Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Isu rasuah susah hendak jatuhkan pemimpin, isu seks boleh

$
0
0

ASPAN ALIAS


Dr Mahathir sudah melangkah kehadapan lebih jauh dalam usahanya untuk memberhentikan Najib dari memegang jawatan yang disandangnya sekarang. Jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya buat masa ini merupakan jawatan yang sangat perkasa kuasanya, boleh memasukkan sesiapa dalam penjara dan mengeluarkan seseorang dari penjara. Jawatan Perdana Menteri Malaysia lebih kuat dari Presiden Amerika Syarikat kerana Presiden AS tidak boleh melakukan apa-apa dengan sewenang-wenangnya.

Itulah sebabnya Najib tidak peka dengan undang-undang, etika dan moral dalam mentadbir Negara. Bagi Najib sindiran Dr Mahathir itu tidak membuatkan beliau merasakan apa-apa keperluan untuk menjawabnya. Najib seolah-olah berfikir yang beliau seorang Perdana Menteri dan beliau boleh melakukan apa sahaja yang beliau rasakan hendak lakukan. Berbeza dengan Abdullah Badawi yang juga menjadi sasaran Dr Mahathir dahulu, Najib lebih terbuka kerana mungkin beliau tidak tahu untuk memberikan reaksi bagi mempertahankan diri dari kecaman Dr Mahathir itu.

Abdullah Badawi dahulu mengambil tindakan untuk tidak memberikan ruang kepada Dr Mahathir bercakap dengan senang kepada media massa terbuka ini. Abdullah bertindak terhadap Dr Mahathir seperti Dr Mahathir melakukan tindakan menyekat media dari memberikan liputan untuk Hussein Onn dahulu. Najib pula terbuka untuk dikritik Dr Mahathir melalui media massa tanpa halangan dan Dr Mahathir mudah untuk menyampai mesejnya kepada orang ramai dengan lebih mudah lagi.

Najib tidak membalas kritikan Dr Mahathir di dalam media tetapi beliau mengambil cara bercakap di belakang untuk mengkritik Dr Mahathir kepada sesiapa yang berjumpa dengan beliau. Apa pun tindakan Dr Mahathir untuk membuka pekong kerajaan dengan memberitahu rakyat yang ramai tentang 1MDB itu merupakan pukulan hebat Dr Mahathir terhadap Najib dan ramai yang berpendapat isu 1MDB ini merupakan isu yang akan menghalau Najib dari pejabatnya di Putrajaya itu.

Dr Mahathir telah memberitahu ramai yang 1MDB yang berumur hanya lima tahun itu telah berhutang sebanyak RM38 billion, satu jumlah yang terlalu besar yang akhirnya akan memaksa rakyat dan pembayar cukai membayarnya. Jumlah RM38 billion ini lebih besar dari kerugian semasa Bank Negara melakukan perniagaan pertukaran wang asing pada tahun sembilan puluhanan dahulu yang telah merugikan rakyat hampir RM36 billion.

Selain dari kerugian-kerugian yang disebutkan tadi, kita juga telah membayar kerugian yang dihasilkan oleh tindakan kerajaan pada dekad sembilan puluhan dahulu dalam isu MAMINCO yang merugikan kita sebanyak RM600 juta. Kerugian dalam isu MAMINCO dahulu merupakan kerugian yang di sebabkan percubaan kerajaan kita untuk terlibat perniagaan kerajaan di pasaran timah London dan segala kerugian itu diperolehi dalam masa beberapa minggu sahaja. Saya telah menyebut beberapa lagi kerugian atau komitmen yang diambil oleh rakyat untuk membayar hutang keluarga pemimpin besar kita tetapi saya tidak berselera untuk menyebutnya lagi kerana sudah acapkali blog ini menulisnya.

Isunya sekarang mampukah Dr Mahathir mengenepikan Najib dengan isu 1MDB ini terhadap Najib? Yang pastinya kerugian-kerugian besar yang berlaku semasa Dr Mahathir dahulu tidak mampu mengenepikan Dr Mahathir dari kuasa. Oleh itu barjayakah Mahathir mengenepikan Najib kali ini kerana sumbangan Dr Mahathir diatas kerugian negara semasa beliau mentadbir Negara dahulu  pun lebih kurang sama jumlah kerugian yang berlaku.

Saya berpendapat kalau Dr Mahathir boleh membuktikan yang Najib telah melibatkan kerugian Negara sebanyak dua kali ganda dari apa yang dilibat oleh beliau sendiri dahulu, barulah isu untuk mengenepikan Najib itu akan berjaya.

Isu rasuah, jika diteliti dari pengalaman yang lampau, tidak mampu mengenepikan mana-mana pemimpin kita. Jika isu rasuah itu isu yang ampuh untuk menjatuhkan kepimpinan seseorang itu, sudah lama pemimpin-pemimpin UMNO ini telah dihumbankan oleh rakyat.  Hanya isu seks sahaja yang boleh membawa impak terhadap mana-mana pemimpin untuk diketepikan. Ini hakikat dan jika isu rasuah boleh menyungkurkan kepimpinan negara dan sudah lama negara kita sudah bertukar kerajaan kerana rasuah ini sudah berlaku lama sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi.

Kita sedang memerhatikan tindakan Dr Mahathir selanjutnya kerana rakyat sedang dalam pencarian. Rakyat sudah tidak dapat lagi mengenali yang mana satu tangan kiri dan yang mana tangan kanan. Rakyat sudah tidak dapat lagi mengenali yang mana satu tangan untuk menyuap makanan dan yang mana satu tangan untuk beristinja’.

Rakyat sudah tidak dapat lagi menilai yang mana satu pilihan selepas ini. Apabila memandang dan mendekati diri kepada pembangkang sebagai alternatif, terdapat keadaan di pihak pembangkang pun sama juga, malahan lebih teruk lagi dari kerajaan yang menyandang sekarang. Pembangkang hanya mendapat sokongan kerana perasaan tidak puas hati terhadap UMNO dan BN, bukannya kerana kehebatan atau kerana kemampuan pembangkang untuk menunjukkan perbezaan.

Pembangkang sudah berjaya mendapatkan mandat di Selangor tetapi hasilnya melakukan kebaikan pun menjadi kesalahan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat itu. Mereka sendiri sedang bergelumang dengan noda kepimpinan parti dan kerajaan yang ditadbirnya di beberapa buah negeri. Belum sempat memanaskan kerusi, mereka sudah berebut harta rampasan di depan khalayak ramai. Mereka juga adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Yang baik dikatakan buruk dan yang buruk dikatakan baik.

Walau apa pun kita berharap Dr Mahathir mampu untuk melakukan perubahan tetapi kita juga hendak tahu, jika pilihan beliau masih tidak betul lagi kali ini maka akan terpahat dalam ingatan rakyat dan penulis sejarah yang pilihan Mahathir selalunya tidak betul.

Jika Dr Mahathir masih mempunyai kemampuan untuk membetulkan kesilapan beliau, mungkin beliau perlu kembali ke persimpangan di mana beliau mula melakukan kesilapan itu. Mungkin semasa beliau mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua kerajaan pada tahun 1981 dahululah yang beliau melakukan kesilapan itu. Membetulkan kesilapan sendiri itu adalah tindakan yang sangat mulia, bukan sahaja di masyarakat kita tetapi juga di sisi Tuhan yang Maha Esa.

Mungkin ditaja balik dari persimpangan itu.  Terlajak perahu masih boleh di undur. Hanya terlajak kata yang emas padahnya.

Ibu bapa terkilan insiden UPSR 2014

$
0
0

UPSR BocorUPSR Bocor
 
 
 
SHAH ALAM – Rata-rata ibu bapa terkilan dengan insiden kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dilaporkan bocor bagi dua mata pelajaran, Sains dan Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan anak-anak mereka terpaksa menduduki kembali peperiksaan tersebut, hujung bulan ini.

Kejadian tersebut bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab malah tidak adil kerana membebankan murid-murid yang baru berusia 12 tahun.

Noor Huda Husien, 37 dari Batu Berendam, Melaka berpendapat, soalan UPSR yang didakwa bocor itu menyebabkan anak lelaki sulungnya antara yang menjadi mangsa keadaan.

“Sebagai ibu saya terkilan dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga berlaku kebocoran soalan ini. Anak-anak kita yang jadi mangsa keadaan.

“Mereka dah belajar dan buat persediaan tapi tiba-tiba ditangguh pula dan ini adalah peperiksaan pertama paling besar dalam hidup mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Sementara, Hairul Yahya, 34 dari Pengerang, Johor turut melahirkan kekesalan dengan kejadian itu dan mengharapkan tindakan segera daripada pihak berkaitan bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.

“Kecewa memang kecewa apabila dengar perkara seperti ini berlaku. Lihat anak sendiri pun kesian sebab sebelum ini setiap hari kita galak dia belajar untuk persediaan UPSR kan, tapi ini pula yang berlaku.

“Kementerian perlu ambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab bocorkan soalan ini. Ini perkara serius.

“Hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada umum sebab ini libatkan seluruh Malaysia. Kalau boleh jangan jadi lagi seperti ini, kesian budak-budak,” katanya.

Bagi Intan Rosazrina Mohd Nasir, 40 dari Dengkil, Selangor pula akui terkejut dan tidak faham tujuan pihak bertanggungjawab membocorkan soalan UPSR bagi dua kertas peperiksaan tersebut.

“Saya terkejut dengan berita soalan bocor itu. Saya tak faham kenapa orang nak buat begini. Apa tujuannya? Bukan peperiksaan nak masuk universiti pun. Budak-budak ini masuk sekolah menengah pun tak lepas lagi.

“Mereka ini baru 12 tahun dah dibebankan dengan kes seperti ini. Anak saya sendiri tertekan dan perkara ini tak sepatutnya berlaku.

“Sepatutnya, hari ini dah boleh rehat sebab peperiksaan dah habis tapi belum lagi nampaknya,” katanya.

Hari ini, sebanyak empat hotspot dikenal pasti terlibat dalam kes kebocoran kertas UPSR namun butirannya dirahsiakan supaya ia tidak mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengesahkan perkara itu sambil menegaskan pihaknya sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan 'pengkhianat' yang telah membocorkan kertas peperiksaan berkenaan.

Tidak perlu ke luar negara untuk pemindahan hati

$
0
0
SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang menghidapi kegagalan hati, Putra Muhammad Ilyas Rahizal Khiri, tidak perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di luar negara kerana ia boleh dilakukan di hospital kerajaan dengan kos minimum.
  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini sekali gus menggugurkan keperluan mengumpul dana daripada orang ramai bagi membiayai pembedahan itu di luar negara.
  
"Keluarga pesakit itu dinasihatkan menghubungi semula Hospital Selayang untuk penjelasan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Akhbar semalam melaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu, yang menghidapi 'biliary atresia', memerlukan bantuan kewangan RM150,000 untuk membiayai kos pembedahan  di New Delhi, India dalam tempoh dua bulan lagi.
  
Dr Noor Hisham menjelaskan pembedahan pemindahan hati, baik daripada penderma masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, dijalankan di Hospital Selayang sejak 2002.

Beliau berkata pembedahan pemindahan hati dijalankan di hospital berkenaan dengan caj tidak lebih RM500.
  
Penjawat awam, pesara dan anggota keluarga pesara perkhidmatan awam tidak dikenakan sebarang bayaran mengikut peraturan sedia ada.
  
Mengenai kesesuaian penderma, Dr Noor Hisham berkata penderma yang masih hidup lazimnya terdiri daripada anggota keluarga terdekat termasuk ibu bapa pesakit.
  
"Pembedahan melibatkan penderma masih hidup boleh dilakukan secepat mungkin tanpa menunggu, dengan syarat penderma sesuai untuk menderma organnya dan keadaan klinikal pesakit adalah optimum dan mengizinkan," katanya.
  
Beliau berkata jika tiada anggota keluarga yang bersedia menderma organ semasa hidup, pesakit akan disenaraikan untuk menerima organ daripada penderma yang telah meninggal dunia.
  
Ini mengambil masa lebih panjang kerana pesakit perlu menunggu giliran, katanya.
  
Pada masa ini, seramai 14 pesakit sedang menunggu untuk menjalani pemindahan hati daripada penderma yang telah meninggal dunia. - Bernama

Lagi Kerap Mahathir Nafi, Lagi Bahaya Kedudukan Najib

$
0
0

shahbudindotcom


Sejak Mahathir Mohamad mengumumkan beliau menarik balik sokongannya terhadap Najib Razak, sehingga ini sudah dua kali beliau menyebut mengenai perletakan jawatan Perdana Menteri tetapi kemudian menafikan tindakannya mempunyai maksud sedemikian.

Kali pertama, sehari selepas menulis di blognya mengenai pendirian terbarunya itu, Mahathir mengulas bahawa tindakannya itu bukanlah bertujuan memaksa Najib meletakkan jawatan, tetapi hanya sebagai teguran dan tidak setuju dengan beberapa polisi yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.

Dua hari lalu pula, ketika ditanya apa yang akan dilakukannya jika masih menjadi Perdana Menteri ketika ini, Mahathir secara sinis berkata, beliau akan meletakkan jawatannya.

Berikutan jawapan spontan itu menimhulkan pelbagai spekulasi dan tafsiran, Mahathir semalam sekali lagi membuat penjelasan bahawa beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri meletakkan jawatannya.

Sebaliknya, menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau hanya memberi contoh dirinya bahawa beliau akan meletakkan jawatan jika dilantik sekali lagi memegang jawatan itu.

"Jika mereka melantik saya semula sebagai Perdana Menteri, saya akan letak jawatan kerana saya sudah melepasi masa...saya dah tua," tambahnya lagi.

Kenapakah dalam beliau mahu menegur dan menalik balik sokongannya terhadap Najib itu, Mahathir suka menyebut perkataan "perletakan jawatan" yang dikaitkan dengan Perdana Menteri? Walaupun dalam bentuk penafian, mengapakah hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan, sampai dua kali ianya disebut?

Dalam jawapan spontan mengenai apa yang akan dilakukannya jika masih menjadi Perdana Menteri, Mahathir misalnya masih boleh memberi jawapan lain seperti mengembalikan ISA, mengekalkan Akta Hasutan dan sebagainya tetapi hairannnya perkataan "meletakkan jawatan" juga yang dipilihnya.

Apakah semua itu mempunyai makna yang tersirat?

Jika diimbas ketika Mahathir berkrisis dengan Musa Hitam dahulu, beliau juga beberapa kali menafikan hubungan mereka renggang dan mempunyai masalah. Dalam suatu majlis yang diadakan di Johor pula, kedua-duanya berpelukan sebagai tanda hubungan yang sentiasa akrab dan tiada masalah.

Namun akhirnya krisis dan masalah antara mereka terbukti apabila Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan berlarutan sehingga berlakunya pertandingan dalam UMNO pada tahun 1987 yang membawa kepada pengharaman UMNO pada 1988.

Begitu juga ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan setiap kali khabar angin mengenai perletakan jawatan orang nombor dua dalam parti dan kerajaan itu menjadi bualan, Mahathir dengan pantas akan menafikannya.

Selama beberapa tahun, entah berapa kali penafian mengenainya telah dibuat, bahkan sehari sebelum Anwar dipecat pada 2 September 1998, Mahathir masih lagi menafikan desas-desus mengenai pengunduran itu.

Tetapi akhirnya, Anwar bukan saja dipaksa mengundurkan diri, malah kerana keengganannya berbuat demikian, beliau terus dipecat daripada kerajaan dan juga parti.

Oleh itu, perkara yang kerapkali dinafikan oleh Mahathir, lebih mungkin menjadi kenyataan sebenarnya. Penafian hanyalah bertujuan melekakan orang lain dan memudahkannya menyusun strategi. Lebih-lebih lagi jika beliau kerap mengulang-ulang perkara tersebut.

Dalam kes yang melibatkan perletakan jawatan Perdana Menteri yang sudah dua kali disebut dan kemudian dinafikan oleh Mahathir, Najib sebenarnya belum boleh berasa lega lagi. Walaupun keadaan Mahathir kini berbeza dengan ketika beliau bermasalah dengan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim dahulu, hakikat yang harus disedari ialah beliau masih lagi berpengaruh dalam UMNO dan juga di kalangan rakyat.

Ketika tanpa kuasa, Mahathir telah membuktikan beliau berjaya menyingkirkan Abdullah Badawi daripada takhta kuasanya.

Sementara lebih separuh sentimen ahli UMNO masih memihak kepadanya, majoriti rakyat pula tetap menyanjung ketegasan dan keupayaannya membangunkan negara ini. Tambahan pula kedua-dua pengganti selepasnya iaitu Abdullah Badawi dan Najib yang dikira masih jauh dibandingkan dengannya, lantas menjadikan Mahathir terus disanjung dan dirindui.

Dengan mengekalkan sikap tidak menyokong lagi Najib, Mahathir juga tidak mungkin sekadar berdiam diri dan membiarkan segala-galanya dalam negara ini berjalan seperti biasa. Mahathir juga mustahil membiarkan saja Najib bertindak sesuka hati selepas sebahagian sejarah pembangunan negara ini dicetuskan melalui idea dan pemikirannya.

Najib mungkin berasa lega setiap kali Mahathir menafikan apa yang dilakukannya bertujuan memaksanya meletakkan jawatan, tetapi sejarah politiknya membuktikan lagi banyak penafian, lagi hampir ia menuju kenyataan

Tetak kepala bapa dengan parang

$
0
0

Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah dan akan ditahan sementara kes disebut semula.Tertuduh (kanan) dikawal polis keluar dari mahkamah dan akan ditahan sementara kes disebut semula.
 
 
 
KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tuduhan menetak bapanya di kepala dengan parang, di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Aqram Mhd Ariffin, 25, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya itu di alamat Jalan Bukit Buloh, Pulai Chondong, Machang.

Dia didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Mhd Ariffin Awang, 56, dengan menggunakan sebilah parang pada jam 8.30 pagi, 5 September lalu.

Pada prosiding itu, tertuduh memohon dibicarakan dan memberitahu mahkamah bahawa dia tindak dapat mengingati apa-apa yang berlaku ketika itu.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan sebutan semula pada 15 Oktober depan. Sementara tertuduh tidak dibenarkan jaminan.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Hilwani Mat Rifin, manakala, tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Terdahulu, susulan penafian daripada tertuduh, Intan memohon kes berkenaan ditangguhkan sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Dalam kejadian lalu itu, Mhd Ariffin dikatakan berada di dalam rumah dan secara tiba-tiba didatangi tertuduh dari luar rumah dengan memegang sebilah parang.

Mhd hanya sempat bertanya ‘nak apa’ kepada anaknya itu sebelum tertuduh menyerangnya dengan tetakan parang di kepala sehingga dia mendapat kecederaan parah. Tertuduh didakwa sudah lama ketagihan dadah.

TPM: Apa bukti k'jaan hutang wang royalti?

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


dikemaskini Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti bahawa kerajaan pusat “berhutang” bayaran royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Katanya, BN bersedia untuk menjawab isu berkenaan sekiranya ia timbul dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Menurut Muhyiddin, beliau yakin PAS akan menjadikan isu wang royalti minyak sebgai isu utama untuk mereka berkempen pada pilihan raya kecil DUN tersebut.

"Kita tahu itu (isu royalti minyak) akan jadi satu isu utama. Kita tak takut tapi sepatutnya mereka (PAS) ambil tindakan. Bukan hanya mencabar secara politik tetapi mereka perlu meneliti sebaiknya.

"Kita sebagai kerajaan BN tidak menipu rakyat. Jika PAS betul sebuah parti Islam, patut buat cara Islam.

“Jadi saya nak cabar PAS supaya memberi penjelasan dan kemukakan bukti yang kerajaan ada berhutang dengan Kelantan," katanya di Tumpat hari ini.

Pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan bayaran royalti minyak kepada Kelantan sebaik pentadbiran negeri itu diambil alih oleh PAS pada 1990.

Usaha Kelantan untuk mendapatkan hasil minyak tersebut dijalankan melalui injuksi interlocutari ke atas Petronas untuk menghalang syarikat petroleum tersebut daripada membayar royalti kepada kerajaan persekutan atau ejennya.

Dalam permohonan tersebut, kerajaan Kelantan mengemukakan alasan bahawa hasil tersebut sepatutnya diperolehi kerajaan negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudiannya pada Ogos 2012 mengundang PAS untuk menyertai satu jawatankuasa untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak pada Kelantan.

Pada masa itu, pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed turut menguar-uarkan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada 5 Mei tahun lalu.

Pentadbiran Kelantan bagaimanapun hanya mampu menyatakan kekecewaan kerana wakil mereka masih belum mendapat apa-apa berita berhubung mesyuarat jawatankausa tersebut.

Negeri di tangga kedua paling miskin di Malaysia itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS.

SPR yakin 70 peratus keluar mengundi

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak terjejas walaupun hari mengundi pada Khamis merupakan hari bekerja.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dijangka lebih 70 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada 25 Sept.

"Pemilihan Khamis kerana kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani dan nelayan, manakala hanya sebilangan kecil bekerja makan gaji," katanya dalam  sidang media selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, hari ini.

Hadir sama timbalannya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli.

Sejumlah 24,039 pemilih berdaftar terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) layak mengundi pada PRK itu.

Abdul Aziz berkata SPR turut melantik kumpulan pemerhati bebas terdiri daripada lapan individu iaitu tiga daripada Majlis Belia Malaysia, Persatuan Naskhah-naskhah Kedaulatan Melayu Malaysia (tiga) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (dua) yang akan mencatat kesalahan dilakukan sepanjang tempoh berkempen.

Selain itu, SPR juga melantik tiga pasukan penguat kuasa yang akan bertindak menurunkan bahan kempen yang tidak dibenarkan dan pasukan ini akan bekerjasama dengan polis serta pihak berkuasa tempatan, katanya.

"SPR turut membelanjakan lebih RM600,000 dan seramai 436 petugas dilantik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor ini.

"Sebanyak 12 pusat mengundi dengan 45 saluran akan dibuka pada hari pengundian nanti," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK DUN itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.- Bernama

Pakar: Ubah 'minda A' pada 'minda ilmu'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


PSR-MINDA:  MINDA 'A' PERLU DIUBAH KEPADA MINDA ILMU - PAKAR PSIKIATRI
 

 
Masyarakat diminta supaya mengubah pemikiran bahawa proses pembelajaran bukan semata-mata untuk mendapatkan gred 'A' tetapi merupakan proses berterusan bagi menimba ilmu pengetahuan.

Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata ukuran kejayaan pelajar tidak bergantung sepenuhnya dengan keputusan cemerlang sebaliknya mendapatkan ilmu kehidupan seperti kemahiran kepimpinan juga antara elemen penting yang diberikan keutamaan.

"Ini merupakan satu cabaran besar pada masa ini memandangkan semua 'mindset' ibu bapa dan pelajar mengatakan pembelajaran hanya berorientasikan untuk mendapat gred 'A' sahaja dan dapat nombor satu dalam kelas.

"Ini seperti persaingan anak-anak dan ibu bapa sehinggakan 'harapan atau jangkaan' yang terlampau tinggi ini menarik perhatian pihak tertentu mengambil kesempatan membocorkan soalan peperiksaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas isu kebocoran kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang memaksa ia diadakan pada tarikh baharu iaitu 30 Sept.

Dr Muhammad Muhsin berkata kejadian sedemikian dapat memberikan kesan kepada perkembangan sahsiah murid yang terlibat kerana dari segi aspek psikologi ia berkemungkinan boleh mentafsirkan ketidakjujuran dalam kalangan masyarakat.

"Murid-murid ini baru umur 12 tahun, masih kecil tidak tahu apa-apa. Apabila jadi macam ini membuatkan mereka pun keliru dengan keadaan kena ambil semula peperiksaan.

"Jadi di masa depan sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan sebaik mungkin kanak-kanak umur seperti ini akan lihat benda tidak baik dan ketikdakjujuran suatu perkara biasa sahaja yang tidak salah dari segi moral," katanya.

Katanya dalam usaha menangani insiden soalan bocor, format penilaian UPSR kini yang berorientasikan kepada peperiksaan akhir mungkin perlu diubah kepada penilaian formatif atau penilaian secara berterusan.

Beliau menjelaskan dengan penilaian formatif itu, kemampuan dan daya intelektual pelajar boleh diuji menerusi 70 peratus kemahiran termasuk kokurikulum dan 30 peratus lagi peperiksaan akhir.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata guru dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang soalan ramalan menerusi laman sosial kerana ia mudah disalahtafsirkan.

"Dalam soal ini kita tidak salahkan guru sebab tidak tahu lagi siapa yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran soalan peperiksaan ini cuma pihak kita nasihat guru-guru jangan gemar sangat sebarkan soalan ramalan.

"Dengan kemajuan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) kini semuanya di hujung jari dan macam-macam boleh berlaku," katanya.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata insiden itu menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu bapa yang mempunyai anak menduduki peperiksaan tersebut.

"Ia amat mengganggu emosi anak-anak tambahan selepas selesainya UPSR ini sekolah akan bercuti selama seminggu, sudah tentu sukar untuk mereka fokus balik kepada pembelajaran," katanya.

Beliau berkata jika masalah berkenaan tidak dipandang serius ia akan mengakibatkan pelajar tidak berdikari dalam pembelajaran mereka kerana hanya bergantung kepada menghafal jawapan soalan yang sudah bocor.

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di kawasan Serdang, Intan Rosazrina Mohd Nasir berkata masalah itu meluluhkan hati anaknya yang sudah membuat persediaan dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan itu.

"Bagi saya, perlakuan ini (membocorkan soalan) tidak membantu murid itu untuk cemerlang di kemudian hari," katanya.

Arese Nesi Rawe Shanggar, 12, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Klang pula berkata sukar untuk menerima kenyataan perlu menduduki semula peperiksaan.

Katanya dia akan mengulang kaji semula subjek yang akan diduduki nanti. - Bernama

Setiausaha Pemuda UMNO Parit Buntar Maut Nahas Motosikal

$
0
0
RAKYATNEWS


alt
 


PARIT BUNTAR - Setiausaha Pemuda Umno Parit Buntar, Khairi Suzaili Abu Bakar, 31, maut selepas motosikalnya terbabas di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Seberang Perai Selatan (SPS),  semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Khairi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa yang juga anak Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Abu Bakar Md Ali difahamkan menunggang motosikal sendirian dari Batu Maung dalam perjalanan pulang dari kerja ke rumahnya di Taman Abdul Raof Ismail.

Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian, motosikal  mangsa terbabas akibat  jalan licin dan hujan sebelum  mangsa dikatakan terpelanting ke bahagian pembahagi jalan.

Penggunaan Big Data Di Malaysia Harus Dimanfaatkan

$
0
0
Alif Mustapha


big data, datuk khan, shangri la hotel, big data world show, rakyatnews, kuala lumpur.
 
 
 
KUALA LUMPUR - Big Data mungkin kedengaran baru di negara ini, namun Malaysia tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan Big Data di dalam bidang kerja untuk mencapai tahap yang selari dengan negara luar yang mengamalkan konsep ini.
 
Pengarah Eksekutif Kumpulan AGA, Datuk Dr Nor Aliah Mohd Zahri berkata, peluang dan ruang yang lebih luas akan diperolehi dengan adanya penjanaan maklumat-maklumat baharu.
 
"Banyak data di dalam seharian kerja kita, cuma penggunaannya tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan penjanaan maklumat baharu ini kita boleh mendapat ruang dan peluang yang lebih luas," katanya.
 
alt
 
Beliau berkata ketika ditemubual RakyatNews selepas membuat tinjauan ke '2nd Annual Big Data World Show Malaysia Conference and Exhibition' di Hotel Shangri La di ibu negara yang berlangsung semalam dua hari bermula 9 September lalu.
 
alt
 
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Hamedi Wahid berpendapat, sistem baharu akan dapat diwujudkan hasil daripada kepelbagaian isu dan idea yang dibincang secara bersama.
 
"Banyak isu dan idea baru yang kita boleh bincang bersama dan mewujudkan sistem baru. Pengguna tahu mereka boleh mengembangkan idea ini kepada keseluruhan teknologi kita." ujar beliau.
 
alt
 
Pegawai Komunikasi Pusat Koordinasi GST, Kementerian Kewangan Effendy Zulkifly menyifatkan Big Data sebagai penyelesaian kepada permasalahan berkaitan pencarian maklumat.
 
"Penyelesaian kepada segala masalah berkaitan pencarian maklumat. Seluruh maklumat samada bentuk 'softcopy' atau 'hardcopy' terdapat di dalam Big Data," ujarrnya.
 
alt
 
 
Malah, Pensyarah Fakulti Seni, Sains Sosial Prof Rosmadi Fauzi berkata, isu-isu semasa memerlukan penglibatan secara bersama sekalipun berlainan bidang kepakaran.
 
"Ini juga melibakan mereka di pelbagai bidang. Tidak semestinya misalnya mahu menyelesaikan masalah sosial maka mereka di bidang sosial sahaja yang terlibat," katanya.

UPSR bocor: Polis ambil keterangan tujuh individu

$
0
0
ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
  
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis sedang mengumpul keterangan dari pelbagai pihak bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
 
"Setakat ini tujuh rakaman percakapan diambil dari kesemua tujuh individu berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," katanya.
 
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu kelmarin manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar menduduki peperiksaan berkenaan pada Khamis juga.
 
LPM menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
 
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Pengarah LPM, Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh, digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan itu selesai.

Di sini lahirnya sebuah kekeliruan

$
0
0


get_ready_for_a_total_brain_overload_640_01


Oleh IZMIL AMRI



Seperti juga saya, anda barangkali merasai perkara yang sama. Kita semua sama-sama keliru, seraya menggaru kepala melihat perkembangan negara hari demi hari. Banyak hal yang tak kena, seperti juga banyak hal yang buat kita melopong ternganga bertanya ‘apa kejadahnya semua ini’.

Sebenarnya kekalutan yang terhidang di depan mata ini bukan benda baru. Kita memang tahu bahawa kerajaan United Malays National Organisation adalah kerajaan yang kalut dan suka buat kalut. Setiap kali ia melihat dirinya tidak popular dan tidak jadi sebutan orang ramai, ia akan bikin kalut.

Mungkin sahaja ia cemburu dengan liputan media yang saban hari menyebut-nyebut nama Pakatan Rakyat. Mungkin juga ia merasakan hanya dirinya sahaja yang layak disebut-sebut media, tidak kira lah walaupun yang disebut-sebut itu kebodohannya. Hanya dia sahaja yang layak popular. Dia kan kerajaan.

Maka dia pun bertindak mempopularkan dirinya, dan pada masa yang sama menimbulkan kekeliruan serta ingatan orang ramai terhadap rasa menyampah yang sudah lama tidur.

Lihat sahaja bagaimana sang pemerintah ini bertindak dengan kepala lutut apabila ia memberkas ratusan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, sebaik sahaja kontinjen tersebut selesai menyertai perarakan Hari Merdeka. Meski dijamu nasi kandar, kita masih lagi tertanya-tanya apa dosa mereka ini sehingga dilayan seperti penjenayah?

Lebih menarik lagi, ini semua terjadi kurang 12 jam selepas rumah Ketua Menteri Pulau Pinang dilempari molotov cocktail. Kalaulah pihak berwajib membuat rondaan di sekitar kediaman Ketua Menteri, pastilah tidak ada malaun yang berani berbuat onar sedemikian. Tetapi apabila ada sukarelawan mahu membuat rondaan, diberkas pula secara berjemaah.

Secara automatik Umno dan BN berjaya meletakkan dirinya di pentas utama perkembangan politik negara setelah sekian lama media hanya mengarahkan lampu limpahnya ke wajah-wajah pimpinan Pakatan Rakyat berikutan kemelut Menteri Besar Selangor.

Lebih rancak lagi apabila tindakan pihak polis ini disambut komen bijaksana Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata bahawa orang bukan-Melayu kian keras kepala kerana orang Melayu terlalu baik.

Seperti mengorek lubang kubur sendiri, Zahid dengan cemerlang mengingatkan kita betapa gagalnya beliau dan kerajaan pimpinan Najib Razak menangani isu-isu keselamatan dan keharmonian kaum, malah menambah minyak kepada api yang sedang marak dengan komen ‘bukan-Melayu makin keras kepala’ ini.

Jadi celah mana munculnya cinta dan perpaduan yang jadi bahan sembang kencang pemuka-pemuka Umno-BN di media sosial.

Dari celah mana pula Merdeka itu bebas daripada cengkaman penjajah sedangkan undang-undang penjajah seperti Akta Hasutan 1948 masih lagi digunakan untuk menutup mulut pemimpin Pakatan dan aktivis rakyat yang tidak lagi mampu dikalahkan di meja debat.

Kita keliru dengan pendekatan parti pemerintah yang dua tahun lalu beriya-iya betul mahu memansuhkan Akta Hasutan, tetapi sekarang galak mengheret sesiapa sahaja yang ia rasakan terlalu lantang ke kandang tertuduh dengan dakwaan menghasut.

Eh, kalau dah nama pun pembangkang, takkan kerjanya hendak puji kerajaan sepanjang masa.
Kalau mengkritik kerajaan pun salah, buat apa ada parti pembangkang? Baiklah tiru sahaja negara-negara komunis yang cuma ada satu parti, tak perlu lawan-lawan lagi. Tak perlu menghasut. Jadi macam lembu.

Dan kita juga keliru dengan mesej berkecamuk yang cuba disampaikan kerajaan apabila satu pihak beriya mengaku progresif segala bagai dan bercita-cita mahukan keharmonian dan perpaduan, tiba-tiba ada menteri terlebih cerdik bermain mancis seakan sengaja mahu bakar api perkauman.

Sia-sia sahaja dibuat iklan-iklan Hari Merdeka dengan mesej perpaduan, sampai siap upah Mat Saleh berlakon, kalau hakikatnya pemerintah negara ini lebih suka rakyatnya berbalah dan terpecah-pecah supaya mudah dikembiri dan diperbodoh.

Kekeliruan yang bertimpa-timpa ini satu sahaja tujuannya. Sama tujuannya dengan mendakwa Azmi Shahrom si pensyarah undang-undang Universiti Malaya bertocang. Semua ini adalah untuk menunjukkan kepada rakyat jelata bahawa, “Hey! Kami masih berkuasa. Kami masih relevan dan popular. Tunduk sujudlah kalian kepada kami, pemerintah kamu.”

Dan kita pun terketar-ketarlah tunduk patuh. Sambil duit di dompet mengalir laju buat menampung kenaikan kos sara hidup. Eh, roti canai dah naik harga sekeping RM1.20, sedar tidak? Padan muka anda, mudah terkeliru dan dilupakan. Padan muka kita semua. – Roketkini.com

Ah Chai lelaki Tionghoa membela Melayu

$
0
0
Oleh HAZAYANI ZAKARIA


TUHAN sudah jatuhkan tugas kepada saya. Saya yakin dan sebab itulah saya nekad untuk mencapai matlamat saya.” 

Demikian jawapan Chua Peng Sian, 49, apabila ditanya faktor yang mendorong beliau nekad berjalan kaki sejauh 500 kilometer dari Pengerang ke Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada Jun lalu.

Chua atau mesra dipanggil Ah Chai merupakan anak jati Pengerang yang sedang berjuang mempertahankan kubur nenek moyangnya daripada dialihkan bagi membangunkan Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Lelaki berbadan kurus dan tinggi itu berjaya berjalan kaki ke Kuala Lumpur selama 11 hari dan menyerahkan memorandum kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen dan kepada pihak Petronas di KLCC.

Menceritakan detik-detik sukar menyudahkan perjalanan, beliau berkata, beliau berazam meneruskan perjalanan walaupun diserang demam dan mengalami sakit belakang.

Katanya sepanjang perjalanan, beliau sangat menjaga disiplin kerana mahu mencapai misinya mengikut waktu yang ditetapkan.

Beliau memulakan perjalanan awal pagi setiap hari dan berhenti untuk makan tengah hari dan meneruskan perjalanan hingga malam dan tiba ke sesuatu destinasi mengikut jadual.

“Saya ambil vitamin dan makan pun makanan biasabiasa sahaja. Tempat tidur pun biasa-biasa sahaja kerana saya tidak mementingkan semua itu asalkan saya berjaya sampai ke Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah ramai polis cawangan khas (SB) yang ‘menjaga kebajikan’ beliau sepanjang perjalanan.

Bersama 40 orang yang lain, hanya beliau yang berjaya berjalan kaki tanpa sehari pun menaiki kende raan.

Semuanya dilakukan kera na perasaan kecewa dan marah dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Petronas yang membangunkan projek gergasi di kampung mereka dan merampas tanah penduduk kampung termasuk mengalihkan kubur.

“Saya memang anak kelahiran kampung ini, ti dak pernah keluar dari kampung. Saya bersekolah, bekerja, berkahwin dan men dapat dua orang anak di kampung ini. Saya betul-betul sayangkan kampung saya,” ceritanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Buloh, berdekatan Pekan Sungai Rengit, 3 September lalu.

Kubur Islam dan bukan Islam sama diperjuang 

Dengan penuh semangat beliau bercerita, bukan sahaja kubur bukan Islam yang diperjuangkan malah beliau turut memperjuangkan kubur orang Islam yang juga menerima nasib yang sama.

Pengerusi Kumpulan Save Pengerang NGO Alliance itu berkata, perjuangannya bukan untuk kaum Tionghoa sahaja malah untuk semua penduduk Pengerang yang terumbang-ambing kehidupan mereka selepas projek projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) dan PIPC dimulakan.

“Jangan cakap saya hanya mempertahankan kubur Cina sahaja tetapi saya juga cuba pertahankan kubur Orang Islam. Saya hairan kenapa Orang Islam dengan senang sahaja membiarkan kubur waris mereka dipindahkan walaupun tidak mengikut prosedur yang betul,” katanya dengan kesalahan Bahasa Melayu yang minima, tanda beliau sudah biasa bertutur dalam Bahasa Melayu dan bergaul dengan Orang Melayu.

Beliau bagaikan tidak mengenal erti takut dan lelah apabila berazam akan terus berjuang mempertahankan kampung tradisi dan kubur nenek moyang mereka daripada diusik.

“Bagi orang Cina, usik orang yang sudah meninggal adalah sangat menjadi pantang larang kami. Dan saya yakin bagi orang Islam pun, kerja-kerja alih kubur perlu mengikut prosedur dan Mufti Johor sendiri ada kata, pengalihan mayat perlu dilakukan mengikut tertib,” katanya kesal.

Apa Kata Ts Omar Mohd Hashim Mengenai Kebocoran UPSR

$
0
0

Oleh Abu Hassan Adam


Tentulah agak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa keadaan kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR ini adalah antara beberapa siri malapetaka negara yang termasuk kehilangan pesawat MH 370 dan terhempasnya pesawat MH 17.

Walaupun kebocoran dalam kertas ujian UPSR tidak mengorbankan nyawa namun ia telah ‘mengorbankan’ banyak perkara., terutama yang berkaitan dengan psaikologi kanak-kanak dan ibu bapa yang mana anak mereka terlibat dalam ‘malapetaka’ ini

Bukan sahaja kepada mereka yang terlibat tetapi yang tidak terlibat dengan malapetaka ini juga turut merasakan ‘bahang’nya. Sekurang-kurangnya amat simpati dengan anak-anak kecil yang terpaksa ‘berusaha’ semula untuk mendapatkan markah cemerlang akibat pepepriksaan yang tertunda.

Tidak boleh dibayangkan ‘hancur dan luluh’nya perasaan anak-anak ini yang sudah sekian lama bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang amat penting bagi mereka itu. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita yang menggemparkan ini dan bukan sahaja anak-anak yang berdukacita, tetapi yang juga berdukacita ekoran daripada keadaan ‘malapetaka’ ini ialah ibu bapa yang berkemungkinan sudah bersedia untuk ‘mengembirakan’ anak-anak mereka dengan janji-janji yang berbagai-bagai. Bagi ibu bapa yang berada sudah ada kedengaran cerita-cerita bahawa mereka terpaksa menangguhkan percutian sebagaimana yang telah dijanjikan oleh mereka kepada anak-anak.

Ramai juga yang telah membatalkan penerbangan dan tempahan hotel untuk musim cuti sekolah semata-mata kerana kebocoran kertas soalan dalam UPSR. Alangkah kecewa golongan yang sebegini.

Sememangnya banyak rancangan yang tergendala disebabkan kebocoran soalan peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris ini. Mungkin pihak yang bertanggungjawab tidak pernah memikirkan hal yang sebegini yang dihadapi oleh anak-anak dan ibu bapa yang mengambil pepepriksaan, walau peperiksaan peringkat mana sekalipun.

Aku sempat berbual dengan Tan Seri Omar bin Mohd Hashim, yang merupakan bekasa Pengarah Lembagai Peperiksaan suatu ketika dahulu mengenai isu kebocoran kertas soalan yang sedang hangat diperkatakan. Dalam blog aku yang lepas telah aku ceritakan tentang pengalaman aku bersama-sama dengan beberapa orang tokoh peperiksaan ketika berkhidmat di Lembaga Peperiksaan pada penghujung tahun-tahun 1970an dan awal 1980an di bawah pimpinan TS Omar bin Mohd Hashim.

Sebagaimana biasa, beliau tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak yang menyebabkan
berlakunya kebocoran ini. Sememangnya dari dulu lagi seingat aku beliau lebih cenderung kepada menyelesaikan masalah dan hampir tidak berlaku dimana beliau menyalahkan seseorang yang menyebabkan sesuatu itu berlaku. Dengan demikian hampir tidak wujud langusng suasana tegang antara pengarah dan pegawai ketika kami bertugas di Lembaga peperiksaan di bawah pimpinannya.

Ada dua perkara yang menarik perhatian aku dalam membincangkan isu kebocoran kertas soalan ini.

Beliau menyarankan agar para pegawai selalu membuat pemantauan dan lawatan ke kawasan-kawasan pendalaman dan ceruk-ceruk kampung untuk meninjau sekolah-sekolah yang berada di kawasan pedalaman.

Dengan membuat lawatan sedemikian dapatlah para pegawai memahami ‘aliran’ kertas soalan itu sebelum sampai ke sekolah-sekolah. Dapatlah sesorang pegawai pegawai itu memahami bagaimana soalan itu disimpan dan bagaimana rupa tempat penyimpanannya demi untuk menjaga kerahsiaan kertas soalan tersebut. Beliau merasa yakin bahawa proses pemantauan ini ada dilakukan kini dan mungkin dijalankan dengan lebih kerap lagi supaya risiko kertas soalan mengalami kebocoran tidak berlaku.

· TS Omar mengakui bahawa kehadiran media baru seperti handphone yang canggih pasti akan menyusahkan dan merumitkan lagi Lembaga Peperiksaan dalam menjaga kerahsiaan soalan-soalan peperiksaan berbanding dengan zaman yang kami lalui dahulu di mana peralatan canggih sebegini belum lagi wujud. Dengan demikian agak menyenangkan kerja yang dijalankan. Taraf dan integriti kerahsiaan yang perlu ada pada seseoran pegawai peperiksaan perlulah dalam keadaan luar biasa sekiranya hendak mengelakkan agar kebocoran soalan tidak berlaku.

Yang menyedihkan aku mengapa peristiwa sebegini berlaku ketika ini ia itu ketika persepsi masyarakat terhadap pendidikan negara berada pada tahap yang amat rendah, walaupun pihak kerajaan sentiasa mengatakan bahawa tahap pendidikan di negara kita berada pada tahap yang tinggi dan bertaraf dunia!!. Mungkin pandangan yang sebegini tidak begitu tepat dimata pihak berwajib.
Namun begitulah keadaannya pada pandangan mata masyarakat umum. Begitulah persepsi masyarakat Malaysia kini.

Persepsi masyarakat Malaysia terhadap kajian yang dibuat oleh PISA (Program for International Student Assessment ) belum begitu dapat dilupakan oleh masyarakat Malaysia. PISA adalah ujian untuk menguji kebolehan pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 16 tahun dikalangan negara-negara OECD (Organization for Economic Coperation and Development) dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan.

Laporan itu jelas menunjukkan bahawa negara kita Malaysia berada pada kedudukan yang hampir tercorot berbanding dengan negara-negara Asia lain seperti China (Shanghai), Hong Kong, Singapore, Japan, Korea Selatan yang telah menunjukkan keadaan yang begitu maju dari segi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan. Malah telah dikatakan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di negara-negara Asia berkenaan adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang mundur termasuklah Malaysia. Maknanya negara kita terkebelakang lima tahun berbanding dengan negara-negara yang menduduki tempat yang ke 20 teratas.

Ditambah dengan keadaan malapetaka yang menimpa kita kini tentu sekali akan terus ‘menghantui’ pemikiran rakyat Malaysia yang merasakan bahawa pendidikan di negara kita adalah amat terkebelakang. Alasan yang mungkin diketengahkan ialah persoalan kegagalan kita dalam pengurusan peperiksaan pula. Ini tentunya berkait rapat dengan kredibiliti peperiksaan pula dan berkait rapat juga dengan prestasi negara kita. Mungkin akan timbul juga tohmah yang mengaitkan tentang lemahnya pengurusan peperiksaan kita menyebabkan begitu senangnya mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR atau PMR dan SPM.

Bagaimanakah agaknya kita mahu mentafsirkan keadaan laporan PISA ini dengan pencapaian ‘cemerlang’ yang telah kita capai dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang kita adakan? Apakah kita masih lagi mahu ‘syok’ sendiri dan masih mahu menganggap diri kita sebagai ‘jaguh kampung’ untuk menjadi ‘bahan ketawa’ negara-negara lain.

Tentulah ‘pahit’ dan ‘perit’ untuk kita ‘telan’ keadaan ini. Namun itulah hakikatnya.

Sekiranya kita katakan kita berjaya dengan cemerlang tentulah dipersoalkan pula kecemerlangan dari segi apa? Apakah ukuran yang kita gunakan. Dan kononnya kita mahu ‘bersepak-terajang’ di arena antarabangsa dan kita mahu anak-anak kita berpandangan secara global. Tetapi apakah kita sudah siap sedia menghadapi keadaan sedemikian?

Ekoran daripada malapetaka ‘kebocoran soalan Sains dan English’ dalam UPSR membawa kesan sampingan yang lebih jauh. Akan ada golongan tertentu di negara ini sudah hilang keyakinan kepada sistem pendidikan kebangsaan di negara ini. Walaupun tidak ramai bilangannya namun boleh juga menjejaskan keyakinan orang lain untuk turut sama mengikuti jejak langkah mereka.

Bagi Rakyat Malaysia yang sedemikian, yang amat peka tentang perkembangan pendidikan semasa kini di Malaysia tentulah sedar bahawa mereka perlu menghantar anak mereka ke sekolah swasta untuk mengikuti sistem IGCSE dan meninggalkan persekolahan KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah) yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan. Mungkin mereka merasakan bahawa aliran kebangsaan di sekolah-sekolah kerajaan tidak akan menjamin masa hadapan anak mereka. Mungkin sudah ada antara masyarakat kita yang berpandangan sedemikian rupa.

Kejadian kebocoran matapelajaran Sains dan English dalam peperiksaan UPSR ini perlu dilihat secara positif oleh kerajaan. Tidak perlu pihak tertentu menyalahkan orang lain yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa, kerana jikalau satu jari telunjuk menunjuk kepada orang lain, maka empat jari lagi akan mengarahkan kepada diri sendiri.

Sistem pengendalian peperiksaan awam perlu dilihat dan dikaji semula. Para petugas yang bertuhgas di Lembaga Peperiksaan perlu dinilai kredibiliti mereka. Dan yang agak penting juga difikirkan semula ialah tentang persoalan percetakan kertas soalan peperiksaan yang melibatkan pekerja yang ramai. Perlu juga difikirkan makanisme agar prinsip kerahsiaan dapat diterapkan kepada setiap pekerja yang bertugas atau yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyediaan kertas soalan peperiksaan.

Kita mengharapkan kebocoran sebegini adalah bagi kali terakhir dan tidak akan ada kebocoran pada kertas peperiksaan SPM yang akan datang. Insyallah…http://abuhassanadam.blogspot.com/

Kerja pembersihan Sungai Klang 56KM bermula

$
0
0
Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Kerja pembersihan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari Kampung Pasir, Petaling Jaya sehingga muara sungai berhampiran Kelab Kapal Layar Diraja Selangor Klang dilaksanakan ahli Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd.

Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir berkata, kawasan paling kritikal dengan sisa sampah terapung terbanyak adalah sepanjang 10 kilometer dari Pengkalan Batu, Klang sehingga Bandar Sultan Sulaiman, Klang.

IMG_5739 (1000x751)Ini kerana, Sungai Klang melalui beberapa buah kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Klang (21km), Shah Alam (20km), Subang Jaya (9km) dan Petaling Jaya (6km).

“Kita sedang giat membersihkan sisa-sisa sampah setiap hari di sepanjang sungai dan tebing sungai.

“Walau bagaimanapun tugasan pembersihan ini tiada penghujung jika masalah ini tidak diselesaikan di punca pencemaran, terutamanya sisa sampah dari premis domestik, komersial, perindustrian, tapak pembinaan dan pengairan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, bahagian sungai yang terdapat sisa dan sampah adalah di pengairan keluar tali air dan tebing sungai berhampiran premis perindustrian.

Antara sisa sampah terapung atas permukaan sungai adalah bekas polistirena, bahan plastik, getah, kertas, kayu, kepingan logam ringan dan bahan pembinaan seberat 50 tan sehari yang perlu dikumpulkan dan dihantar ke tapak pelupusan di Jeram.EZY

Ulama bukan kriteria jadi calon Pas

$
0
0
SINAR HARIAN


Pimpinan Pakatan Rakyat mengiringi Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (baju hijau) ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat semalam. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Bin AbdullahPimpinan Pakatan Rakyat mengiringi Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (baju hijau) ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat semalam. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Bin Abdullah
 
 
 
TUMPAT - Ketokohan dalam ilmu agama kini tidak lagi menjadi kriteria penting bagi seseorang menjadi calon Pas untuk bertanding pada pilihan raya, kata Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
  
Beliau berkata, soal calon tidak dari kalangan ulama bukan kriteria penting dan ia tidak mempengaruhi sokongan pengundi terhadap Pas.
  
Katanya, disebabkan itu calon Pas pada PRK Dun Pengkalan Kubor adalah seorang kontraktor binaan dan berjawatan sebagai Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.
  
Bercakap kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, beliau berkata berdasarkan kriteria sebagai anak tempatan, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dipilih sebagai calon Pas pada PRK itu.
  
Wan Rosdi akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, 48; dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika ditemui pula berkata berdasarkan kriteria calon sebagai anak tempatan dan aktivis masyarakat, parti itu yakin Wan Rosdi dapat merampas kerusi Dun Pengkalan Kubor.
  
Katanya, Pas akan menggunakan strategi berkempen dan berkunjung dari rumah ke rumah.
  
Mohamad berkata, Pas juga akan meneruskan manifesto pada PRU lalu bagi menarik sokongan pengundi.-Bernama

Pengkalan Kubor bukti kerjasama PKR-Pas

$
0
0

Tian ChuaTian Chua
 
 
 
TUMPAT - Tindakan PKR menyerahkan Kerusi Pengkalan Kubor kepada Pas membuktikan wujud  perpaduan kukuh antara parti komponen dalam PR.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, walaupun wujud perselisihan antara pimpinan tertinggi parti komponen dalam PR, beliau yakin perkara berkenaan tidak akan mengugat kepercayaan pengundi di Pengkalan Kubor.

"Kemelut politik di Selangor khususnya tidak akan merecatkan perjuangan PR untuk berkhidmat kepada rakyat dan kita akan menyelesaikan masalah yang berlaku secara baik.

"Perbezaan pendapat seringkali wujud dalam politik, tetapi perbezaan ini tidak bermakna kita akan berpecah dalam perjuangan. Sebaliknya perbezaan ini membuatkan kita lebih kuat," katanya ketika ditemui selepas pengumuman penamaan calon bagi Dun Pengkalan Kubor, hari ini.

Katanya, calon Pas,  Wan Rosdi Wan Ibrahim merupakan calon yang layak bertanding bagi kerusi Pengkalan Kubor kerana mempunyai pengalaman luas mengenai politik di Kelantan.

"Beliau (Wan Rosdi) merupakan anak jati Tumpat, rakyat di sini sememangnya mengenali beliau," katanya.

Siapa sebenarnya di sebalik Pasma?

$
0
0

Oleh Mohd. Asron Mustapha


NAMA Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi sejak seminggu lalu kembali menghangatkan arena politik tanah air selepas sekian lama menyepi apabila beliau tampil mendakwa sebagai Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) - sebuah badan yang disebut-sebut bakal menjadi 'Pas baharu'.

Kemunculan semula beliau pantas mendapat perhatian kerana sudah menjadi pengetahuan umum, Pasma yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu dan didokong kumpulan Anwarinas bertujuan memberi tekanan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya dalam konteks krisis politik di Selangor.

Itu pelan jangka pendek. Pelan jangka panjang pula, Pasma cuba mencorak pemikiran politik Pas yang dikatakan jumud dan ketinggalan oleh kumpulan Anwarinas akibat diterajui golongan ulama, sebelum sedikit demi sedikit 'NGO' berkenaan bertukar wajah untuk menjadi platform politik.

Struktur organisasi Pasma juga saling tidak tumpah Pas dan 'NGO' itu dilaporkan akan menubuhkan badan perhubungan negeri pertama di Pahang sekali gus melantik pesuruhjaya negeri pada masa sama. Ini bermakna langkah ke arah menjadi sebuah pertubuhan politik sudah bermula.

Malah perkara tersebut tidak dinafikan Phahrolrazi. Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah benar bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu merupakan watak utama di dalam Pas yang menggerakkan Pasma? Atau apakah beliau sekadar 'buah catur' untuk mengaburi identiti dalang utama?

Ini kerana master plan Pasma sebenar cukup besar dan dengan aura yang ada pada Phahrolrazi sekarang, adalah mustahil untuk beliau menarik sokongan akar umbi Pas secara massa kerana pengaruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor itu terhad di Kedah sahaja.

Bahkan cengkaman beliau di Kedah juga terbatas. Walaupun muncul antara tokoh Pas Kedah yang kuat menentang bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan dilihat pemimpin negeri yang senior, Phahrolrazi tidak terpilih untuk dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas yang baharu.

Sebaliknya, jawatan penting itu diserahkan oleh pucuk pimpinan Pas kepada Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, sehingga akhirnya Phahrolrazi mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah dipercayai kerana berkecil hati.

Jadi bagaimana untuk seorang yang dilihat sudah hilang pengaruh politiknya mampu untuk mencaturkan Pasma? Rancangan Pasma untuk menggoncangkan kepimpinan ulama tidak mampu direalisasikan tokoh yang bersifat lokal. Paling tidak, Presiden Pasma mestilah bersifat nasional yang ada jawatan di peringkat Pas Pusat.

Pengaruh di peringkat Pas Pusat itu penting kerana bukan lagi menjadi rahsia bahawa Pasma akan bergerak sebagai satu kumpulan bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP demi menjaga hubungan di antara pakatan yang kini ibarat retak menanti belah.

Segala persoalan itu menimbulkan tanggapan apakah Phahrolrazi cuma sekadar proksi pihak tertentu di dalam atau juga di luar Pas? Apatah lagi dengan pengesahan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Selasa lalu, bahawa nama beliau tiada dalam senarai seperti didaftarkan.

Kenyataan media ROS mengenai Pasma menyebut Mohamad Faiz Mohd. Taib (pengerusi); Muhamad Hisomudin Bakar (Timbalan Pengerusi); Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha); Mohd. Iqbal Mohd. Shariff (Penolong Setiausaha); Mohd. Rosli Abu Bakar (Bendahari) serta tiga ahli jawatankuasa iaitu Mohamed Zainal Hussin, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Mohamad Abdul Razak.

Jika sekadar proksi atau buah catur, siapa pula dalang sebenar yang menjadi tangan ghaib menggerakkan Pasma yang disifatkan Abdul Hadi sebagai nyamuk? Apakah benar Phahrolrazi cuma sekadar jawatankuasa awam? Jika begitu siapa pula yang membentuk jawatankuasa sebenar atau 'jawatankuasa tersembunyi'?

Mengenali Phahrolrazi, beliau sebenarnya bukanlah seorang tokoh politik yang mudah dipengaruhi apatah lagi untuk dijadikan buah catur pihak tertentu. Namun dalam politik terutamanya melihat kepada perkembangan semasa Pas yang kini berpecah dua, apa sahaja boleh berlaku.

Selain itu, kehadiran Muhammad Husin, iaitu aktivis Pas dari Kelantan dan seterusnya mengangkat diri sebagai Timbalan Presiden Pasma pada forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada Isnin lalu juga tambah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan ahli Pas.

Forum tersebut sepatutnya menampilkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof tetapi tanpa sebarang alasan, tempat Husam diganti Phahrolrazi manakala Ahmad diganti dengan Dr. Abdul Aziz Bari.

Ahmad sebelum ini disebut-sebut sebagai Mursyidul Am Pasma tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut. Husam pula dikaitkan sebagai pemimpin Pas yang pro-Anwarinas apabila beberapa siri kenyataan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi khususnya dalam konteks krisis politik di Selangor.

Secara kebetulan juga Muhammad yang mendakwa 'Timbalan Presiden Pasma' dikenali sebagai orang kuat Husam. Bagitu juga dengan dua lagi ahli jawatankuasa penaja sebagaimana disenaraikan ROS iaitu Muhamad Hisomudin dan Sheikh Umar.

Sebenarnya tidak susah untuk meneka siapakah pemimpin tertinggi Pas di sebalik Pasma dan dengan siapa pula di luar parti yang pencatur utama ini bekerjasama kerana seumpama nyamuk daripada dengung pun sudah boleh dikesan.

Maka, sebab itu adalah tidak pelik mengapa Ketua Pemuda Pas Sekijang, Johor, Shazni Munir Ithnin, secara terbuka mendesak Husam meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden jika tidak bersetuju dengan Abdul Hadi dan bukannya menjadi anai-anai yang 'makan dalam senyap'.

UPSR: Polis siasat pegawai LPM, wartawan

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Polis mengambil keterangan enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng hari ini berkata polis sedang mengumpul keterangan dari pelbagai pihak bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.

"Setakat ini tujuh rakaman percakapan diambil dari kesemua tujuh individu berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," katanya kepada Bernama.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. - Bernama

Pengundi perlu tolak parti khianat royalti

$
0
0
ASLANI M


TUMPAT: Pertubuhan R Kelantan mencabar Tan Sri Muhyuddin Yassin menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat akaun Petronas bagi melihat jumlah wang royalti milik Kelantan yang dibayar Petronas kepada kerajaan pusat.

Timbalan Presidennya, Abdul Shakur Sharrie berkata, sebelum ini mahkamah enggan membenarkan perbicaraan terbuka dengan memanggil saksi-saksi dan mendapatkan dokumen pengeluaran Petronas di bumi Kelantan.

“Kami pernah mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan menyiasat akaun Petronas. Kami juga telah menyerahkan beratus surat kepada Perdana Menteri dan Petronas.

“Jika Timbalan Perdana Menteri benar-benar ikhlas, usulkan atau sekurang-kurangnya menyokong secara terbuka usaha meletakkan Petronas di bawah tanggungjawab parlimen bagi membolehkan akaunnya dibentang dan dibahaskan setiap wakil rakyat,” katanya di sini.

Muhyiddin ketika bercakap kepada pemberita di sini mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti kerajaan pusat berhutang bayaran royalti minyak kepada negeri itu.

Menurut beliau BN bersedia menjawab isu berkenaan sekiranya ia timbul dalam kempen pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Abdul Shakur juga berkata, Petronas dan kontraktor-kontraktornya seumpama melakukan rompakan hasil petroleum Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak kerana menghapuskan Undang-Undang Darurat menyebabkan keseluruhan wilayah laut negeri menjadi milik kerajaan pusat.

Katanya, Undang-Undang itu diganti dengan Akta 750, namun ia dianggap tidak sah untuk dikuatkuasakan kerana tidak diluluskan Dewan Undangan Negeri dan belum mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Katanya, Pertubuhan R Malaysia menjalankan kempen agar kesemua negeri pengeluar Petroleum menolak secara rasmi Akta 750.

“Akta ini tidak sah. Oleh itu pengundi di Pengkalan Kubor hendaklah menolak calon parti yang mengkhianati rakyat Kelantan.

Akta 750 Akta Wilayah Laut 2012 dilulus di Parliamen pada 2012 bagi menggantikan Akta Darurat yang telah dimansuhkan. -HARAKAHDAILY
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live