Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Pas: Tiada usaha jatuhkan presiden

$
0
0

 Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 
 
 
KUALA LUMPUR - "Tiada siapa hendak jatuhkan Presiden Pas," demikian tegas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar mengenai desas-desus yang mengatakan terdapat gerakan dalam Pas untuk menjatuhkan presiden.

Beliau berkata, semua ahli sepakat ketika memilih Abdul Hadi dan ahli Pas sama sekali tidak akan mengkhianati pemimpin yang dipilih mereka.

"Tidak pernah wujud gerakan. Ini mungkin kami meraikan perbezaan pendapat, kerana itu ada yang berfikir seolah-olah wujud gerakan seperti ini.

"Kami menghormati Presiden Pas dan saya beranggapan paparan media sahaja yang menggambarkan perkara itu wujud, sedangkan tidak," katanya kepada media, di Ibu Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini Pas saling mencari persamaan khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Isu ini membuatkan Pas seperti tidak sependapat.

"Ia juga membuatkan kami terpaksa menanggung beban sedangkan ia bukan berpunca dari Pas sendiri," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pendirian Pas jika Sultan Selangor, Sultan Sharaffuddin Idris Shah perkenan untuk calon Pas menjadi menteri besar, Mahfuz berkata, Pas tidak akan menerimanya.

"Pendirian Pas sangat jelas, kita hanya akan terima menteri besar dari calon PKR sahaja.

"Bukan mahu mengingkari titah Sultan, tapi itulah pendirian Pas berhubung isu ini," katanya.

Bocor: 2 guru dibebas dengan jaminan polis

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Dua daripada empat orang guru yang ditahan semalam berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan direman hari ini sekiranya kertas siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua orang guru lagi telah dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka.
  
"Daripada empat orang yang ditahan, dua orang masih ditahan untuk siasatan lanjut dan sekiranya siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam, mereka akan direman esok (hari ini) di Putrajaya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
  
Polis menahan empat guru berusia lingkungan 30 dan 54 tahun dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak petang semalam berhubung kes kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana individu mahupun pegawai kanan yang terlibat dalam kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian UPSR.
  
Beliau berkata polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melakukan siasatan terperinci terhadap kebocoran dua kertas peperiksaan UPSR itu dan kertas siasatan kes itu juga telah dibuka.
  
"Banyak lagi maklumat akan diperoleh polis terutamanya mengenai kaedah dari segi pengedaran kertas soalan bukan saja UPSR, tetapi peperiksaan yang lain.

"Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memberikan banyak maklumat dalam usaha membantu siasatan yang dilakukan.
  
"Saya ingin memberi jaminan bahawa polis tak akan melakukan 'cover up' terhadap mana-mana individu atau pegawai kanan atau individu yang terlibat secara tidak langsung dalam pembocoran ini," katanya kepada pemberita selepas perasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di Butterworth semalam.

Mengulas mengenai perkembangan kes pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata polis akan menyerahkan senarai bersih pegawai dan anggota pasukan itu selepas saringan terhadap hampir 10,000 anggota selesai.
  
Beliau berkata anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah akan dikenakan tindakan undang-undang.
  
Ditanya sama ada pihaknya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mendaftar pasukan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ahmad Zahid berkata: "Kami sedang berbincang dengan kerajaan negeri cara terbaik untuk menyerap orang-orang ini dalam pertubuhan sah".
  
Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan ROS.
- Bernama

Pas Terengganu tegah ahli terlibat Pasma

$
0
0

Parti PASParti PAS
 
 
 
SHAH ALAM -  Badan Perhubungan Pas Terengganu hari ini melarang keras mana-mana ahli Pas Terengganu daripada melibatkan diri dengan Persatuan Umah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata, pencegahan tersebut dikuatkuasakan dengan serta-merta dan ditujukan kepada seluruh badan organisasi Pas Terengganu.

"Larangan ini termasuklah menjadi ahli Pasma, menubuhkan Pasma, dan menghadiri apa-apa program anjuran Pasma.

"Ahli Pas juga dilarang sama sekali untuk memberi  kerjasama kepada program anjuran Pasma dalam apa jua bentuk sekalipun," tambah Muhyidin melalui kenyataan pada hari ini.

Sebuah portal tempatan pada tarikh 7 September melaporkan, Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak membenarkan anggota Pas untuk menyertai Pasma sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.

Beliau berkata, Pas tidak menggalakkan sekiranya ahlinya untuk menyertai pertubuhan itu jika ia sebuah pertubuhan kebajikan kerana dalam parti Islam itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.

"Tapi tidak ada keperluan ahli Pas untuk sertai Pasma kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya.

Sementara itu,  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai sama ada penubuhan Pasma akan menjurus kepada penubuhan sebuah parti politik atau tidak, beliau berkata, itu terserah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Ini amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftaran Pertubuhan sama ada nak terima atau tidak. Itu biasalah dalam negara demokrasi ini, ada parti-parti politik," ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Pemuda Pas: Nik Nazmi cuba keruhkan keadaan

$
0
0

Isu MB Selangor


KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan hasil pertemuan antara AMK dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai cubaan mengeruhkan kembali keadaan.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pertemuan antara ketua sayap Pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bertujuan untuk mendamaikan keadaan dan suasana tidak seharusnya dihangatkan dengan pendedahan tidak sepatutnya.

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan dikeluarkan Ketua AMK semalam, yang mendakwa Presiden Pas menyuarakan hasrat untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam pertemuan dengan Ketua Pemuda PKR minggu lalu.

“Apa yang diketahui, ia pertemuan tertutup dan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum, lebih-lebih lagi di saat isu Menteri Besar Selangor ini memasuki fasa terakhir,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, Pemuda Pas Kelantan kesal dengan pendedahan yang dibuat walaupun yakin dan menghormati komitmen rakan di dalam AMK yang begitu komited menjaga keutuhan PR.

“Kehadiran Nik Nazmi bersama kepimpinan AMK di Pengkalan Kubor tiga hari lalu cukup memberikan semangat kepada Pemuda meneruskan agenda perjuangan PR, khususnya Pas yang diberikan laluan pada PRK ini.

"Bagaimanapun kenyataan terbaharu Nik Nazmi ini saya sifatkan akan mengeruhkan kembali keadaan kerana tidak semua pandangan yang dikongsi dalam pertemuan tertutup seperti itu didedahkan kepada umum, lebih-lebih jika ia tidak mendatangkan faedah," katanya.

Tak boleh bincang kes mahkamah waktu kempen

$
0
0

Nik Ahmad Kamal Nik MahmodNik Ahmad Kamal Nik Mahmod
 
 
 
SHAH ALAM - Sebarang kenyataan berkaitan dengan kes yang sedang dihujah di mahkamah tidak boleh dibincangkan secara umum oleh mana-mana pihak, kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Beliau berkata demikian merujuk isu royalti minyak Kelantan yang dibangkitkan oleh beberapa pihak semasa kempen PRK Dun Pengkalan Kubor.

Menurutnya, perbincangan umum tentang perkara itu boleh dianggap menghina mahkamah atau sub judis.

"Lebih elok tidak berbincang perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana susah untuk asingkan mana yang relevan atau tidak dengan kes di mahkamah sebab semuanya berkaitan.

"Sesetengah perbincangan yang dianggap tidak menyentuh isu di mahkamah (dan dibincangkan secara terbuka) sebenarnya mungkin menyentuh isu tersebut," katanya, semalam.

Menurutnya, ini kerana tafsiran sesetengah pihak berbeza dengan tafsiran di mahkamah kerana ada yang mungkin berpendapat perbincangan itu tidak menganggu kes mahkamah tetapi mahkamah mempunyai tafsiran yang lain.

"Itu bahayanya kalau bincang isu ini di luar mahkamah secara umum khususnya dalam ceramah-ceramah pilihan raya," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil ke atas pihak yang berdegil mengeluarkan kenyataan atau bercakap mengenai kes di mahkamah, Nik Ahmad Kamal berkata, jika laporan berhubung kesalahan itu dibuat kepada pihak mahkamah, tindakan menghina mahkamah boleh dimulakan.

"Kebiasaannya laporan tersebut akan dibuat pihak peguam, sebelum tindakan dijalankan," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas untuk menyiasat sendiri kewajaran Kelantan mendapat royalti minyak RM12 bilion yang didakwa belum dijelaskan oleh Kerajaan Pusat.

Muhyiddin berkata, Pas boleh menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu secara terperinci dari aspek undang-undang dan Perlembagaan.

"Isu Kerajaan Persekutuan yang didakwa menipu dan berhutang dengan Kelantan adalah tidak benar.

Tiada benda kita nak selindung. Semua pentadbiran akaun Petronas adalah telus dan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang," katanya, kelmarin.

Singkir Hadi bukan pendirian rasmi PasMa

$
0
0
ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak menafikan bahawa ada pihak yang mahu menyingkirkan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika NGO itu mengadakan satu pertemuan di Kota Bharu, 31 Ogos lalu.
 
Tetapi menurut Presidennya Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi, itu bukan pendirian rasmi PasMa sebaliknya pandangan peribadi sebilangan ahli PAS.
 
“Saya tidak nafikan isu ini dibangkitkan oleh peserta.
 
“Ketika berucap, pelbagai cadangan dan kritikan dibangkitkan kerana PasMa adalah platform untuk penyokong Pakatan Rakyat menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.
 
“Tetapi kita tidak membuat sebarang pendirian,” katanya yang dipetik Malaysiakini.
 
Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.
 
Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.
 
Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya.

Akta Hasutan: Rakyat jangan lupa sejarah, kata penganalisis

$
0
0
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Peristiwa rusuhan kaum yang kini menjadi lipatan sejarah perlu diteladani rakyat Malaysia agar ia tidak berulang lagi, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak .
 
Meskipun pelbagai pihak, terutamanya pembangkang mendesak dimansuhkan akta berkenaan, Mustafa berpendapat Akta Hasutan perlu diteruskan bagi mengekalkan kestabilan sedia ada.
 
"Kita jangan lupa kepada sejarah. Kita pernah melihat peristiwa pertembungan agama dan kaum serta ada pihak yang sengaja mencetuskan perbalahan dan perpecahan. 
 
"Apabila kebencian dan amarah sudah merebak, maka ia boleh membawa kepada keadaan yang tidak tenteram," katanya ketika dihubungi Antarapos baru-baru ini.
 
Akta Hasutan 1948 menjadi perdebatan ramai pihak, terutamanya pembangkang untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji untuk memansuhkannya.
 
Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan penangkapan di bawah akta itu sebagai satu penganiayaan terhadap mereka oleh pemerintah 'kuku besi'.
 
Antara Ahli Parlimen yang didakwa mengikut akta itu adalah Rafizi Ramli (Pandan), N Surendran (Padang Serai), Teressa Kok (Seputeh), Chua Tian Chang (Batu), dan Khalid Samad (Shah Alam).
 
ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Seri Delima RSN Rayer serta bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut didakwa mengikut akta berkenaan.
 
Malah tindakan mengenakan akta tersebut kepada ahli akademik dan mahasiswa sebagai menidakkan kebebasan bersuara.
 
Mengulas lanjut Mustafa mengingatkan tindakan golongan yang tidak berpuas hati dengan keperluan mengekalkan Akta Hasutan itu sebagai mahu meneruskan provokasi ke atas perkara-perkara yang tertentu.
 
"Saya fikir mereka yang mendesak kuat untuk menghapuskan akta ini harus ingat, jika tiada akta hasutan maka akan membuka ruang untuk memperkatakan apa sahaja sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat, termasuk mempersoalkan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan kita," katanya.
 
Baru-baru ini pensyarah undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom didakwa berhubung artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.
 
Sebelum ini juga Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Redzuan Othman diarahkan pengurusan institusi awam berkenaan untuk meletak jawatan selepas dikaitkan dengan rasa tidak puas hati kerajaan Persekutuan terhadap hasil dapatan kajiannya yang lebih cenderung kepada pembangkang.

GST bantu jamin masa depan

$
0
0
SINAR HARIAN

 
 
 
KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak lagi sesuai untuk ekonomi yang berkembang pesat dan progresif dari segi ekonomi seperti Malaysia dan adalah penting bagi negara mengembangkan dan mempelbagaikan asas cukainya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia memerlukan sistem cukai yang lebih berkesan dan saksama yang akan membantu negara menjamin masa depannya.
 
Berucap pada Seminar Antarabangsa mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia di sini hari ini, Najib menambah, Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan kepada aliran pendapatan semasa semata-mata.
 
"Hanya satu daripada 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan individu  an 40 peratus daripada pendapatan kerajaan datang daripada minyak dan gas, sumber yang kita tahu terbatas," katanya.          
 
"Oleh kerana itulah pada April 2015, kerajaan akan melaksanakan pembaharuan sistem cukai dan menggantikan SST dengan GST," kata Najib.

Tambah Najib, GST merupakan cukai moden yang akan menghapuskan kelemahan dalam cukai semasa.
  
"Sebagai contoh, GST mempunyai unsur-unsur semakan silang yang akan meningkatkan pematuhan cukai dan menggalakkan penjimatan dan pelaburan," kata beliau.
  
Beliau berkata sebagai satu inisiatif penting di bawah Program Transformasi Ekonomi, GST merupakan pembaharuan strategik yang bertujuan untuk memodenkan  sistem cukai negara untuk menjadikannya lebih berkesan, cekap dan mesra perniagaan.
  
Najib juga mengulangi bahawa GST akan menjadikan perniagaan lebih berdaya  saing dalam pasaran global dan mereka juga akan mendapat manfaat daripada kos menjalankan perniagaan yang lebih rendah.
  
"Cukai akan digunakan secara adil dalam kalangan semua perniagaan, menjadikannya lebih daripada hanya cukai. Secara ringkasnya, ia akan menjadi suatu baik untuk perniagaan," kata beliau.

Najib berkata, banyak langkah telah diambil untuk memastikan rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana, tidak akan dibebani oleh GST.
   
"Kita tidak mahu GST memberi kesan buruk kepada rakyat. Itulah sebabnya banyak barang dan perkhidmatan akan dikecualikan, seperti air dan bahan makanan asas, pengangkutan, pendidikan dan penjagaan kesihatan," kata beliau.
   
Najib juga menekankan bahawa perbuatan mengeksploitasi harga tidak akan diterima.
   
Kerajaan telah mengukuhkan tindakan penguatkuasaan melalui majlis penetapan  harga dan pengedaran panduan harga kepada pembeli sebelum dan selepas GST, dan di samping itu Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 akan digunakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
   
Najib meminta semua syarikat Malaysia supaya mengelak daripada "sindrom klasik Malaysia" dengan membuat pendaftaran pada saat-saat akhir.
   
"Lebih awal menyediakannya, terutama bagi yang tidak dapat dielakkan, lebih baik," kata beliau.
   
Terdahulu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata sebanyak 35,998 syarikat telah mendaftar untuk GST dengan Kastam sehingga semalam sejak Jun tahun ini.
   
Kementerian menyasarkan 123,000 syarikat mendaftar untuk GST pada akhir tahun ini. - Bernama

Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.

“Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Syed Hossein Nasrullah (Lubnan), Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.

“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.

“Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemuda Pas kesal penyebaran mesej palsu

$
0
0

SMS yang didakwa dihantar bagi mengeruhkan hubungan Pas dengan rakan komponen PR.SMS yang didakwa dihantar bagi mengeruhkan hubungan Pas dengan rakan komponen PR.
 
 
 
PENGKALAN KUBOR - Pemuda Pas kesal dengan tindakan pihak menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu bertujuan mengeruhkan hubungan antara Pas dan parti komponen dalam PR.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzah berkata, mesej yang dihantar secara rawak itu juga bertujuan merencatkan pergerakan jentera pilihan raya parti itu.

Beliau mendakwa SMS itu merupakan usaha BN melaga-lagakan kesepakatan dalam PR bagi menghadapi PRK kali ini.

“Jika benar SMS ini daripada pihak lawan, kami mengharapkan mereka dapat menghadapi kami secara adil.

“Bukannya melalui politik fitnah, sabotaj dan khianat sebegini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor, semalam.

Kandungan SMS itu menyebut Pas bukan kawan sejati dalam perjuangan politik PR kerana mengambil kerusi tradisi milik PKR.

Menurut Mohd Sany, SMS itu dihantar melalui nombor seorang penghulu di Pengkalan Kubor.

Penghulu itu ketika dihubungi menafikan pernah menghantar mesej demikian.

“Nombor beliau telah digodam dan saya berharap dengan laporan polis ini dapat membersihkan nama beliau,” katanya.

Tragedi ke majlis kahwin

$
0
0

Keadaan van dan kereta yang rosak akibat terlibat dalam kemalangan semalam.Keadaan van dan kereta yang rosak akibat terlibat dalam kemalangan semalam.
 
 
 
IPOH - Perjalanan 10 sekeluarga ke majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan van dan kereta di Kilometer 249.2 Lebuhraya Utara Selatan berhadapan Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak (arah selatan), awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, mangsa, Salmah Ahmad, 46, dari Batu Kurau dan Jimah Md Nata, 61, dari Aulong, yang menaiki van jenis Toyota bersama lapan ahli keluarga lain dalam perjalanan ke Rawang sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Mereka sekeluarga dipercayai bertolak kira-kira jam 1 pagi dari Kamunting untuk menghadiri majlis perkahwinan di Rawang.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Honda City yang dinaiki dua lelaki hilang kawalan lalu merempuh belakang van berkenaan.

Rempuhan itu mengakibatkan mangsa yang duduk di belakang van cedera parah sebelum disahkan maut di tempat kejadian, sementara lapan penumpang lain bersama pemandu dan penumpang kereta mengalami cedera ringan.

Mangsa, Long Ngah Abu Bakar, 57, berkata, ketika kejadian dia bersama ahli keluarga lain nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman.

“Masa itu lebih kurang jam 1.45 makcik terjaga bila dengar bunyi dentuman kuat. Makcik turun dari van dan hanya terasa kaki serta badan sakit.

“Makcik kemudiannya segera menjauhkan diri dari kawasan kemalangan apabila melihat minyak kereta bocor kerana bimbang kereta akan terbakar,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hindon Mahmud berkata, dia hanya menyedari kemalangan itu apabila kepalanya terhantuk di van itu.

“Saya cuma lihat jambatan dan apa yang berlaku kemudian saya tidak ingat kerana terasa sakit akibat kemalangan itu,” katanya.

Mereka yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat, manakala mereka yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Superintendan Alias Seman mengesahkan kejadian dan memaklumkan, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika musim hujan.

Kenapa harus kecil hati Dr M kata Melayu malas?'

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini mempersoalkan kenapa orang Melayu harus marah dan kecil hari apabila disifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “malas”.

Katanya, walaupun tidak semua orang Melayu malas dan mencipta nama di merata dunia, terdapat juga golongan itu yang merempat di negara sendiri.

“Diberi benih, benih mereka makan. Diberi baja subsidi, baja mereka jual untuk berjudi dan berjoli.

“Hutang keliling pinggang beli Honda, Yamaha dan Suzuki kemudian jadi Mat Rempit berlumba haram sampai mati.

“Jadi saya sekali lagi bertanya, Melayu yang macam mana hendak kita perkasa ekonominya?”soal bekas ketua pengarang kumpulan NST itu.

Mahathir pada 11 September menyindir orang Melayu, dengan memanggil mereka sebagai "malas" dan menyatakan beliau gagal mengubahnya walaupun cuba berbuat demikian selama dua dekad.

Menulis dalam blognya hari ini, Kadir (atas) juga membangkitkan dualisme masyarakat Melayu yang berjaya dalam kerjaya, termasuk memerintah negara tetapi terlibat dengan budaya rasuah dan menipu bersama kaum lain.

“Melayu terima rasuah masuk penjara. Cina dan India yang bagi rasuah tidak jadi apa-apa. Kalau adapun sekerat dua,” katanya lagi.
 

Akhbar PKR papar krisis istana dirampas

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Lebih 300 naskah akhbar rasmi PKR Suara Keadilan keluaran minggu lepas dilapor dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kedah baru-baru ini.

Menurut KeadilanDaily, versi atas taliannya, rampasan berlangsung di sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas.

Akhbar keluaran 189 itu antaranya mengetengahkan isu sekitar krisis menteri besar Selangor dengan laporan muka depan berjudul “Kekal satu nama, tidak berubah ”.

Ia dihias dengan gambar Presiden PKR Datuk Seri Azizah Ismail, yang juga calon batu menteri besar, merafak sembah sultan Selangor.

Muka depan Suara Keadilan juga memaparkan tajuk kecil berbunyi "Akta Hasutan: Muhyiddin Sahkan Najib Berbohong".

Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskhah Suara Keadilan bilangan 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra.

KeadilanDaily turut melaporkan reaksi wakil rakyat setempat dan pemimpin akar umbinya yang tidak senang serta mengutuk rampasan itu.

“Tindakan mereka merampas akhbar ini membuktikan ketakutan yang ketara apabila rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar pembohongan yang menjadi amalan kerajaan kini,” anggota parlimen Kuala Kedah Dr Syed Azman Ismail dipetik sebagai berkata.

KDN: Tiada permit

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hashimah Nik Jaafar berkata, akhbar itu dirampas kerana tidak mempunyai permit.

Beliau juga menafikan rampasan itu dibuat kerajaan kerajaan “takut” dengan perkembangan semasa dalam negara.

“Tidak, bukan sebab itu. Akhbar ini dirampas berterusan sejak tahun lalu kerana tidak mempunyai permit,” katanya kepada Malaysiakini.

Suara Keadilan beroperasi tanpa permit selepas Kementerian Dalam Negeri enggan menyambung lesen penerbitannya tahun lepas.

Akhbar itu antaranya pada 2010 didakwa menyiarkan dokumen yang dilindungi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Ahli perniagaan hadapi tuduhan ceroboh DUN PP

$
0
0
MALAYSIAKINI


Seorang ahli perniagaan yang juga bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Rawana di George Town mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Wan Norazman Ariffin, 41, didakwa menceroboh masuk DUN Pulau Pinang dengan niat hendak menggusarkan orang yang memiliki harta itu iaitu Setiausaha DUN Pulau Pinang M. Maheswari pada 1.30 tengah hari, 21 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
  
Majistret L. Umma Devi menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib berkata tertuduh adalah tangkapan baru berhubung kes menceroboh DUN Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh dibicarakan bersama-sama 15 lagi individu yang telah dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun lepas bagi pertuduhan sama, pada 29 September ini.
  
Wan Norazman diwakili tiga peguam bela Rosli Ismail, Yusnita Yusof dan Norhardi Haron.
  
Lima belas tertuduh berkenaan ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham  Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51  dan Mohamed Ibrahim A.Siahoo, 31. - Bernama

Muhyiddin: K'jaan kaji wujud '30 Per cent Club'

$
0
0
MALAYSIAKINI


Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mewujudkan inisiatif dikenali sebagai '30 Per cent Club' ke arah meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif sama yang dilaksanakan di beberapa negara antaranya United Kingdom itu dilihat berjaya menonjolkan wanita berkebolehan bagi mengisi jawatan tinggi di sesebuah organisasi.
  
"Dalam hal ini saya difahamkan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) sedang meneliti kemungkinan bagi Malaysia mempunyai kelabnya sendiri melalui mekanisme dan acuan kita sendiri," katanya.
  
Beliau berucap merasmikan Sidang Kemuncak Wanita 2014 anjuran KPWKM di ibunegara hari ini.
  
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalannya Datuk Azizah Mohd Dun.
   
Muhyiddin berkata kerajaan menaruh harapan besar terhadap sektor swasta untuk melonjakkan kepimpinan wanita bagi mencapai kepelbagaian dan kesaksamaan gender.
  
"Dalam hal ini, kerajaan pada 2011 telah mengumumkan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat," katanya.
  
Beliau turut menarik perhatian bahawa berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia 2013, 78.6 peratus daripada keseluruhan jumlah wanita yang bekerja adalah pekerja dalam sektor swasta.
  
Untuk itu, katanya, kerajaan telah menggubal dasar serta menyediakan insentif untuk sektor swasta bagi meningkatkan guna tenaga wanita dan memastikan golongan itu terus kekal dalam pekerjaan serta berupaya mengisi jawatan-jawatan tinggi.
  
Timbalan perdana menteri menjelaskan dalam sektor awam juga terdapat kumpulan dan bilangan pemimpin wanita yang mampu membawa perubahan kepada cabaran bagi kesaksamaan gender.
  
Muhyiddin berkata bilangan wanita yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dijangka terus meningkat menerusi usaha Jabatan Perkhidmatan Awam yang melaksanakan laluan peningkatan kerjaya secara 'fast track' bagi pegawai kumpulan pengurusan dan profesional berpotensi tinggi.
  
Beliau berkata pada 2013, 205,557 atau 62 peratus daripada jumlah pegawai awam di peringkat pengurusan dan profesional adalah wanita.
  
Justeru, beliau berharap semua pemimpin wanita yang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam supaya terus menjadi teladan dan pencetus inspirasi kepada pegawai awam wanita yang lain untuk meningkatkan kebolehan dan pencapaian bagi melayakkan diri memasuki 'fast track'.
  
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyediakan peluang keusahawanan kepada wanita antaranya dengan menyediakan skim pinjaman mudah bagi usahawan wanita yang menceburi perusahaan kecil dan sederhana.
  
Mengenai Sidang Kemuncak Wanita bertema 'Trailblaze to the top', Timbalan Perdana Menteri berkata ia menekankan kepada sifat kepimpinan seseorang dalam membangunkan individu lain untuk menempa kejayaan.
  
"Ia bukan sahaja merujuk kepada kepimpinan dalam organisasi formal tetapi juga dalam pelbagai konteks kehidupan, dan faktor utama penentu kejayaan adalah setiap wanita perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan peredaran masa," tambahnya.
  
Persidangan sehari itu menarik kira-kira 1,050 peserta yang antara lain mendengar pengalaman daripada penceramah tempatan dan antarabangsa mengenai kejayaan yang dicapai. - Bernama

PasMA akui ada mahu singkir Hadi tapi...

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu.

Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa.

“Saya tak menafikan yang disampaikan oleh peserta-peserta. Apabila mereka bangun berucap, macam-macam cadangan dan kritikan keluar sebab memang PasMa menjadi satu wacana untuk penyokong Pakatan Rakyat memberi pendapat, kritikan dan sebagainya.

"Tapi kita bukan nak menentukan satu ketetapan. Kita beri pandangan, sama ada mereka setuju tak setuju dengan sesiapa pimpinan Pakatan, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.

Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya.

Sementara itu, ditanya sama PasMa menerima kritikan pada Hadi, beliau berkata, mereka hanya menyediakan wacana sahaja dan menegaskan ia pandangan penyokong Pakatan dalam berdepan kemelut sedia ada.

“Kita dengarlah pandangan itu dan pimpinan parti ini (PAS) patut dengar dan hadir sebenarnya program PasMa ini, (tetapi) mereka tak nak hadir,” katanya yang mengecualikan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS.

'PAS Terengganu yang rugi'

Sementara itu, ditanya tentang larangan PAS Terengganu supaya anggotanya tidak menyertai NGO itu, Phahrolrazi berkata mereka tiada masalah dengan perkembangan itu.

“Tapi PAS Terengganu rugilah, sebab mereka tak ambil kesempatan dengan peranan PasMa ini untuk mendekati penyokong-penyokong,” katanya.

NGO, ketua kampung kumpul sokong Azizah

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Hampir 50 pemimpin NGO dan ketua kampung Selangor hari ini berhimpun di ibu pejabat PKR bagi menunjukkan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

NGO dan ketua kampung pro-PKR itu mewakili 20 NGO dan 22 wakil ketua kampung dari setiap parlimen negeri menegaskan Wan Azizah adalah calon terbaik kerana mempunyai kelayakan tinggi dan rekod cemerlang di samping sokongan majoriti ADUN.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Datuk Mat Ghazali Abdul Rakim berkata ADUN Kajang itu jelas mematuhi syarat menjadi seorang menteri besar selaras dengan syarat yang diperuntukkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Bercakap dalam sidang media pagi ini, beliau menyokong calon utama PKR dan DAP itu selaras dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan negara ini.

"Kami menjunjung setia konsep raja berpelembagaan dan sistem demokrasi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Konsep konvensional dalam amalam demokrasi untuk membentuk sesebuah kerajaan harus dipatuhi, bahawa mana-mana ADUn yang mendapat sokongan majoriti DUN haruslah dilantik sebagai menteri besar dan perkenan Tuanku sultan," katanya.

PKR dan DAP sebelum ini hanya mencalonkan Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor baru selepas mengambil kira sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 ADUN Selangor.

Pengalaman luas

Mengulas lanjut, Ghazali yakin Wan Azizah akan menjadi menteri besar yang cemerlang dan membentuk "majlis syura" berdasarkan latar belakang dan pengalaman beliau.

Katanya Wan Azizah mempunyai pengalaman amat luas sebagai presiden parti selama 16 tahun sejak 1999 dan lebih lama dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilantik pada 2003 dan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi presiden Umno pada 2009.

"Kami penuh yakin Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi seorang menteri besar Selangor yang mementingkan rakyat dengan mengamalkan corak kepimpinan secara musyawarah melalui pembentukan majlis syura kerana latar belakang pendidikan, pengalaman dan rekod beliau," kata beliau.

Bagaimanapun Ghazali tidak mengulas maksud "majlis syura" tersebut.

Sementara itu seorang pemimpin PKR Yahya Shaari menegaskan walaupun Sultan mempunyai kuasa memilih menteri besar, NGO dan pemimpin masyarakat akar umbi tetap mempunyai hak untuk menyokong pilihan mereka.

Bagaimanapun beliau mengakui mereka turut perlu akur dengan keputusan akhir Istana.

"Kita amalkan proses demokrasi, kita bergerak atas demokrasi berparlimen. Sesiapa sahaja yang dilantik (istana), Insya-Allah rakyat Selangor akan sokong," katanya.

Muktamar tak jejas kempen PAS di P Kubor

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Kempen pilihan raya PAS di Pengkalan Kubor tidak akan terjejas walaupun Muktamar Tahunan PAS dijadual berlangsung di Batu Pahat bermula 18 hingga 20 September ini, kata Pengarah Operasi pilihan raya kecil itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Katanya, persidangan tahunan parti itu hanya melibatkan kepimpinan tertinggi sahaja manakala jentera pilihan raya kecil tidak mempunyai masalah untuk terus berkempen di Pengkalan Kubor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 September ini sebagai tarikh mengundi dalam pilihan raya kecil itu.

"Jentera pilihan raya tidak akan bergerak dari sini. Kita menganggap ini seperti arahan daripada Rasullullah SAW dalam perang Uhud supaya 50 tentera berpanah untuk kekal di bukit Uhud menunggu musuh yang datang dari belakang.

"Jentera akan memberi sepenuh masa di sini bersama Tok Wan Di (calon Pengkalan Kubor Wan Rosdi).

"Muktamar tidak akan menjejaskan gerak kerja kempen pilihan raya kita di sini," katanya dalam sidang medianya pagi ini.

Mengulas mengenai bentuk kempen dalam pilihan raya itu, Wan Abdul Rahim berkata jentera Pakatan Rakyat tidak akan membuat serangan peribadi terhadap calon BN Mat Razi Mat Ail.

Kempen rumah ke rumah


Sebaliknya, katanya, jentera PAS khususnya Dewan Muslimat PAS akan memfokuskan kempen awal dengan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah.

Beliau berkata setakat ini penerimaan masyarakat setempat selepas kempen ziarah dari rumah "amat positif".

"Kempen yang paling berkesan kepada kita (PAS) sehingga ke hari ini adalah gerakan Muslimat dari rumah ke rumah.

"Sehingga kelmarin sudah 300 rumah yang kita sempat ziarah dan dalam berlangsungnya muktamar 3,000 rumah yang akan kita ziarah," katanya.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini setakat ini mendapati perang bendera daripada ketiga-tiga parti masih belum lagi berlangsung dan fokus kempen tertumpu dari segi ziarah rumah ke rumah dan ceramah kelompok.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertemuan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PERKASA anggap nasihat Dr M 'bapa pada anak'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


PERKASA Selangor menganggap teguran yang dilontarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk Melayu 'pemalas' sebagai "nasihat seorang bapa kepada anak".

NGO pendesak Melayu itu berkata teguran yang diberikan kerana beliau amat memahami ragam dan karenah rakyat setiap kaum ini berdasarkan pengalaman hidupnya.

"PERKASA Selangor menerima dengan hati yang terbuka, apa juga teguran yang dilontarkan. Malah berterima kasih atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan pengetahuan yang beliau ada.

"Hanya mereka yang tidak boleh menerima kenyataan serta berkepentingan sahaja yang tidak dapat menerima pandangan dan teguran beliau," kata NGO itu dalam satu kenyataan dalam Facebook rasmi mereka.

PERKASA Selangor mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan kenyataannya bahawa Melayu adalah pemalas, sekalipun beliau berdepan pelbagai kritikan.

Dalam temuramah eksklusif dengan Mingguan Malaysia semalam, negarawan itu dilapor berkata sepanjang menjadi presiden Umno, beliau berleter sepanjang masa dan tidak hendak menipu diri untuk menyatakan orang Melayu malas.

Beliau turut memberi contoh di institut pengajian tinggi tempatan bahawa orang Melayu masih belum rajin apabila 70 peratus mahasiswa adalah perempuan dan mendakwa pelajar lelaki menjadi mat rempit.

"Itu saya kata tidak rajin. Bila pergi universiti pula, tidak belajar betul-betul. Tidak baca buku, baca setakat disuruh sahaja," kata beliau.

Dalam kenyataan itu juga, NGO itu turut berharap supaya kaum lain "tidak melatah" dengan teguran tokoh itu kepada bangsa Melayu "kerana mungkin tidak faham apa yang beliau maksudnya.

"Perkasa Selangor menganggap apa juga hujah Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sebagai nasihat seorang bapa kepada anak," kata NGO itu.

Kompleks bebas cukai Pengkalan Kubor jadi tumpuan

$
0
0
MALAYSIAKINI


Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bagaikan membawa tuah dan rezeki bagi para peniaga di Kompleks beli belah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor, di Tumpat.
  
Kompleks yang terletak berhampiran pekan Pengkalan Kubor dan sempadan Malaysia-Thailand itu menjadi antara daya tarikan utama bagi penyokong parti-parti politik dari seluruh negara yang datang untuk menjalankan tugas sempena PRK ini.
  
Ramai peniaga yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran ratusan orang luar pada setiap hari yang menjadikan perniagaan mereka meningkat secara mendadak.
  
Seorang peniaga aksesori wanita, Romlah Abdul Razak, 46, berkata pendapatan hariannya meningkat sejak seminggu lalu sehingga mencapai RM3,000 sehari.
  
"Sebelum ini, jualan harian saya sekitar RM200 hingga RM800 tetapi meningkat sejak seminggu ini kerana ramai orang luar datang untuk PRK ini," katanya.

Beliau berkata, rezekinya bertambah kerana PRK itu dan ramai golongan wanita dari seluruh negara berminat dengan barangan eksesori yang dijualnya kerana harganya jauh lebih murah berbanding di tempat mereka.
  
Seorang lagi peniaga warung, Rashidah Mansur, 48, berkata beliau yang dibantu tiga pekerja menerima pelanggan dari pelbagai negeri untuk menikmati menu istimewanya seperti nasi berlauk ayam kampung, nasi dagang dan nasi kerabu.
  
"Alhamdulillah, jualan semakin laris sejak seminggu lalu dan membuatkan saya tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
  
Katanya, nilai jualannya meningkat antara RM1,500 dan 2,000 sehari dalam tempoh hanya lima jam.
  
Beliau berkata, kebanyakan pelanggan adalah dari luar Kelantan dan mereka mahu menikmati masakan ala Siam di kawasan itu.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penyokong parti politik yang mengikut kempen PRK berkenaan turut mengambil kesempatan membeli-belah di kompleks itu dengan kebanyakan mereka membeli baju, kain serta hiasan rumah.
  
Seorang pengunjung, Samiha Ismail, 36, dari Perak berkata kebanyakan barang di situ dijual dengan harga murah.
  
"Di samping datang untuk berkempen, saya akan manfaatkan masa yang ada untuk membeli belah," katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi pengunjung Azizul Hamid, 24, berkata beliau mengunjungi tempat itu untuk menikmati pelbagai makanan selain dapat mengenali budaya yang unik dalam kalangan masyarakat tempatan yang mirip Siam.
  
"Masakan di sini agak berbeza dan sedap selain harganya berpatutan. Ini adalah kali pertama saya dan rakan-rakan Pemuda BN dari Johor datang ke tempat ini," katanya.
  
Beliau berkata, kompleks itu mampu menarik ramai pengunjung dari dalam dan  luar negara jika ia mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik dan juga promosi di peringkat antarabangsa.
  
Dalam PRK itu, calon BN, Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
  
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas akibat kanser hati.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept ini sebagai tarikh pengundian.- Bernama
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live