Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Anwar, Guan Eng mohon ampun hanya lakonan politik

$
0
0

 
Syed Ali juga mengatakan Anwar seorang kaki putar alam yang sanggup bersandiwara dan menghalalkan segala cara demi agenda politik beliau.

anwar

PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng memohon keampunan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak lebihdaripada sandiwara atau lakonan politik semata-mata dengan tujuan untuk menutup mata rakyat.

Menurut Syed Ali, rakyat cukup mengenali siapa Anwar. Beliau akan sentiasa ‘mengubah skrip’ politiknya mengikut suasana asalkan terkabul cita-cita besarnya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Inilah yang dinamakan ‘politik putar alam’ yang langsung tidak mempedulikan kepentingan rakyat sebaliknya hanya memikirkan untuk mendapat kuasa dengan mengikut pintu belakang,” tulisnya di dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Sebelum ini, Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita atas tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah beliau supaya menyenaraikan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon MB Selangor. Sebaliknya kedua-dua parti itu tetap berkeras menghantar satu nama.

Selepas itu, Anwar dan Lim Guan Eng memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor.

Jelas Syed Ali, sepatutnya Ketua Pembangkang itu bukan sahaja wajib meminta ampun kepada Sultan Selangor juga mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari politik selepas tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk tidak menghormati Raja Berpelembagaan di negara ini.

“Kita sendiri berasa pelik kenapa Anwar tidak habis-habis menyusahkan rakyat dan negara yang aman damai hanya semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwatnya dan melunaskan cita-citanya menjadi Perdana Menteri,” ujarnya.

Syed Ali juga mendakwa Anwar sememangnya pengacau dan pengkhianat kepada kestabilan rakyat dan negara ini kerana tindak tanduknya sering bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.

“Anwar juga mengamalkan sikap diktator dan kuku besi bagi memastikan cita-cita politiknya menjadi kenyataan.

“Ketua pembangkang itu turut mencabuli prinsip demokrasi apabila menamakan isterinya Wan Azizah sebagai calon MB,” katanya.

Soalan Sains UPSR bocor, peperiksaan ditangguh

$
0
0

Soalan Sains UPSR bocor, peperiksaan ditangguh
 
 
 
SHAH ALAM - Kertas peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

Kenyataan Christopher tidak wakili Majlis Peguam

$
0
0

Khairul Azam bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di sini hari ini. - Foto Sinar Hariah oleh MD KHAIRINNIDZAM OSMANKhairul Azam bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di sini hari ini. - Foto Sinar Hariah oleh MD KHAIRINNIDZAM OSMAN
 
 
 
KUALA LUMPUR - Pendirian Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong yang menyokong pemansuhan Akta Hasutan didakwa tidak mewakili badan perundangan tersebut.

Menurut salah seorang ahlinya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, majoriti ahli Majlis Peguam tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Christopher.

"Majlis Peguam ini tidak popular kerana jawatankuasanya itu hanya dipilih di kalangan 20 peratus dari kalangan 15,000 ahli.

"Mereka tidak popular tapi beliau bercakap seolah-olah mewakili kepentingan 15,000 peguam di Malaysia," katanya pada sidang media pelancaran Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948, di sini, hari ini.

Sebelum ini Majlis Peguam adalah antara pihak yang lantang bersuara mendesak agar Akta Hasutan dimansuhkan.

Terbaharu, Christopher dilapor media sebagai berkata, Akta Hasutan digunakan sebagai alat politik dan dibayangkan sebagai undang-undang.

“Ia adalah satu senjata yang digunakan untuk mengugut masyarakat dan untuk menindas perbahasan terbuka dalam masyarakat," dakwanya.

Sementara itu, Mohd Khairul Azam berkata, beliau akan mengambil tindakan ke atas Majlis Peguam yang merancang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar  Biasa (EGM), minggu hadapan.

“Saya difahamkan 19 September ini mereka akan buat EGM khas untuk mendesak menghapuskan Akta Hasutan.

"Saya tak nak cerita lagi apa tindakan saya, tetapi saya sedang buat sesuatu. Jadi, tunggu sajalah," katanya.

AirAsia sedia ambil pekerja MAS yang diberhentikan

$
0
0
SINAR HARIAN

Tony FernandesTony Fernandes
 
 
 
KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, bersedia mengambil sebahagian pekerja Malaysia Airlines (MAS) susulan rancangan Khazanah Nasional Bhd memberhentikan kira-kira 6,000 petugas di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, minggu lepas.
  
Angka 6,000 orang itu mewakili kira-kira 30 peratus daripada 20,000 tenaga kerja MAS.
  
"AirAsia X dan AirAsia semakin berkembang, sudah pasti kami bersedia melakukan yang terbaik untuk menyerap seramai mungkin, dan kami sudah pun (menyerap petugas MAS).
  
"Kami sudah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000, dan ramai daripada mereka adalah daripada MAS," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita selepas melancarkan kempen "Fill Up and Fly Free" bersama Petronas Dagangan Bhd di sini hari ini.
  
Beliau berkata perpindahan pekerja dari MAS ke kumpulan AirAsia sihat berdasarkan perbezaan pilihan dalam kalangan pekerja syarikat penerbangan, dengan ada antara mereka mahu bekerja dengan syarikat penerbangan tambang rendah berbanding penerbangan premium.

Kira-kira 50 peratus pekerja AirAsia pernah bekerja dengan MAS.

"Ada pekerja AirAsia berpindah ke MAS dan ia merupakan perkembangan yang sihat memandangkan ada yang mahukan kos rendah dan sebaliknya," katanya.

Khazanah Nasional, cabang pelaburan kerajaan, kini memiliki 69.3 peratus saham syarikat penerangan negara itu dan mahu mengambil alih keseluruhan pemegangan dalam MAS susulan tawaran untuk membeli baki ekuiti 27 peratus saham daripada pemegang saham minoriti.
  
Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion. - Bernama

Mahasiswa UM himpun sokong Azmi Sharom

$
0
0

Sebahagian peserta yang menghadiri kempen solidariti Pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan di UM hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  Sebahagian peserta yang menghadiri kempen solidariti Pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah Akta Hasutan di UM hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
 
 
 
KUALA LUMPUR - Lebih 400 mahasiswa termasuk pensyarah Universiti Malaya dan beberapa pemimpin politik hari ini berhimpun bagi menunjukkan solidariti kepada Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr Azmi Sharom yang menghadapi dakwaan mengikut Akta Hasutan 1948.

Himpunan yang dinamakan "hartal" itu diadakan di Fakulti Undang-Undang UM, di sini.

Menurut penyelaras kempen, Vince Tan, tujuan pihaknya mengadakan himpunan itu atas semangat kebersamaan mereka dengan Dr Azmi dalam memperjuangkan hak kebebasan akademik.

"Kami berkumpul di sini (UM) adalah tanda bersolidariti bersama Dr Azmi bagi mempertahankan kebebasan akademik universiti selain menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948 .

"Dan kami juga hendak menunjukkan bahawa 'pihak-pihak tertentu' tidak boleh  menghentikan suara Dr Azmi Sharom dalam memberi pandangan mengenai isu semasa, dalam negara, pelajar dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menyemak semula kes dakwaan Akta Hasutan terhadap Dr Azmi termasuk beberapa lagi kes lain yang dipertuduh di bawah akta yang sama.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan semalam, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Pada 2 September lalu, Dr Azmi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Dr Azmi, bagaimanapun, mengaku tidak salah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Dr Azmi didakwa kerana kenyataannya di dalam sebuah artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), yang diterbitkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.

Anwar tangguh tambah nama calon MB

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan menghantar nama tambahan calon menteri besar Selangor kepada istana dalam mesyuarat biro politik semalam.

Adalah difahami Anwar mahu menunggu balasan surat terbaru mereka daripada sultan sebelum mengambil langkah lanjut.

Malaysiakini turut difahamkan isi kandungan sebenar surat itu hanya diketahui oleh Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Kandungan surat itu boleh disimpulkan sebagai permohonan maaf yang diterbitkan Anwar semalam dan penjelasan bahawa PKR akan setia mengikut "konvensyen" dan menghantar satu nama sahaja.

Anwar, yang kini sedang menemui pimpinan PKR Selangor turut memohon untuk menghadap sultan.

Sementara itu, Anwar di Twitter beliau menyifatkan laporan itu sebagai "rekaan", tetapi tidak mengulas lanjut.

"Concoction by Mkini (rekaan oleh Malaysiakini)," tulisnya.

Bagaimanapun semalam, Saifuddin menyatakan beliau turut tidak tahu menahu mengenai kandungan surat itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat malam semalam, beliau berkata:

"Surat telah dihantar hari ini (semalam). Ia ditandatangani presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail). Saya tak tahu apa isinya.

"Dalam mesyuarat semalam, presiden memberitahu surat telah dihantar dan diterima istana," kata beliau kepada media.

Semalam, Anwar dan DAP memohon ampun kepada istana yang mendakwa kedua mereka biadab dan derhaka kerana tidak menghantar lebih dari dua nama sebagai calon menteri besar.

PKR dan DAP hanya mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemuda PAS nasihat PKR, DAP akur pilihan sultan

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


PKR dan DAP perlu akur menerima sesiapa sahaja yang dilantik istana sebagai menteri besar Selangor baru selagi ia seorang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Seruan itu dibuat Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang melihat krisis menteri besar ini sudah terlalu lama berlarutan.

"Rakyat akan bertambah bosan dan muak jika masih ada usaha mengheret krisis ini tanpa penghujung.

"Saya nasihatkan PKR dan DAP untuk akur sahaja dahulu dengan sesiapa yang Sultan lantik sebagai MB selagi ia dari Pakatan Rakyat.

"Pulihkan kembali muafakat kita. Kembali ke meja rundingan. Susun kembali strategi untuk menguasai suasana politik yang berkecamuk ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin sudah menjangka krisis ini akan berlaku sejak awal lagi.

Justeru, MP Marang itu memilih untuk tidak bertembung dengan istana dan langkah yang sama sewajarnya diteladani PKR dan DAP, kata Suhaizan.

'Elak pertembungan'

"Kini krisis masuk fasa yang baru. Sultan murka kepada PKR dan DAP. Mungkin ini yang berada di pemikiran Presiden dari awal.

"Mengelakkan pertembungan dengan istana sementelah PAS adalah sebuah parti yang amat dekat dengan orang Melayu," katanya.

Suhaizan menegaskan kestabilan perlu dikembalikan di Selangor agar "Umno tidak dapat mengambil peluang."

"Dengan itu saya mengharapkan adanya cahaya di hujung terowong gelap ini," katanya.

Sementara itu, Wanita Pakatan Rakyat turut menggesa agar pemimpin ketiga-tiga parti mencapai kata sepakat menyelesaikan isu itu.

"Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersama mendesak agar pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat segera duduk semeja.

"Ia bagi membincangkan penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat oleh Pakatan Rakyat atas kemelut berlanjutan berkaitan isu menteri besar Selangor," kenyataan bersama mereka dipetik.

Wanita Pakatan gesa duduk bincang

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Wanita Pakatan hari ini mendesak ketiga-tiga parti dalam gabungan itu duduk semeja membincangkan "penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat" bagi krisis itu.

"Prinsip-prinsip bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui selama ini perlu dihormati dan dipatuhi bagi memastikan kelangsungan kesepakatan rakyat selari dengan tekad kita bahawa Pakatan harapan rakyat," kata ketiga-tiga pemimpin wanita Pakatan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.

Waris kecewa drama Rosli Dhoby salah fakta

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Waris Rosli Dhoby yang dihukum gantung pada 1950 kerana menikam Gabenor kedua Sarawak Duncan Stewart, mendakwa drama siaran Astro mengenai nasionalis Sarawak itu mengandungi beberapa kesilapan fakta.

Lucas Johnny berkata, kesilapan fakta paling jelas ialah adegan yang menunjukkan Rosli melarikan diri selepas menikam perut gabenor itu sebelum ditahan oleh polis.

"Saya bersama abang saya pada ketika itu menyaksikan kejadian tersebut dia (Rosli Dhoby) tidak lari selepas menikam dengan badik, malah cuba untuk menikam kali kedua tetapi dihalang oleh polis berbangsa Sikh.

"Tindakan Rosli pada ketika itu menunjukkan sikapnya yang berani dan bersedia menghadapi segala kemungkinan," katanya.

"Dalam drama itu, "Warkah Terakhir", Rosli Dhoby lari dan ini amat mengaibkan kerana menggambarkan Rosli sebagai pengecut. Itu bukan sifatnya.

"Kalau sesiapa tak percaya sila datang jumpa saya serta abang saya dan saya akan tunjuk semua bukti," katanya.

Beliau berkata sebelum penggambaran drama itu produser tidak berusaha untuk menghubungi beliau dua beradik untuk mendapatkan cerita sebenar nasionalis Sarawak itu.

Beliau berkata, kesilapan fakta tersebut perlu diketahui generasi masa  sekarang kerana jika dibiarkan akan mengubah fakta sejarah secara keseluruhan.

"Saya masih ingat kejadian tersebut ibarat berlaku semalam sahaja kerana setelah Rosli Dhoby ditangkap saya terus balik ke rumah takut ditangkap oleh polis dan sehingga ramai yang tidak tahu pasal itu," katanya.

Johnny, 70, yang  menghadiri satu forum khas Rosli Dhoby Rabu lepas bersama abangnya, Tahar, berkata sehingga kini segala dokumen berkaitan dengan Rosli termasuk surat terakhir sebelum dihukum gantung masih dalam simpanannya.

"Apa yang dipaparkan hanya 60 peratus tepat...sebagai sepupu yang rapat dengan Allahyarham dan saksi masa kejadian bersama dengan abang saya Tahar, kebanyakan yang dipaparkan dalam drama tersebut silap dan satu adegan menggambarkan dia (Rosli) pengecut," kata Johnny kepada Bernama.

Tahar, 74, turut mengakui drama tersebut mempunyai kesilapan fakta dan enggan menonton episod seterusnya selepas menonton beberapa episod awal.

Drama lapan episod itu kali pertama disiarkan di Astro Citra pada 2009, dan berikutan permintaan ramai, diulang siar beberapa kali.

Selepas ditikam, Stewart telah dikejarkan ke Singapura untuk mendapat rawatan namun gagal diselamatkan.

Rosli telah dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950 setelah didapati bersalah kerana menikam Stewart dengan badik pada pagi 3 Disember 1949 di Sibu.

Forum tersebut, "Sembang Kemerdekaan: Berani Mati Demi Tanah Air, Wira Muda Bernama Rosli Dhoby" dianjurkan oleh Pustaka Miri.- Bernama

IGP diarah dapatkan anak mualaf Ridhuan Abdullah

$
0
0
MALAYSIAKINI


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mempunyai 48 jam untuk mematuhi perintah komital yang dikeluarkan terhadap K Pathmanathan @ Muhd Ridhuan Abdullah untuk memulangkan anaknya Prasana Diksa kepada ibunya Indira Gandhi.

Ini ekoran Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ridhuan untuk memanjangkan tempoh masa itu bagi membolehkannya merayu untuk mengetepikan permohonan menghina mahkamah terhadapnya.

Ini ekoran beliau tidak mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini untuk memberikan Prasana, 6, sebelum 30 Mei 2014.

Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan peguam negara dan ketua polis negara untuk mencelah dalam kes itu ekoran arahan mahkamah untuk mengetepikan rayuan Ridhuan.

Khalid dan polis mempunyai masa sehingga Jumaat untuk menahan Ridhuan dan mendapatkan Prasana.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkannya terpaksa tampil di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi memberi penjelasan.

Risiko di sebalik Cabaran Baldi Ais

$
0
0
SINAR HARIAN

Risiko di sebalik Cabaran Baldi Ais
 
 
 
KUALA LUMPUR - Cabaran Baldi Ais yang kini menjadi ikutan ramai boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.
  
Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa berkata, aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.

"Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka. Perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk," katanya kepada Bernama.
  
Beliau mencadangkan ujian klinikal dilakukan bagi mengesan kesannya sebelum sebarang acara ini dianjurkan.

"Di United Kingdom, dilaporkan seorang remaja meninggal apabila dia melakukan cabaran dengan terjun ke dalam air," tambahnya.

Namun Dr Zaleha berkata, Cabaran Baldi Ais adalah baik kerana ia mendatangkan kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan ia dilakukan bagi memungut derma untuk tujuan tersebut. - Bernama

Hukuman lebih berat kepada pesalah Akta Hasutan

$
0
0

Tan Sri Musa HassanTan Sri Musa Hassan
 
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan hukuman mati mungkin boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar Akta Hasutan 1948 buat kali yang ketiga.

Namun, tegasnya perkara itu perlu dipersetujui oleh penggubal undang-undang negara ini.

Menurut beliau, pesalah melakukan perkara sama berulang kali ekoran tidak takut dengan undang-undang tersebut dan beranggapan hukuman yang dikenakan itu ringan.

“Bagi saya begini, sekiranya kita melihat bahawa walaupun undang-undang ini wujud tapi masih dilanggar. Apa sebabnya?

“Sebabnya nombor satu, mereka tidak takut pada undang-undang. Kedua, mereka menganggap hukuman undang-undang ini tidak ada benda (kesan).

“Sebab itu mereka boleh melakukan lagi. Bagi mereka yang selalu melakukan hasutan, mereka saya rasa wajar diberikan hukuman yang lebih berat,” katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.

Sebelum ini, fasilitator bagi Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948 yang juga seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencadangkan agar jumlah denda dan tempoh penjara bagi penghasut tegar dinaikkan termasuk mengenakan hukuman mati mandatori bagi kesalahan menghasut buat kali yang ketiga.

Ketika ditanya kewajaran hukuman mati itu dilaksanakan, Musa Hassan menjawab, “berkemungkinan. Tapi, ini perlu mendapat persetujuan daripada mereka yang menggubal undang-undang juga.”

Akta Hasutan kembali menjadi topik hangat mutakhir ini apabila timbulnya desakan supaya ia dimansuhkan dan ada sesetengah pihak yang mahu ia dikekalkan demi memelihara keamanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan, Akta Hasutan tetap akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional namun kajian terperinci mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu.

Calon diumum Pas esok juga anak tempatan

$
0
0
SINAR HARIAN

PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mengumumkan calonnya bagi PRK Dun Pengkalan Kubor, esok, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Beliau berkata, buat masa ini, Pas sedang membuat penelitian akhir senarai calon bagi PRK itu yang akan diadakan 25 September ini.

"Apa yang pasti, calon itu adalah anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, parti itu akan mengumumkan calon itu bersama-sama pimpinan parti PR di Pengkalan Kubor, Tumpat.

Beliau berkata PRK itu dijangka sengit memandangkan Pas mahu merampas semula kerusi itu daripada BN.

Namun, beliau memberi jaminan proses itu akan berlangsung dalam suasana aman dan saling menghormati.

PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sementara itu, Ahmad berkata kemelut PKR Selangor tidak memberi kesan kepada PR di Kelantan, yang disifatkan masih kukuh. - Bernama

LUHAM langkaui perlembagaan PAS

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Lujnah Undang-Undang Dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat melalui siaran media bertarikh 9 September 2014 menyiarkan pandangan perundangan berkenaan dengan kuasa presiden & Majlis Syura Ulama (MSU) berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS.

Pada akhirnya, kenyataan LUHAM yang disokong sebulat suara oleh keseluruhan Ahli Lajnah tersebut tampil dengan satu kesimpulan – kononnya Majlis Syura dan presiden tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS untuk menamakan calon menteri besar Selangor, melainkan mendapatkan persetujuan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Lantaran itu, pendirian Majlis Syura yang diputuskan melalui mesyuarat pada 7 September 2014 untuk mempertegaskan bahawa presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26(1)(a) – turut disifatkan oleh LUHAM sebagai silap dan tidak mempunyai asas perundangan dalam konteks Perlembagaan PAS.

Pada 5 September 2014, The Malaysian Insider (TMI) menerbitkan sebuah tulisan bertajuk “Majlis Syura Ulama beri contoh tak baik pada PAS”.

Berdasarkan TMI, artikel tersebut ditulis oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Pusat turut juga memiliki Jabatan Undang-Undangnya sendiri – Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM).

Namun sehingga kini, tiada apa-apa pendirian rasmi daripada JUHAM samada bersama menyetujui pendirian berdasarkan artikel TMI tersebut, atau tidak bersetuju atau sekurang-kurangnya menjarakkan diri dari tulis tersebut.

Kedua-dua pendirian undang-undang yang saya rujuk di atas, yang dinukilkan oleh teras minda undang-undang dalam PAS, mempunyai satu kesimpulan yang sama – bahawa presiden PAS telah melangkah di luar batasan Perlembagaan PAS apabila bertindak sendirian mencalonkan tiga nama kepada Istana Selangor bagi tujuan perlantikan Menteri Besar Selangor.

Namun penulis artikel TMI kelihatan lebih radikal dan agresif apabila mencadangkan bahawa presiden PAS perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib parti – yang boleh membawa natijah kepada samada digantung atau dilucutkan keanggotaan parti.

Ringkasnya, presiden boleh dilucutkan jawatannya, melalui pelucutan keanggotaan parti.

Atas premis perundangan yang diambil LUHAM berkenaan isu ini, dan untuk mengelakkan kekeliruan yang pastinya akan melebar bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli PAS bahkan pendokong di luar gelanggang, saya terpaksa menggagahkan diri untuk meneliti dengan tekunnya fasal-fasal yang berkaitan, dalam Perlembagaan PAS, lantas membetulkan beberapa kesilapan teras yang saya fikir dilakukan oleh LUHAM sewaktu tampil dengan kesimpulan perundangan tersebut.

Sekurang-kurangnya tulisan ini akan mengayakan ruang perbahasan dan menyediakan penelitian alternatif terhadap pendirian rasmi lujnah yang dipertanggungjawabkan oleh PAS dalam apa-apa urusan perundangan parti.

Peranan dan kuasa Majlis Syura Ulama

LUHAM memulakan asas perbahasannya dengan mengingatkan Majlis Syura bahawa ia hanya mempunyai kuasa untuk menghurai, menafsir dan menjelaskan peruntukan Perlembagaan PAS dalam dua keadaan semata-mata - pertama jika wujudnya perselisihan faham, dan keduanya – jika ada rujukan secara rasmi dibuat terlebih dahulu kepada Majlis Syura.

Atas tafsiran ini, LUHAM berpendirian bahawa Fasal 8(1)(a) hendaklah dibaca bersama dengan Fasal 88(1).

Bagi menjelaskan lagi pendirian itu, pada perenggan 7 dan 8 kenyataan LUHAM tersebut, LUHAM tampil dengan kesimpulan bahawa kuasa Majlis Syura adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa “of first instance” atau kuasa sedia ada (inherent).

Disinilah kesilapan asas yang mencemari keseluruhan pendirian LUHAM dalam penafsiran kuasa Majlis Syura, yang pada akhirnya membuat rumusan yang salah ke atas kuasa presiden, berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS.

Penelitian saya terhadap Perlembagaan PAS – Fasal 8(1)(a) adalah sangat jelas memberikan kuasa kepada Majlis Syura untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan dalam perlembagaan yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

Fasal 8(1)(a) tidak pada bila-bila memperuntukan kriteria yang diletakkan oleh LUHAM – mesti wujud perselisihan faham mahupun keperluan rujukan rasmi untuk dibuat keputusan.

Fasal 8(1)(a) membawa maksud yang sangat jelas – bahawa Majlis Syura berhak bertindak pada bila-bila masa yang difikirkan perlu, atau apabila wujudnya keadaan yang mendesak mempunyai apa-apa perakuan atau keputusan atau penghuraian atau penjelasan atau pentafsiran tanpa wujudnya perselisihan faham, apatah lagi rujukan bertulis.

Keseluruhan Fasal 8 yang digubal khusus untuk memperincikan kuasa dan struktur organisasi Majlis Syura tidak pernah mensyaratkan mesti adanya rujukan, aduan atau permintaan bertulis.

Perlu diingat bahawa Majlis Syura tidak berperanan seperti mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berlainan bagi setiap satu peringkat mahkamah (katakan: Mahkamah Tinggi – Mahkamah Rayuan – Mahkamah Persekutuan).

Majlis Syura sifatnya adalah proaktif dan bukannya reaktif!

Atas sifat itu kuasanya diperihalkan secara umum melalui Fasal 8(1) bagi menjamin hukum dan kekuasan PAS di bawah Fasal 7 dapat ditangani dengan berhemah dan bijaksana sesuai dengan tuntutan politik semasa berlandaskan keilmuan dan kepakaran ahli-ahli yang membentuk Majlis Syura.

Selanjutnya, berbalik kepada hujahan LUHAM bahawa kononnya Fasal 8(1)(a) perlu dibaca bersama dengan Fasal 88(1), dan tidak boleh dibaca secara berasingan.

Sekali lagi saya berpendapat bahawa pendirian LUHAM adalah jauh tersasar. Saya berpendapat Fasal 8 (Majlis Syura Ulama) dan Fasal 88 (Lain-Lain Perkara) adalah fasal yang berasingan yang berdiri di atas sifatnya sendiri.

Fasal 8 memperihalkan kuasa dan struktur MSU, manakala Fasal 88 memperihalkan lain-lain perkara yang memerlukan campur tangan atau keputusan atau penglibatan MSU (sesuatu keputusan yang diminta oleh lain-lain pihak untuk MSU membuat keputusan).

Jika dirujuk kepada Fasal 88(3), Fasal 88 boleh ditafsirkan membawa maksud sebarang pertikaian atau perselisihan antara badan-badan, atau organisasi-organisasi, jawatankuasa-jawatankuasa, lajnah-lajnah di dalam PAS (yang mana tidak boleh dibawa ke mahkamah).

Maksudnya, Fasal 88 adalah kuasa rujukan atau rayuan kepada MSU yang diminta oleh lain-lain badan, jawatankuasa atau lajnah dalam parti.

Manakala Fasal 8 adalah kuasa induk Majlis Syura atas kapasitinya sendiri.

Justeru sangat terang lagi bersuluh, Fasal 8 dan Fasal 88 adalah Fasal-fasal berasingan yang tidak terikat antara satu sama lain.

Untuk memudahkan lagi kefahaman, dalam keadaan wujudnya pertikaian antara presiden dan sebahagian Jawatankuasa Pusat (dalam isu pencalonan Menteri Besar Selangor) – Majlis Syura boleh mengambil peranan di bawah Fasal 8(1)(a) atau Fasal 8(1)(b) serta Fasal 88(1) untuk membuat satu keputusan yang akan mengikat keseluruhan pihak-pihak yang terlibat.

Dalam suasana wujudnya percanggahan antara tindakan presiden dan penafsiran Perlembagaan oleh LUHAM, Majlis Syura juga boleh mengambil peranan dibawah Fasal 8(1)(a)(b) atau Fasal 88(1) untuk memutuskan bahawa tindakan presiden adalah tepat kerana mempunyai kuasa pemutus di bawah Fasal 26 (1).

Oleh itu, permulaan premis LUHAM yang menegaskan bahawa Fasal 8(1)(a) dan Fasal 88(1) hendaklah dibaca bersama adalah satu pendirian superimposed ke atas peruntukan Perlembagaan yang tidak wujud.

Justeru jelas sekali LUHAM telah membuat satu tafsiran yang salah arah (misconceived) atas kerangka Perlembagaan PAS yang sepatutnya dipertahankan!

Suatu perkara yang tidak langsung disentuh oleh LUHAM adalah kuasa Majlis Syura di bawah Fasal 88(1)(b) dan Fasal 88(2):

Fasal 8(1)(a) – Majlis Syura berkuasa mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar itu dan ketetapan itu serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS

Fasal 88(2) – Majlis Syura adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

Atas sebab yang hanya diketahui oleh LUHAM, kedua-dua Fasal 8(1)(b) dan Fasal 88(2) tidak langsung dirujuk sewaktu memberi penafsiran terhadap Perlembagaan PAS berkenaan kuasa dan peranan Majlis Syura.

Kedua-dua fasal ini, terutamanya Fasal 8(1)(b) dengan jelasnya memberikan kuasa kepada Majlis Syura untuk mengeluarkan arahan dan perintah kepada semua organisasi parti, termasuk presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat – apatah lagi kepada LUHAM sendiri.

Penelitian yang mendalam terhadap Perlembagaan PAS, terutamanya terhadap Fasal 8(1)(a) dan Fasal 88(1) – akan memberikan satu kesimpulan yang akan mengejutkan LUHAM – iaitu, kuasa mentafsir Perlembagaan PAS itu sendiri terletak di pundak Majlis Syura, dan bukannya LUHAM (walau pun LUHAM boleh dianggap sebagai penasihat undang-undang PAS).

Maknanya, walau apa pun kepakaran undang-undang yang dimiliki LUHAM, hanya pentafsiran, penghuraian dan penjelasan Majlis Syura ke atas sesuatu peruntukan Perlembagaan PAS yang mempunyai nilai dan bersifat mengikat.

Oleh itu, apabila Majlis Syura Ulama bersidang pada 7 September 2014 dan memutuskan bahawa presiden (dalam konteks pencalonan menteri besar Selangor) mempunyai kuasa pemutus berdasarkan Fasal 26(1), maka itulah penafsiran, penjelasan dan penghuraian yang sebenarnya yang mengikat keseluruhan parti PAS – kecuali sehingga ia diputuskan sebaliknya oleh Muktamar.

Mudahnya, Majlis Syura tidak pernah bertindak di luar batas Perlembagaan PAS.

Sebaliknya dengan kenyataan media LUHAM pada 9 September 2014 yang secara terbuka menyerang pendirian badan tertinggi dalam parti - adalah pihak yang melampaui batas berdasarkan kerangka Perlembagaan PAS.



WAN ROHIMI WAN DAUD seorang peguambela dan peguamcara di Kuala Lumpur.

'Majlis angkat sumpah MB hanya spekulasi'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangkis khabar angin bahawa seorang menteri besar baru akan mengangkat sumpah pada hari Jumaat ini bagi menggantikan kedudukannya.

Beliau berkata Istana Selangor pada tradisinya akan memberi masa yang mencukupi untuk mengatur upacara tersebut.

Ia melibatkan jemputan bagi individu terlibat dan majlis tersebut juga tidak akan dibuat secara rahsia, katanya.

"Saya tiada komen. Semua ini kalau dilakukan ia akan ikut beberapa proses tertentu.

"Kepada kebiasaannya tradisi Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk jemput orang-orang hadir dan ia beri ruang masa serta tak perlu ada spekulasi," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa seorang ADUN Selangor telah dipanggil untuk mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Jumaat ini.

Buat masa ini, pihak Istana masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Beri ruang pada sultan

Khalid bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai pengganti beliau kerana beranggapan ia bakal mengelirukan banyak pihak.

Justeru, beliau menyerahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pilihan pengganti beliau.

"Tentang pemilikan MB, kita dinasihatkan supaya tak buat apa-apa kenyataan kerana akan mengelirukan.

“Kita dinasihati supaya beri ruang dan usaha ke Tuanku Sultan melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

"Jadi, saya rasa kebijaksanaan dan kesabaran tuanku patut beri kepercayaan dan saya harap perkara ini dapat selesai dengan baik dan utamakan keutamaan kepentingan Selangor," kata beliau.

Ada parti-parti sedang bermasalah, ada yang sedang tercari-cari masalah

$
0
0

ASPAN ALIAS



Setiap pihak parti sedang berbelah dan berbalah-balah menghadapi masalah masalah masing-masing. UMNO bermasalah, PKR lagi bermasalah, DAP sedang mencari masalah dan tidak kita ketahui apa terjadi kepada MCA dan Gerakan. Samada MCA dan Gerakan masih ada masalah atau masih berfungsi kita tidak tahu kerana tiada lagi kedengaran hal parti-parti itu. PAS sedang bermasalah kerana  sebahagian dari barisan pimpinannya lebih setia kepada parti-parti rakannya dari Pakatan Rakyat dan bukannya kepada perjuangan dan kepimpinan parti mereka anggotai.

Sekarang semua pihak sepatutnya sedang melakukan introspeksi dan melihat ke dalam dan bukannya melihat jauh keluar mencari kesalahan pihak lain. PAS sudah tegas ingin menyelesaikan masalah mereka dengan serius dan sedang dibantu oleh mereka yang tidak setia kepada parti itu sendiri secara natural. Dengan kejadian di Selangor parti itu sudah dapat mengenal pasti mana-mana dikalangan pemimpin mereka yang lebih setia kepada DAP dan PKR.

Presidennya TGHA telah dengan lantang berpendirian tegas dalam isu Menteri Besar Selangor dan tidak menghalang jika ada dikalangan pemimpin parti itu untuk keluar parti. TGHA telah berkata PAS sudah lali dengan kejadian ini dalam enam puluh tahun usia parti itu. Malahan blog ini berpendapat yang kejadian seperti ini mempunyai hiikmah kerana dengan sendirinya toksik-toksik dalam parti itu keluar seperti toksik seorang yang sedang menghadapi ceret-beret. Selepas ceret-beretnya baik dan pulih tubuh PAS itu akan kembali bersih dan sihat untuk terus berjuang bagi mencapai matlamatnya.

Hanya PKR belum lagi sampai waktunya toksik-toksik itu keluar dan dijangka toksik-toksik itu akan keluar dalam masa yang tidak berapa lama lagi. PKR juga memerlukan pembersihan dan tidak tahu siapa dikalangan mereka itu merupakan toksik kepada parti itu. Kalau semasa kita belum hidup secara moden sekarang ini, kita selalu memakan julab untuk membersihkan dalaman perut kita dari toksik itu sekarang ini terdapat banyak cara dan kaedah membuang toksik itu.

Samada toksik-toksik itu dikeluarkan dengan memakan julab atau toksik itu keluar dengan sendirinya itu terpulang kepada keadaan semasa. Bagi setengah pendapat PKR adalah parti yang nyawanya dihujung tanduk. Ada yang berpendapat yang keadaannya akan ditentukan selepas Mahkamah Persekutuan menentukan nasib Anwar. Ada yang mempunyai kepercayaan yang PKR akan tamat nyawanya setelah Anwar di dapati bersalah dan mengekalkan hukuman penjara terhadap dirinya.

Setengah pihak pula berpendapat yang berlainan pula. Kumpulan ini yakin yang PKR akan lebih kuat dengan ketiadaan Anwar kerana parti itu nanti boleh menumpukan tugasan dan perjuangannya tanpa membawa 'baggage' Anwar yang terlalu berat itu. Ada juga yang menyatakan yang PKR itu hanya mempunyai satu agenda iaitu untuk mempertahankan Anwar.

Jika Anwar tiada lagi maka PKR sudah tidak lagi mempunyai perjuangan dan tidak perlu lagi diberikan sokongan. Itu sebabnya ada diantara ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak melakukan apa-apa kerana bukan tidak ramai dikalangan mereka percaya yang Anwar akan di hukum dan hanya menunggu masa untuk mencari dahan dan ranting yang boleh mereka bertenggek dan berlindung. Hendak mencari perlindungan dari UMNO juga bukannya pilihan yang betul kerana UMNO sendiri sarat dengan masalah dalamannya sendiri.

Saya sudah tidak lagi menulis banyak tentang UMNO ini kerana UMNO itu sudah ‘conclusive’ merupakan parti yang sedang berikhtiar mencari jalan keluar dari kesesatan yang begitu mendalam. Di sini juga saya mengambil kesempatan menjawab pengkritik yang melabelkan saya sudah menyokong UMNO semata-mata kerana saya mengkritik PKR dengan keras. Saya ulangi, yang UMNO tidak perlu dikritik lagi kerana sudah menjadi pengetahuan umum yang UMNO itu sudah sampai ke penghujung perjalanannya.

UMNO hanya akan selamat jika parti itu dipimpin oleh seorang pemimpin yang ‘magnanimous’ dan secara relatifnya mempunyai kejujuran yang jauh lebih tinggi dari barisan yang ada hari ini.  Itu sebabnya saya katakan awal-awal tadi, tidak ada parti yang tidak bermasalah besar. Kini nampaknya PAS merupakan parti yang paling awal bakal menjani pembersihan dari toksik-toksik yang begitu menebal mengalir dalam saluran darah parti itu.

Bagi saya yang mempunyai pemikiran yang tidak sepertinya ini, jika PAS mampu membersihkan partinya dari kekotoran yang ada didalamnya, maka parti itulah yang akan diterima lebih awal dari parti-parti lain oleh rakyat, Parti-parti lain itu masih bermain politik sempit untiuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka.

Jika ramai yang tidak bersetuju dengan saya itu tidak menjadi hal kepada saya. Yang pentingnya apa yang saya katakan ini jika di izin Tuhan akan menjadi kenyataan. Bagi mereka yang masih muda mungkin mereka akan sempat melihat kebenaran pandangan saya ini, tetapi jika kita dan saya sendiri sudah tiada lagi hanya hadiahkan saya bacaan Al-Fatihah sahaja dengan jujur.

Masalah yang kita hadapi dengan bergaduh dan mencarut sesama kita ini bukannya kerana kita. Ia adalah disebabkan kelakuan pimpinan yang tidak jujur yang hanya memikirkan kepentingan masing-masing.

Tak tentu pasal kita bergaduh sesama sendiri.  

Tweet Merapu, Menteri UMNO Diselar Ahli MPKN

$
0
0

KELAB GREENBOC



Ahli MPKN selar 'serkap jarang' menteri


Kritikan seorang menteri Umno terhadap cadangan draf pengganti Akta Hasutan 1948 tanpa membacanya atau menghadiri siri perbincangannya mengundang kritikan balas anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).

Ahli Jawatankuasa Perundangan dan Dasar MKPN Zharif Badrul berkata, tindakan Datuk Abdul Rahman Dahalan yang dibuat melalui siri tulisan di Twitter, sebenarnya hanya menjejaskan imejnya sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

“Budaya antiintelektual yang hanya mengambil pendekatan serkap jarang dan bertindak tanpa membuat "homework" (kerja rumah) terlebih dahulu hanya menjejaskan imej YB sendiri yang juga merupakan seorang menteri,” katanya.

Rahman dalam siri tweetnya semalam antaranya membidas anggota MPKN Datuk Saifuddin Abdullah yang mencadangkan Akta Hasutan digantikan dengan draf rang undang-undang MKPN.

Rahman juga menyelar MKPN kerana menganggap draf yang dikemukakan mereka sebagai muktamad sedangkan tugas majlis itu hanya memberikan input dan mencadangkan undang-undang baru.

Dalam tulisan balas yang disiarkan The Malaysian Insider hari ini, Zharif membela Saifuddin yang menurutnya telah turun padang mendengar pandangan akar umbi berhubung perkara itu.

“Sekurang-kurangnya, MKPN khususnya Saifuddin berani untuk duduk bersama rakyat dan mendengar pandangan daripada akar umbi, bukannya hanya sekadar duduk di atas kerusi dan tweet semberono tanpa mahu mengambil tahu kehendak rakyat,”
tulisnya.

Zharif dalam tulisannya itu juga berkata, mereka sedia maklum bahawa penggubalan undang-undang adalah tugas Pejabat Peguam Negara sebelum dihantar ke kabinet dan diluluskan di Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak bererti proses konsultasi tidak boleh dilaksanakan, seperti inisiatif kerajaan menjalankan perundingan di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas masyarakat.

Justeru, katanya, MKPN sekadar membantu kerajaan mendapatkan input serta cadangan berkenaan Akta Harmoni Nasional yang diilhamkan sendiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Akta Hasutan.

“Usaha NUCC adalah memastikan agar Akta Harmoni Nasional tidak mewarisi ciri-ciri drakonian dan opresif seperti yang diwariskan penjajah British dalam Akta Hasutan,” katanya lagi.


LAPORAN SEBELUMNYA

Akta Keharmonian Nasional: Rahman Dahlan bidas Saifuddin Abdullah di Twitter

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Rahman Dahlan secara terbuka telah membidas Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitter berhubung draf cadangan Akta Keharmonian Nasional oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) yang akan dikemukakan kepada Putrajaya, tidak lama lagi.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Saifuddin yang mahu cadangan draf bagi Akta Keharmonian Nasional digantikan dengan versi MKPN.

"Saya percaya MKPN hanya ditugaskan untuk menyalurkan input bagi undang-undang baru yang dicadangkan itu dan bukannya merangka keseluruhan peruntukan Akta tersebut," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Jelas beliau MKPN sepatutnya mengemukakan dahulu pandangan mereka untuk dipertimbangkan kerajaan, tetapi katanya Saifuddin bercakap seolah-olah draf itu telah pun dimuktamadkan, dan ianya salah.

Abdul Rahman mempersoalkan kenapa Saifuddin dan MKPN telah mendedahkan kepada umum isi kandungan cadangan tersebut sebelum ianya diterima sendiri oleh kabinet.

"Sebab itu saya kata MKPN perlu menyerahkan kepada kerajaan dahulu sebelum mendedahkan isi kandungan draf undang-undang itu kepada media. Itu tidak adil," katanya yang juga Ahli Parlimen BN-Kota Belud.

Tegasnya, perkara itu akan hanya menimbulkan kekeliruan kepada ramai pihak.

Kata beliau lagi, versi muktamad Akta Keharmonian Nasional itu sepatutnya berdasarkan pandangan orang ramai dan bukan hanya MKPN.

Sementara itu, Saifuddin mempertahankan pendiriannya. Katanya cadangan supaya kerajaan mengguna pakai draf Akta Keharmonian Nasional versi MKPN hanyalah pandangan dirinya.

Beliau mengalukan sebarang maklumbalas mengenai cadangan tersebut, tetapi tetap mempertahankan haknya untuk bersuara.

"Saya tidak pernah kata ianya muktamad. Ia masih dalam proses perundingan. Kerajaan masih boleh mendapatkan pandangan pihak lain selain MKPN. Kata akhir adalah dari kerajaan," kata bekas ahli Parlimen BN-Temerloh itu menerusi akaun Twitternya.

Terdahulu, Saifuddin memaklumkan bahawa MKPN akan secara rasminya menyerahkan tiga cadangan undang-undang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 kepada kerajaan, lapor The Malay Mail Online.

MKPN dijangka menyerahkan cadangan tersebut selepas membincangkannya dengan Putrajaya, pada 17 September nanti.

Jawatankuasa undang-undang dan dasar MKPN mencadangkan tiga undang-undang, iaitu Rang Undang-undang (RUU) Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Keharmonian dan Perdamaian Nasional dan RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Perdamaian Nasional.
-astroawani

Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor: Ujian kesepakatan PAS-PKR

$
0
0
Oleh ABD SHUKUR HARUN


PAS dijangka akan menurunkan calonnya yang terbaik untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pengkalan Kubor, Kelantan pada 25 September ini di samping memperlihatkan perpaduan dan kekuatannya.

PRK ini juga memperlihatkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat masih utuh meskipun dilanda krisis di Selangor. PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor kali ini.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya kelmarin.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 September ini. PRK itu diadakan  berhubung kematian wakil rakyat sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN akibat kanser hati, 20 Ogos lalu.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, (Gambar) berkata penyerahan semula Dun N1 Pengkalan Kubor oleh PKR kepada PAS memberi petanda kekuatan baru Pakatan Rakyat akan bermula.

Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR, ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Menurutnya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, dengan izin Allah, Dun ini akan dapat diambil semula.

Hari penamaan calon PRK ini pada 13 September ini  iaitu empat hari sebelum berlangsung Muktamar Tahunan PAS di Batu Pahat Johor pada 17, 18 dan 19 September ini. Oleh itu, tentunya PAS berada dalam keadaan paling sibuk.

Bagaimanapun, jentera operasi pilihan raya PAS yang diketuai oleh bekas Speaker Dun Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah sudah mula bergerak di bawah arahan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil terseut.

Pilihan raya kecil Pengkalan Kubor inii akan berlangsung di tengah-tengah pergolakan politik di Selangor. Bagaimanapun pemerhati poitik melihat pergolakan itu tidak akan tempias hingga ke Kelantan, khususnya di PRK Pengkalan Kubor. Lebih-lebih lagi dengan ikrar PKR untuk memberikan kerjasama penuh kepada jentera PAS.

Wanita PKR sendiri telahpun berikrar akan turun padang berkempen dalam misi menafikan kekuatan Umno di Dun berkenaan. Ketuanya, Noraini Husin berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menggerakkan jentera kempen bagi membantu calon PAS.

Menurutnya, satu-satunya musuh utama Pakatan Rakyat ialah Umno dan BN. Jadi, katanya, tugas utama yang turut dipikul Wanita PKR ialah untuk menewaskan musuh tersebut.

Bagi PAS sendiri, berdasarkan pengalaman dalam pihan raya besar dan kecil masa lalu, ia dengan mudah menggerakkan jenteranya kerana PAS mempunyai kekuatan tenaga kerja yang banyak, yang bekerja secara sukarela, bahkan mereka sendiri turut mencari dana untuk kempen tersebut.

Memang dari hari penamaan calon itu hingga ke hari mengundi, bertepatan di tengah-tengah suasana Muktamar PAS di Batu Pahat. Tetapi ini tidak akan membimbangkan, kerana tenaga PAS begitu ramai dan mereka akan bertugas secara bergilir-gilir.

Pada kesempatan PRK ini, kita yakin PAS akan memperihatkan perpaduannya yang erat di bawah pimpinan Datuk Seri Presiden. Maka itu, sama ada di Muktamar mahupun dalam kempen PRK Pengkalan Kubor ini, PAS akan memperlihatkan kematangannya berpolitik, walaupun wujud pelbagai perbezaan pendapat, tetapi ia terus kukuh dan padu.

Dengan itu, baik musuh tradisi PAS – Umno/BN – mahupun para pengkritik PAS serta mereka yang memakai jenama sebagai pengulas politik serta pelbagai pihak yang prejudis terhadap PAS akan kecewa dengan keutuhan perpaduan PAS ini.

Kita yakin, ketika dan selepas PRK Pengkalan Kubor dan juga selepas muktamar PAS ini  berlangsung tidak akan ada sebarang bukti pergeseran antara pelbagai golongan di dalam PAS.

Heboh-heboh di dalam media, dalam Facebook, Twitter, WhatsApp dan sebagainya, konon wujud perbalahan puak dalam PAS tidak akan menjelma menjadi kenyataan kerana pendukung PAS, pelbagai golongan, lebih mengutamakan perpaduan parti. Ini adalah hasi tarbiyah berterusan sejak lebih setengah abad.

Di samping itu PAS akan terus membuktikan komitmennya bersama Pakatan Rakyat, walaupun kini para peramal poitik terus menjangkakan bahawa PAS akan berpisah daripada Pakatan Rakyat.

Mereka yang membuat ramalan ini akan kecewa dan akam terus kecewa, malah Muktamar PAS dan PRK Pengkalan Kubor ini akan memperlihatkan bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

Inilah bukti kematangan politik PAS, sebuah parti yang telah berumur 60 tahun dengan segala pengalaman pahit getirnya.

Sementara itu dengan kerja keras, strategi dan bacaan poitik yang tepat, maka dengan izin Allah calon PAS akan memenangi PRK Pengkalan Kubor ini, bukan saja menang tetapi mendapat majoriti yang besar hendaknya.

Lebih-lebih lagi, ramai berpendapat bahawa Kelantan dan rakyatnya adalah ‘guru politik’ di negara ini.  Hendak belajar taktik politik, kata mereka, belajarlah dari rakyat Kelantan. Sama ada berlebihan atau tidak tanggapan ini, terpulangkan kepada pendapat masing-masing.

Tiga ‘pemisah’ Sabah ditahan

$
0
0

 
Perintah tahanan untuk Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim telah dikeluarkan pada 9 September 2014 tetapi ketiga-tiga mereka telah berada dalam tahanan sejak 22 Julai 2014.

Tan Sri Khalid Abu Bakar KPN



KOTA KINABALU: Polis telah menahan tiga lelaki selama dua tahun di bawah Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah kerana didakwa menyertai kumpulan yang setia dengan Kesultanan Sulu, sebuah entiti haram yang bermatlamat memisahkan Sabah dari Malaysia.

Perintah tahanan untuk Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim telah dikeluarkan pada 9 September 2014 tetapi ketiga-tiga mereka telah berada dalam tahanan sejak 22 Julai 2014.

Abu Bakar dan Zainuddin adalah warganegara Malaysia manakala Kassim adalah warganegara Filipina yang memasuki Malaysia secara haram, kata Ketua Polis Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan.

“Mereka juga dipercayai telah berjaya merekrut ahli baru sebagai langkah awal untuk menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu.”

Sekumpulan individu yang mengaku daripada Kesultanan Sulu terlibat dalam pergelutan dengan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu pada tahun lepas.

Enam puluh lapan orang daripada pihak Sulu dan 12 orang lain dengan MyKad, termasuk dua orang awam terbunuh dalam serangan  yang berlarutan selama lebih sebulan.

1MDB: Tun M bidas kenyataan Salleh

$
0
0

Dana 1MDB ini 'berlagak' sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan negara.


tun-mahathir3


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas kenyataan sahabatnya, Salleh Said Keruak yang menyatakan bahawa 1MDB adalah bantuan yang diperuntukkan dalam bidang pelajaran.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui bahawa kegunaan wang 1MDB adalah untuk pelajaran.

“Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 orang rakyat setahun. Jika benar, alhamdulillah.

“Yang saya tahu 1MDB digunakan untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah Power Plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari RM4 billion,” katanya dalam satu kenyataan di dalam blog miliknya www.chedet.cc.

Jelasnya lagi, baru-baru ini 1MDB menyatakan akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dengan pihak lain. YTL telah menarik diri.

 Projek janakuasa ini telah mengundang banyak reaksi negatif berikutan tiada tawaran terbuka yang dilakukan oleh pihak berkaitan.

Bukan itu sahaja, pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di Jalan Tun Razak juga akan di laksanakan dengan dana 1MDB.

“Selain itu, berbillion dolar wang dana juga diurus melalui bank di sebuah Kepulauan Caribbean. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini ‘berlagak’ sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan negara.

“Banyak negara pengeluar minyak mewujudkan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang  yang ada pada mereka,” katanya.

Jelas Mahathir lagi, Malaysia hanya mengeluarkan  650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada kerajaansementara yang lainnya dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.

“Sebenarnya perbelanjaan kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

“Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan negara, ia hutang. Berbillion ringgit dihutang yang menjadi penyebab hutang negara menjadi amat tinggi. Hutang oleh negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah negara yang mengalami defisit setiap tahun tidak mungkin dapat membayar hutang sebesar ini.

“Biasanya dalam kerajaan ,kita mengadakan belanjawan iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat,” katanya.

Selain itu, Mahathir turut menyatakan bahawa memang beliau tidak begitu memerhatikan dengan betul tetapi beliau tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

“Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.

“Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran,” ujarnya.

PAS Sarawak teguh bersama Hadi

$
0
0

 
PAS Sarawak juga berdiri teguh dengan keputusan serta pendirian Majlis Syura Ulama (MSU) dalam menangani isu MB Selangor.


Adam AhidPETALING JAYA: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak menyokong teguh pendirian dan langkah yang diambil Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menangani hal ehwal politik semasa, khususnya dalam kemelut pencalonan Menteri Besar Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid menyatakan bahawa PAS Sarawak tidak berbelah bahagi terhadap kewibawaan dan kepimpinan Presiden dalam memberikan pandangan dan keputusan mewakili PAS terhadap isu tersebut.

“Ini selari dengan Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Fasal 26(1)(a) Perlembagaan PAS – Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat – Presiden. Fasal 26(9)(m) Perlembagaan PAS – Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, berdasarkan tafsiran dan pendirian Majlis Syura Ulama (MSU), yang disokong Dewan Ulama PAS Pusat, PAS Sarawak tidak nampak sebarang sebab untuk tidak bersama dengan pendirian dan tindakan Tuan Guru Dato’ Seri Presiden.

“PAS Sarawak juga berdiri teguh dengan keputusan serta pendirian Majlis Syura Ulama dalam menangani isu MB Selangor. PAS Sarawak menentang keras unsur-unsur yang cuba mengugat kredibiliti Presiden dan MSU hingga boleh mendatangkan kecaman dan persepsi buruk di mata masyarakat umum.

“PAS Sarawak menyeru ahli dan pimpinan di semua peringkat, khususnya di Sarawak untuk mendukung pendirian ini dan menjauhi sebarang usaha atau seruan pihak lain yang cuba mencalarkan kredibiliti dan integriti Presiden Parti dan MSU,” katanya.

Ujarnya lagi, PAS Sarawak merakamkan tahniah di atas ketegasan dan langkah bijak Presiden, MSU dan Dewan Ulama PAS Pusat yang telah melaksanakan tanggungjawab yang besar dan penting untuk memandu seluruh ahli dan penyokong PAS berpegang teguh kepada dasar-dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“Sebarang usaha, tindakan atau keputusan yang bertentangan dengan pendirian Hadi dalam isu ini oleh mana-mana pihak perlu segera dihentikan,” katanya.
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live