Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

RTKL 2020 ambil kira pandangan rakyat

$
0
0

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri akan mengambil kira segala pandangan rakyat yang disuarakan berhubung Rancangan Tempatan Kuala Langat (RTKL) 2020.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata setakat ini terdapat 144 bantahan dan maklumbalas diterima dari pemilik tanah dan pihak berkepentingan.

PC excoKatanya, antara cadangan yang diutarakan ialah keperluan untuk mengubah syarat tanah daripada perumahan kepada perindustrian.
“Cadangan ini adalah berdasarkan permohonan daripada pemilik tanah dan kajian Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

“Butir-butir bantahan dan maklumbalas yang diterima akan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor dan Mesyuarat Exco sama ada untuk menerima atau menolaknya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini.

Iskandar memaklumkan beliau sendiri mempengerusikan Pendengaran awam untuk Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020 yang diadakan pada 8 September lepas di MDKL.

“Rancangan tempatan ini mengambil kira pembangunan yang pesat di daerah tersebut.

“Rancangan tempatan itu telah mencadangkan lot-lot tanah yang strategik diubah syarat dari pertanian kepada perumahan atau perindustrian,” katanya lagi.

Biro politik PKR tak bincang nama calon

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


PKR menafikan laporan yang menyebut ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan tindakan lanjut berkenaan jawatan menteri besar Selangor sementara menanti maklum balas istana.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang didakwa dibuat biro politiknya itu “sama sekali tidak benar”.

“Tiada perbincangan berkaitan nama-nama calon menteri besar Selangor dalam mesyuarat Biro Politik PKR selain dimaklumkan oleh presiden mengenai surat beliau yang telah dihantar kepada DYMM Sultan Selangor sebagai maklum balas kepada surat DYMM Tuanku yang diterima pada 3 September 2014,” kata Saifuddin.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin berkata, laporan itu, yang turut dilaporkan Malaysiakini, disiar tanpa bersandarkan sumber rasmi parti “tindakan yang tidak bertanggungjawab”.

Sebaliknya, katanya lagi, mesyuarat mereka malam tadi berbincang dan mencapai beberapa keputusan berikut:

  • Persiapan PKR membantu calon PAS dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubur.
     
  • Menggerakkan program penerangan seluruh Selangor untuk menjelaskan kemelut politik yang sedang dihadapi sekarang.
     
  • Laporan terkini kes mahkamah yang sedang dihadapi pimpinannya, terutama tuduhan bawah Akta Hasutan dan kes-kes lain membabitkan parti.
PKR bagaimanapun menegaskan sentiasa berusaha memberikan kerjasama demi mengekalkan hubungan baik dengan semua media.

Saifuddin juga berharap media, khususnya Malaysiakini dan The Malaysia Insider, dalam melaporkan isu menteri besar Selangor bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab.

Siswa dakwa digunakan sebagai buruh murah

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Nusetti Santoshi, 23, meminjam wang dan menempuh ribuan kilometer untuk ke Kuala Lumpur demi mendapatkan pelajaran dan masa depan yang lebih baik.

Ia bagaimanapun didakwa berakhir sebagai buruh murah.

Katanya, beliau dijanjikan makanan percuma, tempat tinggal, latihan amali dan kerja selepas tamat belajar di sebuah kolej swasta di negara ini.

Beliau kini bagaimanapun rugi RM20,000, malah tidak dapat memegang pasportnya sendiri.

Pengarah Program Tenaganita Glorene Dass berkata, Santoshi, warganegara India, antara 37 mahasiswa Greencity International College yang membuat aduan sama kepada NGO hak pekerja warga asing itu.

Mahasiswa asing daripada pelbagai negara, termasuk Nepal, India, Bangladesh dan Iran didakwa dijanjikan diploma dalam bidang pengurusan pelayaran, latihan amali di hotel lima bintang dan penempatan kerja di kapal pelayaran selepas tamat.

Greencity bagaimanapun menafikan dakwaan itu, termasuk memegang pasport pelajarnya.

Jurucakapnya sebaliknya berkata, janji-janji itu sebenarnya dibuat agen di tempat asal pelajarnya, tanpa persetujuan mereka.

Jurucakap itu juga berkata, pelajar mereka ditempatkan di hotel-hotel sebagai sebahagian daripada latihan amali dan bukan sebagai buruh murah.

Dr M: Saya dulu pun beri satu nama saja

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tun Mahathir Mohamad dilihat bersetuju dengan pendapat musuh ketatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri itu mendedahkan sepanjang perkhidmatan beliau selama 22 tahun, beliau hanya menghantar satu nama sahaja sebagai calon menteri besar kepada istana.

“Sepanjang zaman saya, sentiasa serah satu nama sahaja. Saya tak pernah ada masalah dengan mana-mana sultan," kata beliau ketika ditanya pernahkan mana-mana istana meminta lebih dari satu nama sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun, Mahathir tetap tidak melepaskan peluang "mengenakan" Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar (atas).

Beliau berkata keadaan itu berlaku mungkin kerana mereka telah "menjengkelkan" sultan Selangor.

"Anda tak boleh buat orang jengkel (kepada kita) dan mahukan mereka bekerjasama dengan anda. Mereka bukan sahaja menjengkelkan sultan tetapi ramai orang dengan perselisihan mereka," tambah beliau.

PKR dan DAP menimbulkan kemurkaan Istana Selangor dengan hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar walaupun sultan menitahkan untuk menghantar lebih dari dua.

Istana kemudiannya memberi teguran dan mendakwa PKR dan DAP sebagai "biadap" dan "derhaka."

Kedua PKR dan DAP telah memohon ampun.

MP DAP: P'raya boleh selesai kemelut S'gor

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Anggota parlimen DAP Ariff Sabri percaya, kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada sebuah pilihan raya baru.

“Lebih banyak saya fikir tentang perkara itu, penyelesaiannya terletak di tangan sultan.

“Baginda boleh selesaikan perkara itu, dengan membubarkan DUN Selangor dan benarkan orang ramai menilai apa yang terbaik untuk mereka.

“(Pilihan raya) bukan hanya menyusun semula negeri itu daripada aspek politik tetapi juga menilai isu lain,” tulisnya di blog hari ini.

MP Raub itu juga berkata, kemelut itu kini sudah di luar kawalan dan  menjadi isu perlembagaan.

Dr M: Tolak DEB menongkah takdir

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Walaupun terdapat pihak menidakkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya masa yang akan mengadili pemimpin yang memperjuangkannya.

“Namun, saya khuatir bangsa Melayu sendiri akan menongkah takdir dengan menolak dasar tersebut,” katanya dalam pengantar buku #WahaiMelayu tulisan ahli perniagaan Anas Zubedy.

Mahathir mengulas dakwaan bahawa DEB berat sebelah dan hanya memberikan manfaat kepada golongan elit.

Buku kecil itu dijadual dilancarkan Mahathir di Kuala Lumpur petang ini.

Dalam tulisan itu, Mahathir berkata, DEB sebagai dasar afirmatif memperakui keperluan kerajaan yang diterajui Melayu membantu nasib anak bangsa sendiri dan tidak menyerah bulat-bulat kepada takdir.

Ia, tambahnya, atas kesedaran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib Melayu melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya.

“Ia juga bukan satu usaha untuk memperkecilkan atau merampas hak bangsa lain. Ia hanyalah usaha membangunkan kaum Melayu agar tidak bergantung pada takdir semata-mata,” katanya.

Tak percaya kesaksamaan terlalu luas

Sementara itu, Anas pula berkata beliau percaya kepada DEB kerana sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.

“Saya tidak percaya kepada kesaksamaan dalam erti kata yang terlalu luas, saya akan sentiasa mengutamakan golongan miskin. Kita mesti sentiasa membantu mereka,” katanya.

UPSR: Mungkin tindakan sabotaj

$
0
0

Muhyiddin Yassin. - Foto BernamaMuhyiddin Yassin. - Foto Bernama
 
 
 
VIENTIANE - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.
 
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.
 
Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.
 
"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.
 
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berada di ibu negara Laos ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan (ASED ke-8) yang bermula hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.
 
Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 September ini.
 
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.

Cadang pengecualian GST ke atas produk hijau

$
0
0
MALAYSIAKINI

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengemukakan cadangan dalam Bajet 2015 untuk menubuhkan bank hijau Islam dan pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas produk hijau.

"Cadangan penubuhan sebuah bank hijau ini merupakan satu peningkatan daripada Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) yang dilancarkan pada 2010 untuk menawarkan pinjaman kepada projek-projek hijau melalui pemberi pinjaman komersial," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corp Ahmad Hadri Haris.

Malaysian Green Technology, merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan di bawah bidang kuasa kementerian.

Skim GTFS, yang telah meluluskan 145 projek dengan suntikan dana hampir RM2 bilion sehingga Julai tahun ini, menawarkan pembiayaan melalui pemberi pinjaman komersial.

"Pemberi pinjaman komersial memerlukan proses kelulusan yang ketat, seperti penilaian saiz dan modal syarikat, serta nilai komersial untuk projek yang memerlukan dana itu.

"Penubuhan dana modal teroka khusus akan membantu merangsang pertumbuhan teknologi hijau," kata Ahmad Hadri kepada pemberita semasa pra pelancaran Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau berkata, bank hijau yang dicadangkan itu akan mengikut model perniagaan Malaysia Venture Capital Management Bhd, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Inc.

"Modal awal bagi bank hijau ini bukan daripada kerajaan, tetapi ia diperoleh di peringkat antarabangsa seperti India, China atau Timur Tengah," kata Ahmad Hadri.

Ahmad Hadri berkata, bank hijau itu disasarkan sebagai dana modal teroka yang mematuhi Syariah bagi membezakannya daripada bank hijau lain, seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

Sementara itu, kementerian juga telah mencadangkan pengecualian GST ke atas produk hijau produk yang mempunyai tanda MyHijau.

Di bawah cadangan itu, mereka yang membeli peralatan penjimatan tenaga elektrik boleh dikecualikan daripada GST, yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015. - Bernama

Tahaluf siyasi retak dengan 'Langkah Kajang'

$
0
0
SINAR HARIAN


Analisis
 
 
 
KUALA LUMPUR - Ibarat retak menanti belah, begitulah gambaran hubungan kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP, ekoran kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sehingga menjejaskan jalinan kerjasama pakatan. 
  
Di atas kertas, mencipta satu gerakan untuk menukar Menteri Besar Selangor nampak cukup mudah tetapi realiti dan hasilnya menimbulkan kemelut yang tidak kesudahan dan ketidakstabilan politik.
  
Kemelut ciptaan PKR, yang bermula dengan pilihan raya kecil Dun Kajang pada Mac lepas, mengheret kedua-dua rakan sekutunya untuk sama-sama 'mengambil bahagian' dalam permasalahan ini.
  
PAS LAWAN PKR
  
Akhir-akhir ini, beberapa pemimpin parti pakatan membidas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya kerana beliau enggan 'tunduk' kepada keputusan awal pakatan iaitu menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar.
  
Lebih mengguris rasa pemimpin pakatan ialah apabila Abdul Hadi, yang juga Anggota Parlimen Marang, menyifatkan penolakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bukannya disebabkan jantina, sebaliknya dilihat kerana tidak berkebolehan.
  
Ekoran itu, Abdul Hadi diserang daripada pelbagai hala bukan sahaja daripada rakan sekutu PKR dan DAP tetapi juga anggota Pas.
  
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan mahu Abdul Hadi menarik balik kenyataan yang menyatakan Dr Wan Azizah, yang juga ADUN Kajang tidak berkebolehan, manakala Ketua Penerangan Wanita PKR Azura Aziz menyifatkan kenyataan Presiden PAS itu sebagai mengkhianati kepercayaan parti pakatan.
  
Serangan terhadap Abdul Hadi menyebabkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa PKR juga pengkhianat terhadap kesetiakawanan PAS dalam parti pakatan.
  
"Tindakan PKR mengiktiraf sokongan dua anggota Dun Pas, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) terhadap Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu merupakan satu pengkhianatan," kata Nik Abduh.
   
KEMELUT MB PENYEBAB PAS BERPECAH
  
Suatu ketika dahulu, Pas yang ditubuhkan pada 1951 mengalami perpecahan beberapa kali sehingga tertubuhnya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada 1977 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 1983.
  
Kali ini, ramai melihat kemelut Menteri Besar Selangor yang kian memuncak menyaksikan bibit-bibit perpecahan bukan sahaja dalam kalangan gabungan Pas, PKR dan DAP tetapi kepada dalam Pas sendiri.
  
Di saat kegawatan pertukaran Menteri Besar Selangor yang belum pun bertemu penghujungnya, wujud Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpin Dun Pangkalan Kundor, Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi, satu pertubuhan yang disifatkan banyak pihak sebagai 'Pas baharu'.
  
PasMa ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, di Kedah sebagai NGO yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.
  
Pada 7 September lepas, Phahrolrazi, yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, dilapor sebagai berkata bahawa penubuhan PasMa bukanlah untuk menggantikan Pas.
  
"Namun jika perbincangan antara pemimpin Pakatan Rakyat pada masa akan datang menjurus kepada itu, terpulang. Bukan bidang kuasa PasMa untuk bincang aspek itu kerana ia bawah kuasa pemimpin utama Pakatan Rakyat," katanya.
  
LANGKAH KAJANG RETAK HUBUNGAN
  
Jika sebelum ini Pas berbangga dengan kerjasama politik yang dinamakan 'tahaluf siyasi' bersama dua parti sekutunya untuk melebarkan 'jajahan' pada PRU13 lepas, namun hubungan itu kini dilihat terjejas selepas PKR melancarkan 'Langkah Kajang'.
  
Ramai yang percaya bahawa Pas hari ini sebenarnya 'makan hati' apabila parti itu terpaksa tunduk dengan beberapa tuntutan rakan sekutu seperti menggugurkan agenda perjuangan utamanya iaitu 'negara Islam' kepada 'negara berkebajikan' demi meraih sokongan rakyat.
  
Dalam isu hudud, yang menjadi perjuangan Pas selama ini, ia sering kali ditentang oleh DAP dan PKR sehingga menimbulkan polemik di kalangan umum.
  
Adakah 'Langkah Kajang' punca utama kepada keretakan serius hubungan Pas, PKR dan DAP?
  
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berpandangan dalam soal 'Langkah Kajang', Pas sedikit pun tidak dihormati oleh DAP dan PKR.
  
"Sebab itu Pas sekarang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana mereka tertanya-tanya di mana kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat jika benar parti itu dianggap sebagai 'abang sulung'?," katanya kepada Bernama.
  
Menurut beliau, Pas 'menelan' episod duka itu demi menjaga keutuhan parti pakatan. Kini, Pas yang diheret bersama dalam kemelut pertukaran Menteri Besar sudah pasti tidak mahu tunduk kepada kehendak PKR dan DAP yang hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satuya calon Menteri Besar.
  
PAS KELUAR PAKATAN
  
Melihat keadaan landskap politik Selangor masa kini yang kian bercelaru dan ditambah dengan kewujudan PasMa, Samsul Adabi berpandangan adalah lebih baik jika Pas keluar daripada parti pakatan, sementelahan ia juga sebuah gabungan yang longgar.
  
"Tahaluf siyasi yang diamalkan melampaui batas dan memaksa Pas bertindak balas. Untuk masa depan Pas, eloklah parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat dan membiarkan PasMa bersama pakatan.
  
"Dengan keluar daripada pakatan, Pas boleh menjadi sebuah parti politik tersendiri yang kembali kepada matlamat asal penubuhannya dan menjadi lebih
kuat. Pas ada kekuatan tersendiri tanpa bergantung kepada PKR dan DAP," katanya.
  
Beliau berkata sudah sampai masanya Pas memikirkan hubungan berkenaan memandangkan tahaluf siyasi yang dijalankan tidak memberi banyak keuntungan kepada Pas dan umat Islam.
  
"Jika sebelum ini Pas dimomokkan bahawa dengan tahaluf siyasi Pas berjaya menawan beberapa kerusi dalam pilihan raya, sekarang Pas perlu percaya kepada diri sendiri," katanya.
  
Samsul Adabi berkata Pas sepatutnya tidak boleh dianggap penumpang oleh PKR dan DAP dalam parti pakatan jika ikatan yang terjalin berlandaskan niat murni malah perlu lebih dihormati jika parti itu dianggap sebagai 'abang sulung'.
  
"Dengan terbentuknya PasMa, maka inilah masa bagi Pas untuk melaksanakan pembersihan parti dan ia juga mampu memulihkan krisis dalaman parti," katanya. - Bernama

Zahid: Tiada arahan henti siasatan kes hasutan

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada polis untuk menghentikan siasatan kes di bawah Akta Hasutan.

"Tugas pihak PDRM adalah untuk melakukan siasatan apabila adanya laporan polis.

"Dan kertas siasatan apabila diselesaikan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Tugas pendakwaan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara.

"Kita meletakkan kepercayaan 100 peratus pada peguam negara untuk melakukan pendakwaan berdasarkan budi bicara yang terdapat di dalam undang-undang yang telah termaktub di dalam Akta Hasutan," katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas kenyataan peguam negara yang mahu mengkaji semula dakwaan kes hasutan.

Tindakan yang dijalankan mengikut akta tersebut kini menyebabkan ahli politik Pakatan Rakyat, ahli akademik, pendakwah dan wartawan diheret ke mahkamah.

'Letak jawatan, jangan jadi seperti anai-anai'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin (kanan) mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu.

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap".

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul.

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan.

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.

Sementara itu, Husam dalam tulisan terbaru di laman Facebook miliknya petang ini sekadar menukilkan satu puisi berkaitan pesanan seorang "abang".

Bagaimana pun, tidak dapat dipastikan sama ada sajak itu adalah satu maklum balas langsung atau pun tidak kepada kenyataan Shazni.

Di antara rangkap-rangkap sajak itu adalah pesanan berhubung keikhlasan perjuangan dan perpaduan.

Beliau turut memetik satu ayat dari Surah al-Anfaal yang menyeru pada ketaatan pada Allah dan Rasul.

"Janganlah kita berpecah, Janganlah ditempuh jalan perpecahan, Nanti hilang kekuatan kita.

"Selain itu bersifat mukminahlah anda semua, Anda akan memimpin perubahan," katanya dalam tulisan itu.

Kes piket: RUM cabar presiden KTMB berdebat

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mencabar presiden syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Elias Kadir berdebat dengan pihak kesatuan bagi menjelaskan sebab pemecatan anggotanya dari syarikat tersebut.

Presiden RUM, Abdul Razak Md Hassan berkata debat itu juga bagi memberi peluang kepada Elias untuk menjelaskan sumbangannya kepada syarikat sebagai pengerusi KTMB.

"Saya cabar dia, kalau dia hebat sangat sebagai presiden KTMB mari debat secara terbuka berkenaan pembuangan pekerja.

“Saya ingin berdebat dengannya berkenaan apa yang telah dia buat sejak tempoh 2 Mei 2011," kata Abdul Razak dalam satu sidang media hari ini.

Beliau juga mendakwa Elias menyalahgunakan kuasa dan mengambil tindakan yang tidak bertamadun terhadap pekerja yang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kesatuan.

Katanya, pekerja berkenaan tidak harus dikenakan tindakan kerana bertindak selaras dengan perlembagaan kesatuan.

Campur tangan PM

Pihak RUM juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkenaan.

"(RUM) telah berusaha banyak kali untuk berjumpa dengan perdana menteri dan (RUM) sedang cuba sedaya upaya untuk menghantar memorandum berhubung isu ini demi menyelamatkan 700 orang pekerja yang terlibat dengan piket 9 Mei", katanya lagi.

Abdul Razak merujuk kepada tindakan KTMB memecat kakitangan yang terlibat dalam satu piket pada 9 Mei lalu.

Seramai seorang lagi menerima surat pemberhentian kerja hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 11 orang.

Selain itu, seramai 13 pemimpin kesatuan turut digantung kerja manakala 88 orang anggota lain menerima notis tunjuk sebab atas tindakan sama.

Piket itu bagi mendesak Elias melepaskan jawatan kerana didakwa menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi Elias dan pihak pengurusan KTMB.

Cabaran tarik pengundi luar pulang

$
0
0

PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
TUMPAT - Umno Kelantan berdepan cabaran besar bagi memastikan pengundi luar kawasan pulang mengundi pada PRK Dun Pengkalan Kubor, 25 September ini.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ada kemungkinan pengundi luar tidak pulang awal mengundi kerana selepas PRK akan berlangsungnya perayaan Aidiladha.

"Mereka mesti pilih untuk pulang beraya, tidak mungkin bercuti dua kali untuk pulang mengundi dan cuti sekali lagi untuk Aidiladha," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Gerakraya PRK N01 di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Biji Wangsa di sini, hari ini.

Bekas mufti sindir Langkah Kajang

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi komen sinis dengan menyatakan nama Kajang tidak lagi diingati mengenai keenakan satenya tetapi membayangkan maksud "sebuah kegagalan".

Sindiran tokoh agamawan itu dipercayai merujuk 'Langkah Kajang' yang dicatur PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan kemudiannya mencetuskan krisis pentadbiran dan pergeseran dalam Pakatan Rakyat.

"Pantasnya dunia berubah... turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama... Dahulu apabila disebut perkataan Kajang maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan...sate Kajang...

"Hari ini apabila disebut Kajang entah mengapa terbayang sebuah kegagalan... Kajang..," tulis beliau di laman Facebook beliau, DrMAZA.com semalam.

Kenyataan itu tersebut mendapat hampir empat ribu "Like" dalam tempoh dua jam pertama dan mengundang pelbagai komen mahupun kritikan daripada pengunjung Facebooknya.

Akaun bernama 'Musafir Lalu' menyatakan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum gagal sebaliknya perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu belum selesai.

Manakala 'Ahmad Toha Samsudin' pula bersependapat dengan 'Musafir Lalu' sambil menyatakan kejayaan bakal menanti dalam Langkah Kajang ini.

"Hanya yg berfikiran pendek saja mengatakan ianya kegagalan sedangkan sejarah melakar dan tarbiah mengajar bahawa setiap kegagalan ada kejayaan menunggu."

Sementara itu beberapa pengguna mempertahankan kenyataan Dr Mohd Asri itu.

Nasrul Hakim menulis: "Saya sokong Dr MAZA. Tak pilih bulu. Tegur mana yg tak betul...".

Mohd Khairil pula menyindir mereka yang naik berang dengan kenyataan Asri tersebut.

300 polis T'ganu ditugas di PRK Pengkalan Kubor

$
0
0
MALAYSIAKINI


Polis Terengganu menugaskan kira-kira 300 pegawai dan anggota untuk membantu menjaga keselamatan sepanjang proses pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan.
  
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata mereka ditugaskan bermula tempoh berkempen selepas penamaan calon pada 13 Sept ini sehingga hari pengundian pada 25 September.
  
Katanya penugasan anggota dan pegawai itu bagi membantu Polis Kelantan menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kawasan DUN itu bakal menjadi tumpuan masyarakat luar untuk berkempen mewakili parti masing-masing yang bertanding.
  
"Kita berharap dengan kekuatan yang dihantar ini akan dapat membantu menjaga keselamatan sepanjang proses berkempen," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
  
Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada Barisan Nasional (BN) akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
  
Dalam pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
  
Bekas penolong pegawai pendidikan daerah (pengurusan sekolah) Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 48, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK itu.- Bernama

Suasana PRK Balingian di Pengkalan Kubor

$
0
0

ASLANI M 



TUMPAT: PAS akur terhadap arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak berlaku sebarang ketegangan pada hari penamaan calon dan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor.

Pengarah Operasi PAS pilihan raya tersebut, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS dan Pakatan Rakyat akan berusaha untuk memastikan penamaan calon berjalan lancar dan tenang.

“Kami menghargai nasihat yang disampaikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya menjadikan PRK Pengkalan Kubor terbaik seperti yang berlaku di Balingian, Sarawak,” katanya di sini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelmarin berharap PRK Pengkalan Kubor boleh menjadi pilihan raya kecil paling harmoni seperti di PRK Balingian, Sarawak.

Selain itu beliau memberitahu penggunaan aset milik kerajaan untuk berkempen pada mana-mana pilihan raya tidak boleh sama sekali.

Abdul Aziz menjelaskan demikian selepas mengunjungi hormat Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, Selasa lalu.

Wan Abdul Rahim yang juga bekas Anggota Parlimen Kota Bharu berkata, PAS tidak akan mengadakan ceramah secara terbuka kepada penyokong pada hari penamaan calon.

“Saya juga telah memberitahu secara lisan kepada Tan Sri ketika bertemu di Kota Darulnaim. Jadi saya berharap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mematuhi garis panduan ditetapkan,” ujarnya.

Menurutnya, suasana seperti di Balingian pernah berlaku pada PRK Pulai Chondong pada 1997 di mana tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada hari penamaan calon dan sepanjang kempen berlangsung. - HARAKAHDAILY

'Nak lihat KTMB hancur baru nak bertindak'

$
0
0
MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengambil tindakan memecat beberapa pekerjanya berhubung tindakan mereka menyertai piket anjuran Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) pada 9 Mei lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata tindakan KTMB itu dilihat tidak demokratik adalah kebebasan pekerja untuk bersuara.

"Kesal dengan tindakan keterlaluan KTMB yang memecat beberapa pekerja hanya kerana mereka menyertai piket.

"Mereka berpiket hanya menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan yang ada sekarang, kalau ini tindakan diambil jelas KTMB menutup hak bersuara kepada pekerja mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, jika Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir tidak boleh ditegur walaupun menunjukkan prestasi yang buruk ia merupakan suatu perkara yang membimbangkan.

"Mengkritik presiden kerana pretasi yang buruk tetapi dikenakan tindakan ia adalah suatu yang malang di dalam agensi tersebut.

"Hak pekerja menyuarakan apa yang mereka bimbangkan, adakah kita nak lihat KTMB hancur baru semua pihak hendak bertindak, itu sudah terlambat," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta campur tangan dari Menteri Pengangkutan berhubungan tindakan pemecatan itu.

"Saya gesa gugur segera pemecatan tersebut dan kembalikan pekerja-pekerja yang dipecat itu ke tempat mereka bertugas.

"Kementerian perlu campur tangan dalam menyelesaikan konflik ini, apa yang disuarakan pekerja itu perlu diambil perhatian serius," kata beliau lagi.

Sementara itu, hampir 700 anggota bakal berdepan dengan penyingkiran oleh majikan mereka.

Malah, ada di kalangan mereka yang sudah pun dibuang kerja tanpa notis, selain digantung kerja serta diberikan notis tunjuk sebab susulan tindakan mereka menyertai piket anjuran kesatuan tersebut. - HARAKAHDAILY

Suhakam minta peneroka ambil gambar jika diugut

$
0
0
MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), James Nagayan meminta agar peneroka mengambil gambar dan nama meraka yang mengugut.

Beliau (gambar) berkata demikian sebagai mengulas aduan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa peneroka akan ugutan ekoran hadir menemui Suhakam hari ini.

"Kita mahu peneroka mengambil gambar dan nama mereka (pegawai) yang datang mengugut peneroka.

"Ini bukti untuk kita menjalankan siasatan dari aduan hari ini," kata James ketika mendengan rayuan dan bantah peneroka di pejabat Suhakam pagi tadi.

Sementara itu, Mazlan turut meminta kenyataan terbuka dari Suhakam menggesa mana-mana pihak Felda menghentikan segera ugutan yang dilakukan terhadap peneroka.

"Kita mahu kenyataan terbuka dari Suhakam dalam hal ini, peneroka sentiasa diugut dengan pelbagai perkara yang menakutkan mereka.

"Kita mahu budaya ini dihentikan segera, peneroka hadir menuntut hak mereka tetapi Felda merasakan ancaman lalu membuat ugutan.

"Saya pasti mana-mana peneroka yang hadir akan diugut, mereka belum sampai rumah pun sudah ada yang menanti," katanya selepas menyerah memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam.

Hari ini dianggarkan hampir 500 peneroka hadir di pejabat Suhakam bagi merayu campur tangan suruhanjaya itu dalam isu membabitkan Felda dengan peneroka.

James dalam pertemuaan itu akan membuat siasatan segera serta mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara kedua-dua belah pihak.- HARAKAHDAILY

Pendapatan RM5,900 sebulan: Kita tahu ia mengarut

$
0
0

STEVEN SIM 


Lazim dikatakan bahawa ahli politik kerap menipu. Sebenarnya, ahli politik lebih kerap memberi kita statistik. Apa perbezaannya? Mark Twain memberitahu: “Terdapat tiga jenis penipuan; penipuan, penipuan celaka, dan statistik.”

Statistik terbaru yang ditayangkan dengan bangga oleh kerajaan Malaysia ialah laporan bahawa pendapatan isi rumah di negara kita telah melepasi RM5,900 sebulan. Perkara ini disebut oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar, bekas taukeh Maybank yang dilantik ke dalam Kabinet sebagai “Menteri Ekonomi”. (http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1066627)

Gerak hati kita tahu kenyataan tersebut mengarut. Kenapa?

Ini kerana ramai keluarga yang kita kenali, mungkin termasuk keluarga kita sendiri, tidak mempunyai pendapatan RM5,900 sebulan.

Ini kerana kerajaan sendiri telah mewar-war bahawa program BR1M telah memanfaatkan sebanyak 80% isi rumah di Malaysia. Berdasarkan syarat untuk menerima BR1M, iaitu pendapatan bulanan isi rumah mesti kurang daripada RM3,000 sebulan, maka bagaimana pula Menteri Ekonomi kata pendapat isi rumah sudah lebih RM5,900 sebulan sedangkan majoriti besar isi rumah menjadi penerima BR1M?

Ini kerana dalam sidang Parlimen yang lepas di September 2013, kerajaan dalam menjawab soalan saya menyatakan bahawa 82.5% orang muda Malaysia yang berumur 30 ke bawah, bergaji kurang daripada RM3,000 sebulan. Golongan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia.

Ini kerana mengikut laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012 (PPRI/KA 2012), 40% terbawah (“bottom 40%) isi rumah Malaysia hanya berpendapatan kira-kira RM1,800 sebulan.

Tambahan pula, walaupun PPRI/KA 2012 melaporkan isi rumah Malaysia sudahpun berpendapatan RM5,000 sebulan pada tahun 2012, 50% daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Statistik, seni “putar belit” rasmi

(Kaveat: saya sebenarnya suka akan statistik kerana dengan penggunaan yang bertanggungjawab ia memberi perspektif berguna bagi memahami realiti)

Menteri Ekonomi menggunakan laporan PPRI/KA 2014 terbaru, yang masih tidak dimuatatas ke laman web Jabatan Statistik Malaysia. Maka, saya akan menggunakan laporan PPRI/KA 2012 untuk menunjukkan bagaimana pak menteri mempergunakan statistik bagi melakar gambaran yang “indah khabar dari rupa” tentang pendapatan kita.

Abdul Wahid menggunakan min pendapatan isi rumah untuk menunjukkan pendapatan isi rumah sudah mencapai RM5,900 sebulan. Sebenarnya dalam PPRI/KA  2012 yang saya sebut di atas, min pendapatan isi rumah sudah mencecah RM5,000 sebulan. Ini diperoleh daripada membahagikan jumlah keseluruhan pendapatan semua isi rumah dengan jumlah isi rumah tersebut; iaitu mengambil puratanya.

Kita sedia maklum cara ini berkesan sekiranya nilai-nilai dalam suatu set data cukup dekat dengan satu sama lain; dalam erti lain, cara ini berkesan sekiranya semua isi rumah yang dibanci mempunyai pendapatan yang lebih kurang sama. Sebaliknya, jika wujud satu atau dua nilai yang tinggi dalam set data tersebut, purata akan menjadi tidak tepat. Sebagai contoh: Jika diambil purata gaji Bill Gates dan beberapa orang pekerja bawahan yang lain, maka setiap satunya akan menjadi jutawan.

PPRI/KA 2012 juga melaporkan bahawa median pendapatan isi rumah di Malaysia hanya RM3,626. Median memberikan gambaran yang lebih tepat sekiranya set data mengandungi nilai-nilai yang amat berbeza antara satu sama lain. Set data tersebut dibahagikan kepada dua, nilai-nilai atas dan nilai-nilai bawah, dengan nilai median di tengah. Justeru, menurut laporan PPRI/KA 2012, separuh daripada isi rumah Malaysia sebenarnya berpendapatan kurang daripada RM3,626 sebulan, walaupun secara puratanya pendapatan adalah RM5,000 sebulan.

Kedua-dua merupakan statistik yang sah, jadi di mana masalahnya?

Masalah dengan “ketidakjujuran” ini bukannya kerajaan menipu kita, tapi kerajaan menipu diri sendiri. Apabila kerajaan telah berbangga dengan “pencapaian” tersebut, maka ia sekali gus gagal melihat keadaan seadanya dan usaha-usaha yang masih perlu dilaksanakan.

Dalam sidang parlimen pertama saya pada tahun 2013, Menteri Ekonomi yang sama dengan megahnya memaklumkan Dewan Rakyat, kerana kadar pengangguran berada di bawah paras 4%, maka mengikut ahli ekonomi John Maynard Keynes, Malaysia boleh dianggap mencapai penggajian penuh (“full employment”).

Sejak masa itu, saya telah berkali-kali menunjukkan bahawa perspektif “syok sendiri” sebegini telah membutakan kerajaan terhadap situasi penggajian yang benar dalam negara ini dan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam sektor pekerjaan termasuk kadar pengangguran tinggi dalam kalangan anak muda, isu “underemployment”, amalan industri yang tidak adil, diskriminasi jantina di tempat kerja, kebergantungan tinggi Malaysia kepada pekerja migran berkemahiran rendah dan penghijrahan cerdik pandai (“brain drain”).

Justeru, dalam kes ini juga, sekiranya seorang pemimpin bertaraf Menteri Ekonomi mengatakan bahawa kita sudahpun berpendapatan RM5,900 sebulan, besar risikonya kerajaan akan terlepas pandang masalah sebenar: gaji rendah, kos hidup yang tinggi, hutang isi rumah dan hutang individu yang tinggi dan jurang pendapatan yang semakin melebar.

Biarpun banyak laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi, kita telah gagal dalam tempoh 20 tahun ini untuk mengecilkan jurang ketidaksamarataan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni, Indeks Gini Coefficient Malaysia, yang mengukur ketidaksamarataan (0 bermaksud sama rata sempurna, 1 bermaksud tidak sama rata sempurna), adalah 0.431 pada tahun 2012 dan merupakan antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding negara-negara seperti Thailand (0.4) dan Indonesia (0.37).

(http://www.thestar.com.my/business/business-news/2013/08/03/malaysias-income-distribution-inequality-still-high/)

Maka, masalah paling besar bercakap bohong bukannya orang lain akan percaya, tapi pembohong sendiri mempercayai bohong-bohongnya itu.

*Penulis merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Muhyiddin Dakwa UPSR Bocor Satu Sabotaj, Betulkah?

$
0
0

KELAB GREENBOC

Muhyiddin: Soalan bocor satu sabotaj

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, menurut Utusan Online.

Bercakap di Vientiane, Laos, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia mungkin tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga kementerian itu.

"Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti saya dan kementerian," katanya pada satu sidang media di sana, jelas marah dan dukacita dengan apa yang terjadi.

Muhyiddin dilaporkan berkata, tindakan segera bukan sahaja diambil untuk mengesan dalang yang terlibat malah mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkan ia berulang pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan.

Beliau yang begitu marah atas insiden itu, berkata beliau memandang serius kejadian itu kerana semua pihak pihak sebelum ini telah dingatkan supaya sentiasa mematuhi segala peraturan dan prosedur penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelak kejadian seumpama itu.

"Kita harap pihak polis mengambil tindakan tegas dan seterusnya satu hukuman seberat-beratnya (diambil terhadap pelaku)," katanya pada sidang media untuk menjelaskan perkembangan terbaru mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebocoran terbaru melibatkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 selepas kebocoran kertas Sains 018, 028 dan 038 yang dimaklumkan semalam.

Kertas-kertas peperiksaan berkenaan akan diadakan semula pada 30 Sept ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa bebas akan dilantik dalam masa terdekat melibatkan pegawai berpengalaman dalam menguruskan peperiksaan umum bagi memastikan integriti dan kerahsiaan peperiksaan tidak lagi dikompromi.

Di mana sikap amanah mereka yang uruskan soalan peperiksaan?

Seorang tokoh akademik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapat tahu bahawa kertas mata pelajaran sains bagi peperiksaan UPSR bocor dan dikesan tersebar luas di laman sosial.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Lembaga Peperiksaan cuai dalam meningkatkan tahap kerahsiaan soalan, selain mengapa perkara ini masih lagi berlaku.

“Di mana silapnya dengan pengurusan peperiksaan ini? Di mana sikap amanah mereka yang dipertanggungjawabkan menguruskan soalan peperiksaan ini?”
katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Jelasnya lagi, kebocoran kertas soalan ini boleh menyebabkan anak-anak hilang tumpuan untuk menghadapi peperiksaan seterusnya.

“Ketahuilah kebocoran ini boleh menyebabkan anak-anak, ibubapa dan guru-guru hilang keyakinan kepada sistem peperiksaan kita
,” ujarnya.

Jelasnya, beliau kasihan apabila melihat anak-anak terpaksa melalui keperitan ini hanya kerana adanya manusia yang tidak bertanggungjawab membocorkan soalan ini.

“Saya marah kerana anak-anak terpaksa melalui pengalaman ini hanya kerana kecuaian pengurusan peperiksaan kita. Kelu saya tidak terkata,” ujarnya.
-

ULASAN GB

Sekalipun kertas yang perlu diduduki semula, menurut Kementerian hanyalah kertas Sains dan Bahasa Inggeris, namun maklumat yang tersebar luas ialah hampair kesemua kertas UPSR 2014 bocor.

Astro Awani semalam melaporkan Adakah kertas Matematik UPSR juga bocor? siap dengan bukti-bukti soalan-soalan yang dikatakan bocor itu.

Apa yang menarik perhatian GB ialah dakwaan Muhyiddin yang dilaporkan Utusan Online kebocoran itu adalah satu perbuatan sabotaj terhadap integriti dirinya dan kementeriannya.

Persoalan kini, jika dakwaan Muhyiddin itu benar, siapa pula yang mensabotajnya?

Apakah beliau hendak menuduh parti pembangkang atau "musuh-musuh politiknya" di dalam partinya sendiri melakukan perbuatan sabotaj berkenaan?
Atau pihak tertentudi dalam kementerian sendiri yang sangat tidak berpuashati dengan cara beliau mengendalikan Kementerian Pelajaran sehingga begitu banyak "ujikaji" dan "cubajaya" dilakukan sehingga guru-guru dan murid-murid menjadi mangsa. Kini dengan menduduki semula UPSR, sekali lagi guru-guru dan murid-murid jadi mangsa. Itu tak lagi kita kira pembaziran tambahan kos yang terpaksa dilakukan untuk membiayai peperiksaan semula terseut.

GB tertarik dengan sebuah komen di sebuah portal. Tulisnya:

Mesyuarat Menteri Pendidikan Asean ke-8 tlh bermula di Vientiene, Laos. Kesemua Menteri Pendidikan dari negara Asean menghadirinya & berita kebocoran soalan UPSR (M'sia) sudah diketahui oleh beberapa negara jiran terdekat. Apakah telahan menteri mengatakan perbuatan sabotaj oleh individu yg ingin menjatuhkan nilai kerja dirinya & kementerian pelajaran yg diselianya bersama dua org menteri, tak mungkin sesekali.

Setiap tahun ada terbaca berita kertas soalan peperiksaan SPM asyik dibocorkan oleh mereka yg belum dikenali setakat ini. Adakah penyiasatan dalaman tlh dikendali dengan penuh teliti, mungkin juga setlh diketemui didiam shj utk seberapa hari, setlh reda tak usah diungkit-ungkit lagi. Tahun depan masih ada peluang lagi. Bila kelulusan terbaik akan terpampar di papan kenyataan dipersimpangan jalan utama setiap negeri yg Umno-BN perintahi. Inikah telatah utk memasyorkan diri dgn meramal soalan yg sebenarnya diseludupi, sudah pasti yg berjaya dikenali ttpi tak mungkin boleh menaik taraf pengajian akademik kerana perihal politik (pemerintah) tlh diserapi ke sekolah & varsiti.

Bila dibandingkan dgn lain-lain negara Asean, kewajaran sistem pendidikan M'sia tak sanggup dicontohi kerana masih terkebelakang prestasi. Sistem sentiasa diubah, dicuba seumpama ujian tubi, bahasa pengantarnya ada shj diubah dari sessi ke sessi. Diharapkan kpd menteri terlibat (TPM) bersama menteri pelajaran (1) & (2) serta kesemua timbalan &lain-lain wargakerja di KemPel M'sia harus teliti & berhati-hati disetiap sudut kerja yg melibatkan mutu ilmu pendidikan yg diberi. Jangan seronok menyalahi murid / siswa bila guru yg dikenali (urusan politik) tak minat hadiri kelas setiap hari. Tahun ini taraf pencapaian pendidikan di M'sia terlepas ke bawah, apakah tahun-tahun akan dtg kerana asyik mencuba & mencuba sistem akan bertahan ditahap sedemikian tragedi, tak usahlah dilancarkan kebangkalian penamat kerapkali --- transformasi sistem pendidikan janganlah berkali-kali. -mael mad
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live