanMusa Hassan
 
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan perlu memperketatkan pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang diwartakan sejak tahun 2012.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bercakap kepada pemberita hari ini, undang-undang tersebut perlu dikaji dan ditambah baik demi memelihara keamanan di negara ini.

“ISA sudah tidak ada lagi, tidak perlu kita nak harapkan ISA (bagi menahan invividu yang mencetuskan keganasana sehingga menggugat keamanan negara), tetapi kita ada Sosma,” katanya melalui Seminar Memartabatkan Institusi Tuanku Sultan Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya, Sosma boleh diperuntukkan oleh pihak berkuasa bagi menahan individu yang didakwa telah melakukan apa jua jenis kesalahan yang menjejaskan keselamatan negara.

“Undang-undang Sosma membenarkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 28 hari dengan kebenaran atau perintah mahkamah.

“Jika disabit kesalahan, dia akan didakwa dimahkamah, jika tidak ada bukti atau keterangan kukuh terhadap individu terbabit, dia akan dibebaskan,” ujarnya lagi.

Akta Sosma dikuatkuasakan bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012.

 Akta tersebut telah diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.

Antara tiga individu yang ditangkap setelah akta tersebut diwartakan termasuklah bekas tahanan ISA Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Mohd Hilmi Hasim yang mana setiap satunya ditahan atas dakwaan mencetuskan keganasan.

Dalam kes berasingan, 104 warga Filipina ditahan di bawah Undang-undang Sosma atas dakwaan mempunyai kaitan dengan Jamalul Kiram III, salah seorang yang menuntut takhta Kesultanan Sulu dalam krisis pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013.

Antara yang didakwa termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah dengan menggunakan identiti palsu.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Rakyat Prihatin Malaysia berkata, dengan pindaan undang-undang Sosma yang baharu, rakyat yang merupakan warganegara Malaysia akan lebih berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan yang boleh mencetuskan sebarang konflik melibatkan integriti dan keselamatan negara.

BN guna kempen PRK jelas isu royalti

$
0
0
SINAR HARIAN


Muhyiddin YassinMuhyiddin Yassin
 
 
 
TUMPAT - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN akan menggunakan kempen PRK Dun Pengkalan Kubor sebagai platform untuk menjelaskan isu royalti petroleum.
 
Katanya, dalam penjelasan yang akan diberikan itu, BN akan menjawab segala fitnah mengenai kononnya Petronas masih belum membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan.
 
Beliau yang menjangkakan Pas akan menggunakan isu royalti pada PRK itu berkata, BN akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan bahawa isu royalti adalah satu fitnah pihak pembangkang terhadap kerajaan pusat.
 
"Ingin saya jelaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya adalah fitnah dan ia serius.
 
"Petronas adalah syarikat milik kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti. Kawasan (cari gali minyak) terlibat adalah melalui kerjasama dengan Thailand dan jaraknya juga adalah lebih tiga batu nautika dan itu bukan milik kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK itu di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN turut mencabar Pas menyiasat daripada semua sudut dan memberi bukti secara spesifik dakwaan yang mengatakan Petronas dan kerajaan tidak membayar royalti sebanyak RM12 bilion itu.
 
"Kita bersikap terbuka dan mereka boleh siasat di mana sahaja dan nyatakan kepada kita jika terdapat keraguan," katanya.
 
Beliau berkata walaupun begitu Kerajaan Persekutuan tetap prihatin dan bersetuju membayar wang ehsan yang kini berjumlah RM140 juta kepada Kelantan.
 
Katanya kerajaan dan Petronas telah membuat penafian sebelum ini terhadap dakwaan itu dan berharap Pas tidak lagi membuat fitnah berhubung soal royalti kerana ia merupakan satu dosa besar dalam agama.
 
"Mereka menuduh kita (kerajaan BN) sehingga menampakkan seolah kita yang bersalah dan kita tidak merasa takut dan saya katakan tadi mereka boleh membuat pemeriksaan terhadap Petronas berhubung perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mengekalkan kemenangan pada PRK tersebut pada 25 September ini.
 
Beliau berkata ini berdasarkan kepada ketokohan calon BN Mat Razi Mat Ail serta perpaduan erat yang ditunjukkan oleh semua anggota Umno dan BN di kawasan itu.
 
"Rekod calon BN, Mat Razi ini adalah amat cemerlang dalam  perjawatan, kelulusan akademik serta pengasas pondok dan saya yakin ia adalah calon paling layak.
 
"Saya yakin pengundi (yang mengundi) BN pada PRU13 lepas akan memilih semula BN kali ini malah lebih baik lagi (majoriti lebih tinggi). Kita sudah bersedia hadapi tentangan hebat daripada Pas," katanya.
 
Pada PRK itu, calon BN akan ditentang calon Pas iaitu Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos.
 
Pada PRU13 tahun lepas, Nor Zahidi mengalahkan calon PKR Shaharun Ibrahim  dan Izat Bukhary yang juga bertanding sebagai calon Bebas dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama

Isu air: PR berhak kaji semula perjanjian

$
0
0

 Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
 
 
 
SHAH ALAM - PR menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan kemelut penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak sekian lama.

Ahli Jawatankuasa Air PR Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan langkah itu demi kepentingan dan kebajikan rakyat bukan sahaja di negeri bahkan di seluruh negara.

"Secara prinsipnya saya mahu yang terbaik untuk rakyat dan tentunya apa pun langkah sama ada dibuat oleh PR mahupun Kerajaan BN yang mengisi dan memenuhi kepentingan dan kemaslahatan rakyat Selangor dan mana-mana negeri di negara ini.

"Ia perlu didokongi oleh semua pihak yang mengamalkan politik sihat dan baru, mesti berteraskan prinsip, kita tidak mempunyai pemikiran sempit dari segi hanya mementingkan kepartian dan tidak dapat mengiktiraf kebaikan walaupun dilakukan oleh pihak lawan. Itu prinsip saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas (PPP) bagaimanapun menegaskan PR mempunyai hak untuk menyemak semula perjanjian tersebut bagi memastikan tidak wujudnya salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Seandainya kami (PR) mengambil alih kemudian (kerajaan negeri) dan kita dapati wujudnya kesalahan dalam apa jua sama ada dari sudut penafsiran mahupun aspek perudangan, maka kerajaan PR Selangor berhak untuk menimbang kembali akan apa jua yang bersifat perjanjian berat sebelah.

"Semua ini hanya kita dapat lakukan ketika kita mendapat akses atau capai kepada maklumat dengan lebih terperinci (perjanjian utama) dan ia perlu dilakukan oleh pakar-pakar seperti juru audit dan penganalisis ekonomi dalam perkara ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah memeterai Perjanjian Utama pengambilalihan perkhidmatan air dengan kerajaan pusat di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya, semalam.

Perjanjian itu telah dimuktamadkan dengan kos pengambilalihan penstrukturan semula industri air lebih rendah daripada tawaran asal iaitu RM7.45 bilion berbanding RM9.65 bilion sebelum ini.

Mengulas lanjut, Dzulkefly menegaskan bahawa Kerajaan PR Selangor tidak akan menerima 'bulat-bulat' perjanjian yang telah diaturkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa mendapat maklum balas daripada ahli Jawatankuasa Air PR Selangor sebelum ini.

Jawatankuasa Air itu dianggotai bersama Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang diangkat Majlis Pimpinan PR pada awal tahun ini.

"Saya melihat Abdul Khalid nampak bersungguh sangat untuk memeterai semua perjanjian itu sementara itu beliau telah meletakkan jawatan tapi diberi satu laluan atau waktu senggang sebelum dilantik seorang menteri besar baharu.

"Kita tidak boleh dipaksa untuk bersetuju dengan satu perjanjian khususnya dalam suasana begini, maka ia sangat tidak adil untuk memaksa kerajaan PR menerima bulat-bulat," katanya lagi.

30,000 Pati ditahan seluruh negara sejak 22 Julai

$
0
0
SINAR HARIAN

Gambar hiasanGambar hiasan
 
 
 
ALOR SETAR - Kira-kira 30,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Bersepadu di seluruh negara sejak dilancarkan pada 22 Julai lepas.
  
Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen,  Zahari Abdul Aziz berkata Pati yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tinggal melebihi tempoh ditetapkan di negara ini.
  
Katanya Ops Bersepadu itu menyasarkan seramai 100,000 warga asing lagi ditangkap atau dihantar pulang sehingga akhir tahun ini.
  
Sepanjang operasi itu, Jabatan Imigresen telah memeriksa 75,000 warga asing di seluruh negara dengan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
  
"Kita juga akan ambil tindakan tegas terhadap majikan yang melindungi Pati," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Kedah di Anak Bukit di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi bersepadu  di seluruh negara hari ini turut menahan 613 Pati dan lapan majikan.
  
Di Kedah, Ops bersepadu oleh Jabatan Imigresen Kedah menahan 39 warga Myanmar di beberapa lokasi termasuk di Shahab Perdana dan Jalan Langgar.
  
Zahari juga menggesa Pati supaya menyerah diri secara sukarela sebelum hujung tahun ini, dengan hanya membayar kompaun sebelum dihantar pulang. - Bernama

Walaupun Perletakan Jawatan Sudah Diterima Sultan, Haji Hadi Masih Mahu Khalid Sebagai MB Selangor

$
0
0
shahbudindotcom


Presiden Pas, Haji Hadi Awang terus bertindak membingungkan rakan-rakan dalam PR berhubung kemelut Menteri Besar Selangor apabila menyatakan mahu Khalid Ibrahim terus dikekallan di jawatan itu sebagai jalan keluar terbaik bagi isu yang sudah lama berlarutan ini.

Kenyataan yang dilafazkanya kepada pemimpin muda PR yang mengunjunginya itu turut menyebut bahawa Haji Hadi bersedia untuk memantau tugas Khalid selepas ini.

Ketua AMK PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir dalam pertemuan dengan Haji Hadi bersama Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat, jelas resah dengan pendirian terbaru Presiden Pas itu kerana ia sekali lagi bertentangan dengan pendirian rasmi PR berhubung isu Menteri Besar Selangor ini.

Pendirian rasmi PR ialah bersetuju Khalid digantikan dan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan secara rasmi pula sudah pun membuktikan sokongan majoriti 30 Adun yang dimilikinya.

Sebenarnya, pendirian terbaru Haji Haji ini bukan saja bertentangan dengan PR, tetapi juga jelas tunggang-terbalik dengan pendirian Pas sendiri sebelum ini. Pendirian mahu Khalid kekal ini adalah pendirian awal Haji Haji yang dinyatakannya sebelum Hari Raya lalu, tetapi apabila Khalid kemudiannya dipecat daripada PKR, Pas telah setuju menolak Khalid serta mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai penggantinya. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pas pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun apabila pendirian mencalonkan dua nama ini tidak dipersetujui oleh PR, Pas dalam mesyuaratnya pada 25 Ogos membuat pendirian menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor untuk memilih pengganti Khalid.

Apabila Sultan Selangor meminta setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama, sementara PKR dan DAP kekal dengan pencalonan tunggal Dr Wan Azizah, Pas sekali lagi memhuat keputusan berbeza. Pada 2 September, melalui pencalonan yang diputuskan secara sendirian oleh Haji Haji, Pas telah menghantar tiga nama daripad kalangan Adunnya sendiri untuk mengganti Khalid iaitu Iskandar Samad, Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kemudian sebelum tarikh tutup 3 September yang diminta oleh Sultan Selangor untuk mengemukakan nama kepada baginda, Pas sskali lagi menghantar nama iaitu senarai kedua yang mengandungi nama Dr Idris Ahmad dan Yaakob Sapari dari PKR serta Iskandar daripada Pas.

Setelah berpusing-pusing dan berbolak-balik pendiriannya, Haji Hadi nampaknya sekali lagi membuat keputusan yang berbeza. Pendiriannya mahukan Khalid kekal yang dinyatakan dalam pertemuan dengan para pemimpin muda PR sebenarnya adalah pendirian awalnya sebelum ini tetapi ianya sudah pun ditolak pada mesyuarat ahli jawatankuasa Pas pada 17 Ogos dengan alasan Menteri Besar itu sudah pun dipecat daripada PKR.

Tetapi kini, nampaknya Haji Hadi bersikap "wal hasil balik asal" dengan kembali kepada keputusan asal yang mahukan Khalid terus dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Tindakan Haji Hadi ini bukan saja terus menunjukkan Pas berbeza pendirian setiap kali membuka mulut, bahkan juga sesuatu yang jauh daripada mendatangkan hasil. Ini kerana jika diimblas kembali, Khalid sudah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar serta sudah pun diperkenankan oleh Sultan Selangor, cuma ditangguhkan saja buat sementara waktu sehingga pengganti yang baru dilantik.

Apakah Haji Hadi sedar mengenai perkara ini dan kerana Sultan sudah menerima perletakan jawatan Khalidlah, maka baginda meminta dikemukakan nama atau ini bermaksud beliau mahukan Sultan Selangor menarik balik perkenan menerima perletakan jawatan Khalid pula?

Tambah menghairankan lagi, dengan mahukan Khalid dikekalkan ini, adakah ini bermakna pencalonan melalui dua senarai yang selama ini dipertahankan ssbagai haknya selaku Presiden parti itu, termasuk mencalonkan Adun Pas sendiri hanyalah main-main saja?

Lebih dari itu, mencadangkan Khalid dikekalkan juga bagaikan menyongsang arus kerana beliau adalah Adun Bebas yang hanya bersendirian serta jauh daripada memiliki majoriti sokongan.

Dalam mahu mengekalkan Khalid ini, apabila Haji Hadi menawarkan mahu memantau tugas-tugas Menteri Besar selepas ini, tentunya ramai yang bersikap sinis mengenai kelayakan dan kemampuan beliau dalam hal itu. Apakah pengetahuan ekonomi, pengurusan korporat, pentadbiran dan lain-lain yang dimilikinya sudah cukup berwibawa untuk memantau tugas Khalid pula?

Tentunya juga ada yang bertanya, bagaimanakah Haji Hadi yang hanya bertahan selama sepenggal sebagai Menteri Besar Terengganu, mampu untuk memantau dan mengawal selia pentadbiran di Selagor yang jauh lebih kompleks dan sukar?

Itu belum dikira lagi kegagalannya menyelesailan pertelingkahan di Kedah sehingga akhirnya kerajaan Pas dapat ditumbangkan oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya 2013 lalu.

Tetapi yang nyatanya, melalui pendirian terbaru ini, Haji Hadi masih jauh daripada bersikap mahu bersama-sama dengan PR menyelesaikan masalah yang pun sedia berbelit-belit ini. Setelah berpusing-pusing beberapa kali dengan pendirian dan keputusan yang berbeza-beza, tiba-tiba mahukan Khalid pula dikekalkan sedangkan tuan punya tubuh sudah menyerahkan perletakan jawatan dan diperkenankan oleh Sultan Selangor, persoalan yang bermain-main di fikiran ramai orang ialah apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Haji Hadi dalam isu ini?

Itu salah, ini salah dan semua orang orang serba salah.

Hanya Haji Hadi dan mungkin orang-orang yang rapat dengannya saja yang tahu apa isi hatinya.

Hutang Negara Malaysia Terus Melonjak Tinggi RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan!

$
0
0
 


Najib Letak Jawatan Mahathir



Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Kerajaan Boros Berbelanja Bakal Muflis Seperti Argentina. Letak Jawatan : Sebelum ini Tokoh Wartawan Negara pernah mencadangkan (DI SINI) hujung tahun lepas tahun 2013 iaitu kepada Najib Razak supaya memberikan peluang dan ruang kepada isterinya, Rosmah Mansor untuk menjadi menteri bagi menggantikan menteri yang kurang berpotensi. Sampai begitu sekali? Terbaru….

Terbaru, atas nama sayangkan bangsa dan negara lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selama tempoh 22 tahun, Tun Dr Mahathir pula mengambil tempat untuk memberikan nasihat dan peringatan kepada Najib Razak yang buat diibaratkan sebagai “anaknya” yang mana mahu mengharapkan anaknya itu berpandangan jauh, berdisiplin dan mampu buat keputusan yang betul, jalankan tanggungjawab dan tegur apa yang dirasakan Tun Dr Mahathir tidak betul.

Sebelum ini, Mahathir telah bertindak drastik apabila telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Najib Razak sebagai pemimpin negara. Semuanya atas sebab-sebab berdasarkan laporan Berita Semasa di bawah ini :

BACA SINI : Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, 
Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?

Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir yang dilihat mempunyai karisma yang tersendiri apabila mengeluarkan kata-kata dan pandangannya kelihatan lembut dan tidak perlu menjerit-jerit ketika mengeluarkan butir-butir perkataan daripada mulutnya tetapi AWAS……

Lenggok bahasa politik yang digunakan cukup sinikal yang sehingga mampu membuatkan ramai ketawa sendirian dan ada juga yang menahan luka mendengar sindiran dan kata-kata pedas yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir. Terbaru…..

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK). 16 Tahun Bajet Defisit. Mahathir Nasihat Letak Jawatan?

 

  1. Tun Mahathir menemplak 1Malaysia Development (1MDB) boros berbelanja
  2. 1Malaysia Development (1MDB) dilihat berdiri megah atas nama “Dana Kekayaan Negara”, apabila membelanjakan duit negara seolah-olah Malaysia mempunyai terlalu banyak lebihan wang untuk dibelanjakan. Sedangkan hakikatnya, duit yang dibelanjakan adalah hutang yang dibuat berbilion ringgit
  3. Apabila terlalu banyak hutang, Malaysia tidak akan terlepas menjadi muflis seperti Argentina
    Sedangkan pelbagai hutang ditambah menyebabkan hutang negara terus melambung tinggi
  4. Hutang perlu dibayar dan dikurangkan
  5. Tetapi apabila bajet defisit yang dibentangkan setiap tahun, mana mungkin Malaysia boleh bayar hutang negara
  6. Nasihat Tun Mahathir kepada Najib Razak dan anak buahnya supaya apabila pembentangan Bajet 2015 dan seterusnya mestilah mengikut had siling hutang negara yang telah diputuskan secara rasmi di Dewan Rakyat
  7. Jikalau beliau menjadi Perdana Menteri sekarang, pastinya beliau akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan berundur jikalau melihatkan corak pentadbiran kerajaan malaysia sekarang
  8. Kerajaan malaysia & Putrajaya dilihat gagal menunjukkan kepimpinan yang kuat dan meletakkan Malaysia ke landasan yang betul dalam aspek pembangunan Malaysia
Peringatan Tun Dr Mahathir
 
Berdasarkan semakan Berita Semasa laporan yang dikeluarkan oleh Sarah Fowler dari Oxford Economic meletakkan kedudukan ekonomi Malaysia adalah paling berisiko di Asia.
  • Ini kerana Malaysia dilihat terus kekal mempunyai hutang negara kepada KDNK melebihi paras 50% untuk 5 tahun seterusnya.
  • Sedangkan pada ketika ini, hutang negara Thailand, Korea Selatan dan juga Indonesia kepada KDNK negara mereka masih tidak lagi mencecah kepada paras 33%.
Dan inilah antara sebab utama, Fitch Rating terus mengekalkan pendirian dan laporan mereka Malaysia hanya layak dberikan rating “A-” pada Julai 2014 yang lalu.

Hutang Negara RM692 Bilion (62% KDNK) Terkini?

 

Semakan Berita Semasa terhadap portal “The Economist” menunjukkan hutang negara sudah hampir mencecah RM700 bilion.

hutang kerajaan
BACA SINI LAPORAN BS JUN 2014 : Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion Langgar Had Siling 55%. Kadar Faedah Hutang Melonjak Tinggi. Alternatif Pendapatan? GST 6%!
hutang Malaysia

Dan Boston Consulting Group telah memberikan peringatan, bagaimana sesebuah negara yang mana ekonomi negara mereka boleh jatuh menjadi krisis yang buruk jika hutang negara tidak diuruskan dengan baik daripada sekarang.

Hakikatnya, hutang negara sekarang berada pada paras RM692 Bilion dan angka dilihat akan ini terus meningkat. melihatkan trend hutang negara yang tidak pernah menyusut malah terus melonjak dan meningkat naik.

KLIK SINI : Hutang Malaysia Menjelang Pilihanraya Umum 2013 (PRU 13) 
Terus Naik RM549.267 Bilion! Uruslah Dengan Baik Hasil Negara Wahai Kerajaan!

Persoalan, di mana iltizam kerajaan Malaysia untuk menurunkan hutang negara Malaysia? Berapa lama lagi rakyat Malaysia dijamu dengan kenaikan hutang negara yang pastinya beban akan dipulangkan kepada rakyat Malaysia. Apa respon anda pula?

MB Selangor: Hanya Sultan Boleh Tentukan, Saya Tiada Hak - Hadi Awang

$
0
0
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
 
PENGKALAN KUBOR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tiada hak untuk menentukan siapa yang patut dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

Katanya, hanya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang boleh menentukan siapa yang patut dilantik memegang jawatan itu, justeru tidak tidak timbul isu mengenai pendiriannya yang didakwa mahu Tan Sri Abdul Khalid kekal memegang jawatan itu.

Hadi berkata, PAS menghantar tiga nama calon menteri besar dan seterusnya menyerahkan perkara ini diselesaikan mengikut budi bicara Sultan Selangor.

"Hak untuk menentukan menteri besar di Selangor bukan saya tetapi Tuanku Sultan.

"PAS serah tiga nama, parti lain serah berapa nama saya tak tahu. Sultan Selangor boleh menentukan siapa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pilihan raya di Pengkalan Kubor, di sini, malam Sabtu.

Kemelut menteri besar di Selangor kembali diperkatakan apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataannya pada Sabtu mendakwa Hadi masih mahu mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun tidak memberikan jawapan secara jelas.

"Saya baru balik dari Jakarta, tak tengok surat khabar lagi," katanya.

Mengenai pertemuan dengan Nik Nazmi, beliau tidak pasti mengenai perkara itu kerana jadualnya yang padat.

"Semalam (Jumaat) ada ceramah...ramai orang jumpa saya, daripada PAS, wartawan pun ada jumpa temuramah dengan Harakah pun ada.

"Ramai, mungkin antaranya Nik Nazmi adalah," katanya.

Dalam kenyataan Nik Nazmi, beliau menyatakan kerisauan timbul dalam Pakatan Rakyat apabila pertemuannya dengan Hadi baru-baru ini, memberikan jawapan akhirnya untuk mengekalkan Khalid apabila ditanya pandangannya untuk mencari jalan keluar isu menteri besar dan presiden parti itu sendiri akan memantau kelemahan Khalid.

Kebimbangan itu dilihat mempunyai asas apabila Hadi sebelum ini mengejutkan banyak pihak dengan mempersembahkan tiga calon kepada istana untuk dipilih sebagai menteri besar.

Tindakannya itu bertentangan dengan PKR dan DAP serta sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Selangor terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar.

Sehingga kini tiada siapa mengetahui tiga nama yang dikemukakan Hadi kepada Sultan Selangor.

Soalan UPSR Bocor: Muhyiddin Enggan Komen Ada 'Kerja Dalam'

$
0
0

Oleh: NADIRAH H. RODZIMAZWIN NIK ANIS


 
 
 
TUMPAT: Pihak kerajaan enggan mengulas sama ada kes kebocoran kertas perperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) melibatkan 'kerja dalam' walaupun sudah mengenal pasti beberapa orang yang melakukan kesalahan ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis mendapatkan nama suspek dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

"Polis cuba mendapatkan petunjuk dan kami masih menunggu  hasil siasatan tersebut.

"Biarlah pihak berkuasa membuat menjalankan tugas mereka  dan sesiapa yang bertanggungjawab membocorkan kertas peperiksaan ini akan berdepan dengan hukuman undang-undang," jelasnya kepada pemberita di pengkalan Kubor pada Sabtu.

Bagaimanapun Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menolak daripada memberi komen kes kebocoran kertas Sains dan Inggeris ini melibatkan 'kerja dalam' atau sebaliknya.

Kerta peperiksaan Sains dan Inggeris bocor di laman sosial sebelum pelajar-pelajar mengambil kertas peperiksaan itu dan Kementerian Pendidikan mengumumkan peperiksaan akan diadakan kembali pada 30 September ini.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, tujuh orang termasuk wartawan telah direkodkan kenyataan berkenaan kes ini.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Polis Pulau Pinang Ikut Undang-Undang - Abdul Rahim

$
0
0
MSTAR ONLINE


 
 
 
BUKIT MERTAJAM: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau dan pasukannya menjalankan tugas mengikut undang-undang, dan bukan sesuka hati untuk kepentingan sendiri.   

Beliau menegaskan polis juga tidak bertindak atas desakan mana-mana pihak sebaliknya mematuhi peraturan sedia ada.

Justeru itu, katanya polis tidak terjejas dengan cacian dan tohmahan badan bukan kerajaan atau individu yang tidak berpuas hati dengan tugas mereka.

"Tanggungjawab polis adalah menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara...bukan untuk mendengar tohmahan orang ramai semata-mata," katanya  kepada pemberita selepas program Safe Camera (SafeCam) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penyerahan pelekat kamera litar tertutup antara polis dan Auto-City Sabtu malam.

Abdul Rahim mengulas catatan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Reo dalam laman twiternya yang menyatakan "ketua polis pulau pinang takut dengan Lim Guang Eng? sampai bila nak jadi barua DAP'.

Ramesh memuat naik status itu pada Sabtu berikutan polis belum menahan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.   

Sehari selepas itu, polis menahan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima RSN Rayer manakala timbalan pasukan itu yang juga Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik pada Khamis.   

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata SafeCam Polis PDRM, yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan awam dan mengekang jenayah, akan diperluaskan ke beberapa lokasi lain di Pulau Pinang secara berperingkat.

Menerusi pelaksanaan SafeCam PDRM itu, pemilik syarikat, agensi kerajaan atau pihak yang mempunyai CCTV di premis masing-masing boleh menjalinkan kerjasama dengan polis apabila menjadi anggota SafeCam.   

"Menerusi program ini juga ia memberikan akses segera kepada pihak polis terhadap rakaman video untuk tujuan pengambilan bukti serta siasatan dan meningkatkan tahap keselamatan setempat di kawasan berkepentingan.   

Di Pulau Pinang, PDRM bekerjasama dengan Auto-Cityyang mempunyai 1,000 CCTV di kawasan perniagaannya.

Pegawai Dagang Tanpa Permit Haji Dihantar Pulang - Ketua Polis Makkah

$
0
0
MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
MAKKAH: Pegawai dagang yang ditahan kerana menunaikan ibadah Haji tanpa permit akan dihantar pulang kerana melanggar peraturan, manakala jemaah tempatan akan diambil cap jari sebelum dihantar pulang ke bandar masing-masing sementara menunggu hukuman.

Portal dalam talian Arab News, www.arabnews.com, pada Jumaat melaporkan tahun ini, kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menunaikan Haji tanpa permit. 

Arab News memetik Ketua Polis Makkah Mejar Jeneral Abdulaziz Al-Asouli sebagai berkata bahawa ini adalah julung kali peraturan itu dilaksanakan di kota suci itu.

Menurutnya pasukan polis menugaskan lebih ramai anggota di Makkah untuk melakukan pemeriksaan secara rambang.

Pihak berkuasa juga memperketat pengawasan di jalan-jalan menuju ke Makkah dari Madinah, Taif dan Jeddah.

Setakat Jumaat, sejumlah 13,179 jemaah Malaysia sudah tiba di Tanah Sucidengan 7,586 jemaah berada di Makkah dan bakinya di Madinah.

Najib: BN berjaya sebab ikhlas, tapi PR...

$
0
0
SINAR HARIAN


Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Keenam Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BernamaNajib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Keenam Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pembangkang gagal mencapai dan meniru persefahaman politik serta ikatan kekeluargaan yang terjalin dalam BN sejak sekian lama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
"Pembangkang cuba tiru BN tapi sehari dua ini kita lihat di Selangor terutama sekali, berkecai persefahaman politik yang mereka cuba (buat) di antara tiga parti.
  
"Kita ada 13 (parti komponen BN) selain rakan-rakan BN tetapi kita lebih berjaya sebagai satu ikatan kerana kita ikhlas untuk capai cita-cita bersama dan percaya kepada perkongsian kuasa," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Keenam Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra  di sini, hari ini.
  
Turut hadir Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S. Thanenthiran, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin parti komponen lain BN.

Najib menarik perhatian bahawa selaku Pengerusi BN, beliau perlu berlaku adil kepada 'anak-anak' di dalam gabungan itu dan memberi pertimbangan kepada semua pihak dalam membuat sebarang keputusan.
  
Beliau berkata, BN perlu tampil bersifat inklusif dalam politik kerana ia sebuah parti yang memimpin sebuah negara terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kepercayaan dan budaya.

"Kita perlu kepada sokongan segenap lapisan masyarakat yang ada di negara kita. Pada kesudahannya, seperti yang sedia maklum, politik hanyalah tentang angka. Mana-mana pihak yang dapat ramai majoriti, akan dapat tubuhkan kerajaan dan  berkuasa.
  
"(Kerana itu) struktur BN beri kelonggaran, walaupun ingin menjadi anggota BN, kita perlu kepada sokongan semua parti komponen (dalam BN). Tetapi kita tidak menghalang malah galakkan kumpulan yang ingin membentuk parti politik masing-masing (untuk sokong BN)," katanya.
  
Dengan cara itu, keluarga BN dapat dikembangkan, kata Najib.  

Najib menjelaskan walaupun ada sedikit cabaran dalam membentuk struktur itu, apa yang penting ialah kalangan parti komponen memberi sokongan kepada calon BN.
  
Perdana Menteri berkata, walaupun pembangkang menabur fitnah melalui media sosial dan ceramah politik mengenai BN, apa yang dilakukan itu tidak menjadikan mereka lebih baik daripada BN.
  
Sebaliknya, kata beliau BN menjadi alternatif dan lebih diyakini berbanding pembangkang dan ini dapat disaksikan daripada sokongan mereka terhadap pelbagai program transformasi dan ekonomi kerajaan.
  
"Walaupun ada pilihan (memilih kerajaan), tetapi berhati-hatilah kerana barang tiruan tidak lebih baik daripada barang asli dan tulen. Tulen lebih baik daripada tiruan...sebab itu kita mesti sokong BN," katanya.
  
Beliau turut menekankan bahawa kestabilan politik dan keyakinan rakyat adalah kunci utama bagi Malaysia melangkah ke arah mencapai status negara maju.
  
Kestabilan politik akan menjamin keyakinan berterusan dalam kalangan dunia luar termasuk pelabur dan pemain industri kewangan dan rakyat sendiri terhadap negara.

"Sebab itu selaku Pengerusi BN, saya ajukan bahawa kestabilan politik adalah sesuatu yang pokok dan fundamental untuk kita melihat masa depan lebih cerah," kata beliau. - Bernama

Polis siasat SOP pengendalian UPSR

$
0
0
SINAR HARIAN


UPSR BocorUPSR Bocor
 
 
 
KUALA LUMPUR - Polis kini menyiasat prosedur operasi standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam pengendalian soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng hari ini berkata, polis sedang giat meneliti aspek itu dan sedang mengumpul keterangan daripada individu berkaitan bagi mencari punca bagaimana soalan itu boleh bocor.

"Polis masih dan sedang giat mengumpul keterangan serta meneliti SOP untuk melihat di mana kebocorannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.
  
LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
  
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM, Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.
  
Kong Meng berkata, polis telah memanggil tiga guru semalam untuk diambil keterangan berhubung insiden itu, menjadikan 10 individu telah diambil keterangan termasuk enam pegawai LPM dan seorang wartawan.

"Beri peluang kepada polis tumpu kepada siasatan dan harap orang ramai memberi bantuan jika ada maklumat dan salurkan kepada polis. Mana-mana pihak diminta jangan buat spekulasi," katanya. - Bernama

Rumah terlalu mahal, apa puncanya?

$
0
0

Berapakah harga rumah seperti ini di pasaran sekarang?. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALIBerapakah harga rumah seperti ini di pasaran sekarang?. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
 
RAMAI berpendapat, rumah dibina terlalu mahal harganya sehingga mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Tidak keterlaluan jika dikatakan sebenarnya banyak faktor penyebab kepada kenaikan harga rumah. Justeru Sinar Harian, mengupas punca harga rumah menjadi mahal dan mengapa ia berlaku?

Adakah penyelesaian bagi mengatasi kenaikan harga rumah terutama menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan, memandangkan terdapat khabar mengatakan pemaju bakal menaikkan lagi harga rumah tahun depan.

Permintaan tinggi di bandar, pemaju lebih minat bina rumah RM1 juta

Berdasarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), permintaan tinggi terutama di kawasan bandar adalah pendorong utama kenaikan harga rumah.

Kira-kira 70 peratus penduduk tertumpu di bandar-bandar utama yang merupakan pusat tumpuan aktiviti ekonomi. Bilangan penduduk  pula bertambah disebabkan migrasi untuk mendapatkan pekerjaan.

"Pembangunan kawasan bandar utama menjadi padat.  Permintaan terhadap tempat kediaman pula melebihi penawaran. Berikutan penawaran yang terhad dan persaingan mendapatkan kediaman yang diingini, menjadi faktor yang mendorong harga meningkat secara tidak langsung.

"Oleh kerana harga tanah sudah meningkat, trend harga rumah juga turut meningkat. Disebabkan berlakunya kekurangan dalam penawaran tanah untuk dibangunkan sebagai kawasan kediaman," kata jabatan tersebut.

Menurut laporan JPPH, Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda  pada suku pertama 2014 dalam unit baharu dilancarkan pada harga dalam lingkungan RM500,000 sehingga RM1 Juta.

Berdasarkan rekod terdapat pertambahan daripada 264 unit pada suku keempat 2013 kepada 684 unit pada suku pertama 2014.
“Ini menunjukkan pemaju lebih cenderung membina rumah-rumah berharga tinggi, iaitu RM500,000 ke atas. Manakala di Selangor menunjukkan penurunan sebanyak 28.3 peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku keempat 2013.

“Bagaimanapun, Johor menunjukkan peningkatan drastik di mana pada suku keempat 2013 terdapat hanya 16 unit baharu dilancarkan meningkat kepada 396 unit pada suku pertama 2014.

“Di Kuala Lumpur dengan keadaan populasi yang padat masih terdapat permintaan dari kalangan pembeli tempatan yang mampu untuk memiliki harta harga yang sedemikian,” kata jabatan itu.

Menurut JPPH, Johor Bahru menunjukkan peningkatan drastik dalam permintaan melebihi RM1 juta kerana dipengaruhi pembeli warga asing di Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Pengurus  PropertyGuru Malaysia, Gerard Kho berpendapat, pemaju lebih gemar membina rumah berharga lebih RM1 juta seperti kondominium, adalah kerana keluasan tanah yang tidak sesuai untuk pembinaan rumah teres. Jadi kondominium adalah pilihan tepat.

"Tambahan pula, masyarakat di kawasan bandar mungkin lebih suka memilih kediaman seperti kondominium disebabkan pilihan gaya hidup dan perkhidmatan yang ditawarkan kawasan kediaman seperti faktor keselamatan yang lebih terjamin.

"Kedudukan kediaman dengan tempat kerja yang mungkin mengambil masa perjalanan kurang 15 minit juga menjadi faktor utama pembeli gemar memiliki kondominium," katanya.

Dalam pada itu, laporan sama turut menyaksikan pengurangan bilangan rumah baharu dilancarkan ke dalam pasaran sebanyak 38.8 peratus daripada 10,831 unit yang direkodkan pada suku sebelumnya kepada 6,631 unit.
Mengikut jenis harta tanah, pangsapuri khidmat terus menguasai pasaran perumahan baharu dengan 2,441 unit dilancarkan daripada keseluruhan jumlah dalam negara, diikuti teres 2,399 unit. Teres setingkat pula membentuk 1,053 unit, manakala teres 2-3 tingkat membentuk 1,346 unit. Unit berkelompok dan rumah berkembar 2-3 tingkat, masing-masing membentuk 626 unit dan 439 unit.

Mengikut negeri, Kuala Lumpur,  Selangor dan Johor memiliki bilangan unit rumah baharu dilancar tertinggi pada tempoh kajian yang menyumbang 63.2 peratus (4,191 unit) syer pasaran negara.

Kuala Lumpur menawarkan 1,844 unit rumah baru manakala Selangor dan Johor, masing-masing menawarkan 1,207 unit dan 1,140 unit.

Harga tanah pengaruhi harga rumah

Tidak dinafikan nilai harga tanah merupakan faktor utama yang mendorong penentuan sesebuah harga kediaman.

Ia melibatkan kos tanah, binaan, prasarana seperti sistem perparitan, jalan masuk dan penyediaan tapak. Selain itu, fi ikhtisas melibatkan khidmat profesional seperti arkitek, juruukur dan jurutera dalam sesuatu pembinaan dan sumbangan kepada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom dan Syarikat Air turut mempengaruhi harga kediaman.

Gerard berkata, harga rumah ditentukan mengikut harga pasaran semasa, walaupun pemaju membeli tanah dua atau tiga tahun lebih awal sebelum kawasan tersebut dibangunkan.

"Tanah tersebut kemudian digunakan untuk pembangunan kawasan kediaman.

Tanah dan bangunan yang sudah dibina merupakan kos yang akan dicaj oleh pemaju. Ia termasuk caj yang perlu dibayar pemaju ke atas kos bahan binaan.

"Setiap tahun kos bahan binaan dan tenaga buruh terus meningkat. Ia juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah.

"Sudah pasti pemaju juga mahu mengaut keuntungan dan meletakkan margin pada jumlah tertentu. Semua faktor ini merujuk kepada penentuan harga rumah," katanya.

Mengambil contoh kawasan perumahan di Lembah Klang. Gerard berkata, nilai hartanah sememangnya tinggi. Apatah lagi pembeli selalunya akan mencari kediaman sekitar lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari tempat kerja.

"Ini juga menyumbang kepada faktor penentuan harga rumah yang mahal di Lembah Klang, Walaupun terdapat pemaju membina perumahan luar dari lingkungan ini, mereka (pemaju) tetap akan kembali melaksanakan projek-projek perumahan di kawasan Lembah Klang kerana permintaan yang tinggi, kerana itu harga rumah di Lembah Klang terus meningkat," katanya.

Menurut Gerard, spekulator juga turut memainkan peranan dalam penentuan harga rumah.

"Sebagai contoh, pemilik yang membeli kediaman di projek perumahan fasa pertama (RM300,000) sudah tentu akan melihat harga yang berbeza dengan rumah yang dibina di fasa kedua. Pastinya harga rumah di fasa kedua lebih tinggi berbanding fasa pertama.

Boleh jadi ia akan mencecah sehingga RM500,000 sebagai contoh. "Ketika ini, pemilik kediaman di fasa pertama mengambil kesempatan dengan menjual rumah mengikut harga rumah yang dibina di fasa kedua. Bahkan mereka boleh menjual lebih dari harga pasaran. Walaupun pemilik dan bakal pembeli masih boleh berunding tentang harga, tetapi pemilik asal akan dapat mengaut keuntungan hasil daripada jualan rumah. Golongan seperti ini juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah," katanya.

Bagi Gerard, harga rumah hanya boleh dikawal mengikut keperluan dan permintaan. Jika permintaan tinggi maka harga rumah turut meningkat.

Harga bahan mentah naik 10 peratus, kenaikan paling tinggi

Berkuat kuasa 1 Mei tahun ini, semua harga bagi bahan binaan utama meningkat sehingga 10 peratus.

Kos pembikinan, pengangkutan, kenaikan bahan api dan bermacammacam kenaikan kos berkaitan semuanya menyumbang kepada kenaikan harga bahan binaan ini. Kenaikan pula berlaku saban tahun. Adakala dua kali dalam tempoh 12 bulan, dan ia berlaku tanpa notis.

Pembekal pula tiada pilihan selain menaikkan harga bahan binaan kerana mereka juga perlu menanggung kos terbabit.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas 'F' Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, kenaikan itu difahamkan adalah yang tertinggi sejak 2007.

"Bahan binaan utama termasuk besi, simen, pasir dan batu konkrit. Kenaikan melibatkan semua projek-projek di seluruh negara, namun bagi projek perumahan di kawasan pedalaman atau luar bandar, kosnya lebih tinggi berbanding di kawasan bandar
kerana kos pengangkutan dan penghantaran yang perlu ditanggung pembekal.

"Pada 2008, harga simen ketika itu RM8.50 satu beg. Kemudian naik sehingga 100 peratus dan mencecah RM16. Harga simen pula saban tahun meningkat. Harga besi kini RM2,000 tapi pernah mencecah sehingga RM4,000 pada 2008," katanya.

Katanya kenaikan yang mendadak ini turut menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat kontraktor dan pemaju yang terpaksa menghentikan kerja-kerja pembinaan dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan projek kerana melebihi bajet diluluskan.

Rumah teres RM1 juta menjelang 2020?

Dari jangkaan dalam prospek jangka panjang, harta tanah kediaman akan terus meningkat pada masa akan datang.

Menurut JPPH, adalah tidak menghairankan menjelang 2020 rumah teres akan mencecah RM1 juta. Bahkan di lokasi panas, rumah sedemikian telah pun mencapai harga RM1 juta.

"Seiring dengan perkembangan masa dan senario serantau, rumah–rumah kediaman akan meningkat dari segi harga disebabkan harga bahan binaan yang meningkat dan kekurangan penawaran tanah di bandar utama seperti Lembah Klang khususnya
Kuala Lumpur dan sekitarnya.

"Kenaikan harga rumah tidak dapat dielakkan dan prospek harta tanah berkenaan akan terus meningkat seiring dengan langkah kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Katanya, isu kenaikan harga rumah dilihat sebagai senario yang lumrah dan berlaku di mana-mana negara sedang membangun. Di Malaysia, seperti dalam rekod-rekod yang lalu, kadar kenaikan harga rumah akan berbeza mengikut lokasi dan kawasan ‘panas’ yang menjadi pilihan pembeli dan pelabur.

Sektor harta tanah merupakan sektor penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Kenaikan harga pada kadar yang biasa adalah sihat kerana ia membantu pertumbuhan industri harta tanah. Apa yang perlu dibendung adalah kenaikan harga yang mendadak.

GST tidak jejas harga rumah

Pengenalan GST akan menyebabkan kesan ‘one-off’ sekali sahaja ke atas kenaikan harga rumah di pasaran.

Menurut JPPH, walaupun sektor kediaman tidak dikenakan GST, namun sektor-sektor lain yang menyumbang kepada kediaman dikenakan GST seperti bahan binaan, Fi profesional dan lain-lain.

"Ini akan memberi sedikit impak kepada harga rumah di masa hadapan. Pelaksanaan GST dijangkakan akan mempengaruhi harga rumah disebabkan GST akan dikenakan ke atas bahan binaan dan industri pembinaan walaupun pembelian rumah kediaman dikecualikan dari GST.

Sementara itu, rata-rata pemaju melahirkan rasa kebimbangan terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April depan yang dikatakan bakal meningkatkan lagi harga rumah.

Bagi Tukiman yang sudah menghadiri beberapa sesi taklimat mengenai GST bersama Kastam. GST tidak menaikkan harga rumah.

"Ketika ini, setiap barangan dikenakan cukai berbeza. Tetapi sebaik GST dilaksanakan kesemua cukai tersebut menjadi satu. Bahkan setiap pembekal, pengedar dan peruncit boleh mendapat rebat. Ini bermakna, tiada sebab mengapa cukai tersebut perlu dipindahkan kepada pembeli.

"Bagaimanapun cukai tersebut tidak tertakluk kepada projek perumahan individu atau persendirian. Di mana pemilik rumah harus membayar GST kepada pemaju," katanya yang menyokong penuh pelaksanaan GST.

Tak perlu 'roadshow', rakyat Selangor bijak menilai - Penganalisis politik

$
0
0
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 Post Pic

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat diminta menghentikan segala kempen untuk menjelaskan krisis semasa berhubung jawatan Menteri Besar di Selangor.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata rakyat Malaysia terutamanya di Selangor semakin bijak dalam membezakan tuntutan peribadi dan keperluan untuk negeri.

"Dalam keadaan sekarang, mereka yang mencetuskan masalah jadi mengapa nak menyalahkan orang lain?

"Jika mereka nak buat jelajah untuk menjelaskannya, mereka jangan fikir rakyat bodoh. Rakyat Malaysia terutamanya di Selangor bijak untuk menilai, jangan kita perkecilkan kemampuan mereka berfikir," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Mustafa sebelum itu diminta mengulas usaha PKR untuk mengadakan siri jelajah ke 56 DUN di seluruh Selangor bagi menjelaskan perkembangan terkini kemelut pencalonan Menteri Besar Selangor.

Siri jelajah itu akan disertai pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim.

Mustafa dalam pada itu mengingatkan Pakatan Rakyat untuk tidak mengheret insitusi diraja ke dalam kemelut politik negeri itu, ini kerana pandangan bebas dan keras terhadap instusi berkenaan hanya akan mengundang kritikan.

"Jika mereka mempersoalkan institusi diraja, tentu akan mendatangkan situasi sedemikian (kritikan). Pada saya, adalah tidak wajar mereka membabitkan institusi diraja dalam politik. Raja tidak terlibat dengan politik," ujarnya lagi.

PKR dan DAP sebelum ini mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila hanya menghantar satu nama calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim meskipun mereka diminta memberikan lebih lebih daripada dua nama.

PKR dan DAP kemudiannya memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun Anwar dalam jawapan beliau kelmarin menegaskan akan mengikut "konvensyen" sebelum ini dan dilaporkan mahu menghadap Sultan bagi menjelaskan sendiri hal ini kepada baginda Tuanku.

Muktamar PAS perlu perjelas makna taat dan khianat

$
0
0
Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Muktamar PAS di Batu Pahat minggu depan adalah satu batu tanda sejarah bagi parti itu. Ini kerana antara isu yang perlu dimuktamadkan dalam persidangan itu ialah mencari makna kesetiaan dan pengkhianatan dalam perjuangan.
 
Bagi sesetengah pemimpin PAS, pengkhianat sebenar dalam PAS berhubung kemelut Menteri Besar Selangor ialah ADUN Hulu Kelang, Haji Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.
 
Tindakan mereka menggabungkan diri dengan pendirian PKR yang mahu presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar telah memusnahkan perancangan PAS mengendalikan isu ini dengan berkesan dan bermaruah. 
 
Dengan kehilangan sokongan kedua-dua ADUN berkenaan, PAS hilang upaya di segi matematiknya untuk “menguasai keadaan” dan harus melupakan kemungkinan untuk bergerak sendirian menguruskan Selangor.
 
Malah PAS juga mungkin kehilangan modal untuk membuat “gertakan politik” bahawa jika ia bekerjasama dengan Umno (12 kerusi DUN) dan ditokok kerusi bebas (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) ia boleh “menyukarkan PKR dan DAP” memerintah Selangor. 
 
Soalnya, wajarkah PAS atau mana-mana pimpinannya menuduh Saari dan Hasnul sebagai “pengkhianat parti” sedangkan hakikatnya yang mengusutkan keadaan ialah pimpinan PAS sendiri?
 
Di sini PAS perlu tegas. Ia harus mengakui dengan sejujurnya apakah dan siapakah yang menjadi punca yang mendorong kemelut penggantian Menteri Besar ini ini seolah-olah akan menjurus menjadi krisis?
 
Atas sebab-sebab yang dimaklumi oleh penyokong dan pemimpin PKR, Khalid Ibrahim dilihat tidak sesuai terus menjadi Menteri Besar Selangor. Maka beliau diarahkan oleh PKR supaya mengosongkan kerusi itu.
 
DAP menyokong langkah PKR itu. Namun PAS enggan. Ia melihat tiada celanya Khalid. PAS “menuntut” PKR supaya memberi penjelasan mengapa mahu menyingkirkan Khalid. Tekanan ini dibuat ketika PKR melobi sokongannya mengetepikan Khalid. 
 
Maka pimpinan PKR pun menyediakan dokumen penjelasan 24 muka surat di samping dokumen-dokumen sahih berhubung “keingkaran” Khalid akan perintah parti (PKR) untuk penilaian kepimpinan PAS.
 
Menurut konvensyen (susila) Pakatan Rakyat, jika PAS enggan menyokong inisiatif PKR itu, sudah seharusnya pemimpin-pemimpinnya membentangkan hujahnya dalam Majlis Presiden Pakatan itu. 
 
Pendirian PAS sering berubah
 
Namun apabila majlis berkenaan bersidang 17 Ogos lalu, PAS bersetuju kerusi itu dikosongkan. Ia memberi isyarat PAS akur. Malah PAS mencadangkan supaya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut disyorkan sebagai calon pada Sultan.   
 
Bagaimanapun setelah diperdebatkan dalam Majlis Presiden itu, wakil-wakil PAS bersetuju hanya nama Wan Azizah Wan Ismail sahaja diajukan kepada istana. 
 
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, kemudian membelakangi keputusan Majlis Presiden dan menimbulkan isu kelayakan, pengalaman dan kepemimpinan Wan Azizah pula. 
 
Persoalannya keputusan siapakah yang tidak dipersetujui oleh Haji Hadi? Keputusan Majlis Presidenkah atau keputusan yang diperbuat oleh perwakilan PAS yang diketuai oleh Timbalannya, Mohamad Sabu dalam mesyuarat itu?
 
Ini kerana dalam sekelip mata sahaja PAS mengubah keseluruhan persoalan kerusi Menteri  Besar Selangor daripada isu kepemimpinan Khalid kepada soal kelayakan dan keupayaan Wan Azizah!
 
Sekaligus ia memberi gambaran bahawa ada perbezaan pendapat di kalangan pemimpin PAS. Di mana Mat Sabu mahu letak muka apabila persetujuannya dalam Majlis Presiden dikuis begitu sahaja oleh Presiden dan Dewan Ulama PAS?
 
Mungkin didorong kekecewaan inilah Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Abdul Khalid Samad mendedahkan ada golongan tertentu dalam parti itu mahu “melanggar golongan profesional”!
 
Namun persoalan pokoknya masih lagi apakah pengertian kesetiaan pada parti dan integriti bagi PAS? Mat Sabu mungkin mahu memelihara wibawa dan integriti partinya dalam Pakatan Rakyat yang bertunjangkan konsep konsensus.
 
Bagaimanapun rupa-rupanya bila isyarat “taat” pada ideologi Pakatan Rakyat yang dipamerkan oleh Mat Sabu itu dituruti oleh pemimpin bawahan seperti Saari dan Hasnul, mereka dicap sebagai pengkhianat! 
 
Tidakkah kesetiaan dan kepatuhan kepada asas perjuangan yang dibina bersama oleh PAS, DAP dan PKR itu adalah sesuatu yang “suci” dan sentiasa perlu dipertahankan?  
 
Maka pemimpin bawahan dan penyokong akar umbi PAS berdepan dengan dilema membezakan tuntutan taat pada pemikiran pemimpin atau mentaati keputusan-keputusan bersama yang dicapai dengan kerabat Pakatan Rakyat.
 
Saari dan Hasnul mungkin memikirkan bahawa mempertahankan integriti PAS di mata rakyat umumnya adalah lebih utama. Ini kerana PAS telah mengikat janji untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.
 
Sudah sewajarnya ia menghormati setiap keputusan bersama yang dibuat oleh sesiapa sahaja yang diberi mandat untuk menjadi wakil PAS dalam mencapai kesepakatan dengan PKR dan DAP.
 
Kini ada pemimpin PAS yang melabel Saari dan Hasnul sebagai pengkhianat. Namun PAS juga boleh dituduh pengkhianat lebih besar. Setidak-tidaknya Mat Sabu dan lima wakil PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden berkenaan perlu menuntut dan diberi penejelasan takrif politik tepat dalam soal taat dan khianat.
 
Yang perlu membuat pendirian ialah Mat Sabu dan kawan-kawannya yang mewakili PAS dalam mesyuarat berkenaan. Benarkah mereka bersetuju dengan keputusan mesyuarat pada hari berkenaan?

Tidakkah mereka rasa bersalah kerana kini keputusan merekalah sudah menggambarkan betapa “munafiknya” parti mereka di mata dua kerabat lain? 
 
Adakah makna kesetiaan dalam PAS hanya terhad pada menumpahkan taat pada parti pimpinan sahaja dan ahli serta pemimpin tidak perlu istiqamah dalam menyokong dan mempertahankan persetujuan yang dilakar dalam Pakatan?
 
Muktamar di Batu Pahat perlu mendepani persoalan ini. Ia perlu memperjelaskan konsep sami’ na wa athaq na (kami dengar dan kami taat) dan pengertian mengkhianati perjuangan sesama rakan politik!
 
Jika tidak, perlulah golongan yang mementingkan soal wibawa PAS dalam hubungan politik dengan entiti seperti PKR dan DAP menjawab tantangan supaya mengusulkan undi tidak percaya terhadap Haji Hadi, atau letak jawatan sebagai pemimpin PAS.

Parti Komunis China akui utamakan Umno

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Parti Komunis China (CPC) mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Umno, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang Beijing-Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

"Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

"Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berkunjung ke Beijing kelmarin.

Kumpulan wartawan itu menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama CPC dan Umno.

Menurut Utusan, Seminar berkonsepkan lawatan sambil belajar itu manifestasi kerjasama rapat Umno dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan Umno merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

"Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan Umno, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

"Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan Umno berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara," tambah beliau.

Anak Kelantan: Jawapan kepada tohmahan blog Umno

$
0
0

ASLANI M 



Wan Rosdi (kiri) bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi di Surau Lama Mukim Tebing.


TUMPAT: Tohmahan blog-blog Umno yang cuba menggambarkan Wan Rosdi Wan Ibrahim berasal dari Kedah dinafikan ahli keluarganya, Wan Kamarudin Wan Kob.

Beliau yang juga sepupu kepada calon PAS itu turut menampilkan bukti nombor kad pengenalan milik ayah dan ibu Wan Rosdi.

Bapanya, Wan Ibrahim Wan Mamat nombor kad pengenalan 290525-03-5037 dan ibunya, Wan Esah Wan Deris (350713-03-5300). Kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.

Wan Kamarudin berkata, calon PAS adalah anak jati Kelantan biar pun beliau dilahirkan di negeri Kedah.

“Ayahnya berhijrah ke Baling, Kedah pada tahun 1950-an untuk mencari rezeki sebagai petani. Pada masa itu ramai anak Kelantan berhijrah ke sana.

“Wan Rosdi dibawa balik ke Kelantan dan dipelihara datuknya pada tahun 1960-an. Kami sama-sama tinggal dengan datuk di Tanah Merah,” katanya di sini.

Blog-blog Umno sebelum ini mendakwa Wan Rosdi bukan anak tempatan kerana dilahirkan di Kedah.

Wan Rosdi pula menjelaskan keluarganya berhijrah ke Kedah bersama ramai lagi rakyat Kelantan pada 1950-an untuk bekerja di sawah padi.

“Pada peringkat awal mereka bekerja di sawah milik penduduk tempatan di Kampung Lanai, Baling. Namun akhirnya ayah saya mengumpul duit dan membeli tanah milik penduduk.

“Saya dan empat lagi adik dilahirkan di sana. Bagaimanapun ketika berusia enam tahun ayah menghantar saya pulang ke Tanah Merah dan tinggal bersama datuk,” katanya.

Menurutnya tidak lama kemudian semua keluarga pulang semula ke Kelantan dan menjual tanah yang pernah dimiliki di Baling.

Oleh itu beliau berkata, tidak berbangkit keluarganya bukan anak Kelantan sebagaimana didakwa sesetengah pihak. - HARAKAHDAILY

CD burukkan PAS diedar di Pengkalan Kubor

$
0
0

ASLANI M 



 


TUMPAT: Umno kini dilihat bermati-matian mempertahankan Dun Pengkalan Kubor sehingga terpaksa menggunakan khidmat siber trupper dan pengedaran cakera padat (VCD) bagi memburukkan PAS.

Terbaru siber tropper Umno menggunakan isu ketidakhadiran pemimpin utama DAP pada perarakan penamaan calon semalam bagi menggambarkan hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ada penduduk menemui VCD yang mempersoalkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Katanya turut dijelaskan dalam VCD tersebut Umno lebih awal mengadakan tahaluf siyasi dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN).

“VCD yang diedarkan di merata tempat di kawasan Pengkalan Kubor sempena kempen pilihan raya kecil sekarang. Saya harap pengundi tidak mudah terpengaruh dengan propaganda tersebut,” katanya di sini.

Umno juga terpaksa menggunakan gambar calon BN, Mat Razi Mat Ail dengan memakai serban dan jubah sambil berdoa diletak di tepi-tepi jalan.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, jarang berlaku seseorang yang memakai serban dan berjubah berada dalam perjuangan Umno.

“Orang yang pakai serban kebiasaannya mereka lebih faham ilmu agama dan bukan sekadar pandai mengajar qiraati sahaja.

“Kalau nak bagi nampak hebat janganlah pula meniru bulat-bulat gaya Tok Guru Nik Aziz berdoa sebagai bahan kempen pilihan raya,” katanya pada ceramah di Kampung Tebing malam tadi.

Kempen yang masuk hari kedua hari ini tambah rancak dengan ceramah kedua-dua pihak diadakan malam tadi. PAS mengadakan ceramah di Kampung Simpangan, Kampung Geting dan Bunohan.

Ceramah tersebut membabitkan pemimpin-pemimpin utama PAS iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa.

Umno pula mengadakan ceramah di Pengkalan Kubor. Petugas parti pula sibuk mempersiapkan markas dan pos parti.

Kempen PAS tambah rancak dengan kemunculan akhbar harian yang dikenali sebagai Pengkalan Kubor Kito, mulai diedar kepada orang ramai mulai semalam.

Keluaran pertama yang memaparkan tajuk “Wan Rosdi harapan rakyat” diedarkan berpusat di Markas Besar Pengkalan Kubor di Kampung Geting.

Akhbar harian itu diterbitkan Lajnah Penerangan Badan Perhubungan PAS Kelantan turut diedarkan petugas kalangan anak-anak muda kepada orang ramai.

Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kehadiran akhbar harian setebal empat halaman itu sekurang-kurangnya dapat memuatkan maklumat terkini kempen kepada pengundi.

“Setidak-tidaknya ia dapat menyaingi berita propaganda dimuat dalam akhbar harian milik Umno,” katanya. – HARAKAHDAILY

'U-turn’ Akta Hasutan, wasatiyah Najib dan 1Malaysia sampai ajal

$
0
0
lge

Roketkini.com.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah tiga kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, namun janji tersebut musnah bersama janji-janji kerajaan Barisan Nasional yang dimungkiri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ‘pusingan-u’ Najib Razak adalah petunjuk bahawa Perdana Menteri menjadi tebusan golongan ektremis dan sememangnya seorang pemimpin yang memungkiri janji.

“Kenyataan Najib semalam yang mengambil langkah ke belakang dari komitmen asalnya untuk memansuhkan Akta Hasutan yang pertama kali disebut pada 2012 adalah suatu pemberian yang menyedihkan di ambang negara menyambut Hari Malaysia ke 51,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan Najib itu adalah petanda sampainya ajal slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan, bersekali dengan gerakan moderat yang dibawanya.

“Bukan sahaja membuktikan beliau telah menjadi tebusan para ekstremis dan pemimpin yang tidak menepati janji, malah menandakan ajal 1Malaysia dan gerakan moderatnya.

“Tidak hairan Najib baru-baru ini membuat keputusan untuk mewujudkan satu lagi laman web peribadi untuk menjauhkan diri dari laman web sebelum ini, www.1malaysia.com.my, yang nampaknya tercemar dengan rantaian janji yang telah dimungkiri,” ujar Guan Eng.

Tiada hormat kepada kedaulatan undang-undang

Menurutnya lagi siri pendakwaan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, pensyarah undang-undang Azmi Shahrom serta siasatan terbaru terhadap peguam Edmund Bon, menunjukkan wujud pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara.

“DAP mengecam keras tindakan sedemikian yang bermotifkan politik kerana tiada pula tindakan tegas diambil terhadap Perkasa atau pemimpin Umno yang membuat kenyataan yang berbaur hasutan terhadap orang bukan-Melayu dan bukan-Islam.

“Jika Azmi Shahrom, seorang pensyarah undang-undang boleh dituduh menghasut kerana memberikan pendapat ilmiahnya, tidak ada harapan lagi terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia,” tegas beliau.

Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dua tahun lalu dalam sebuah ucapan di majlis makan malam Jabatan Peguam Negara, dan kemudian mengulanginya dalam sebuah wawancara bersama rancangan BBC World News pada 2 Julai 2013.

Janji tersebut diulang semula pada 6 September 2014, yang sebelum itu dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Jelas sekali sikap ‘flip-flop’ Najib ini menunjukkan beliau tidak mampu bersemuka dengan para ekstremis yang mahu supaya terlantiknya sebuah kepimpinan diktator dengan kuasa autoritarian demi mencabul hak asasi manusia,” jelas Ahli Parlimen Bagan itu. – Roketkini.com.
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live