Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Mari Kita Bantu Adam Adli

$
0
0


Oleh Nashita Md Noor



Saya masih ingat ketika dibawa ke mahkamah dari Penjara Pudu untuk didakwa bagi tangkapan Himpunan Protes Kenaikan Harga Barang dan minyak saya amat sedih dan risau.

Dari galeri kandang OKT mata saya melilau mencari kelibat suami dan anak-anak saya. Itu pengalaman pertama ditangkap dipenjara dan didakwa.

Saya risau bila peguam Latheefa Koya bertanya "dah ada wang ikat jamin?".

Mungkin dia berseloroh namun saya amat risau.

Saya dapat bayangkan perasaan Isteri dan keluarga Safwan Anang dan juga ramai yang lain lagi.
Kini akan tiba giliran Adam Adli pada 19hb nanti.

Maka saya kongsikan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan2..

Dengan rendah diri, saya mewakili Adam Adli ingin meminta jasa baik anda semua untuk membantu rakan kita Adam Adli yang bakal dijatuhkan hukuman pada 19 September 2014.

Hukuman ini adalah salah satu hukuman dari 4 kes yang sedang dibicarakan.

Hari ini kita telah melihat di mana Safwan Anang dikenakan hukuman penjara 10 bulan dan dibebaskan setelah membayar ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Individu selepas ini yang BN target ialah Adam Adli.

Sehubungan itu, saya memohon agar kita sama2 dapat membantu Adam Adli untuk meringankan beban beliau dan keluarga beliau.

Boleh terus bank in ke akaun ayah beliau sebab nie untuk mengelakkan sebarang keraguan dari mana2 pihak.

Nama: Abdul Halim Hamid (Halim Hamid)
Bank: Maybank:  Acc No: 1141 0511 6035
Kalau ada apa2 pertanyaan boleh direct PM Halim Hamid, ayah kpd Adam Adli

TUMBANGKAN REGIM BN!!!!

PKR, DAP kena ingat 'Pas kakak tua'

$
0
0

Nik Abdul AzizNik Abdul Aziz
 
 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan PKR dan DAP supaya jangan memaksa parti itu mengikut telunjuk mereka.

Menurut beliau, tidak ada hak bagi mana-mana parti untuk paksa parti lain buat sesuatu, apa lagi mendesak presiden sebuah parti yang lain menarik balik kenyataannya.

"Mereka tidak ada hak untuk buat begitu. Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno. Pas adalah 'kakak yang tua' (parti yang paling lama), sudah ada dari 1951 lagi. Orang Pas ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang (parti) lain," tegasnya.

Semalam, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor baharu sebagai sebab penolakan Pas terhadap pencalonan Presiden PKR itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mempersoalkan kemampuan Abdul Hadi sendiri atas kegagalan mempertahankan penguasaan Pas di Terengganu pada pilihan raya 2004 selain melantik pengganti Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika Menteri Besar Kedah itu terlantar sakit.

Namun, Nik Aziz mempertahankan Abdul Hadi yang menurut beliau, tidak membuat keputusan itu bersendirian.

'Kami tubuh Pasma sebab sayangkan PR'

$
0
0

Pahrolrazi ZawawiPahrolrazi Zawawi
 
 
 
KUALA LUMPUR - Presiden NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana NGO tersebut bimbang dengan nasib yang menimpa  Pakatan Rakyat sekarang.

Pahrolrazi berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.

"Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan.

"Kalau runtuh PR rakyat Malaysia akan terima bencana," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Oleh itu, Pahrolrazi berkata, situasi sekarang menunjukkan PR berada dalam keadaan yang 'tenat' sehingga Pasma terpanggil untuk menyelamatkan keadaan.

"Politik sihat adalah rakyat mempunyai pilihan.

"(Apa yang) Berlaku di Selangor sudah sampai kemuncak nasib PR terumbang-ambing.

"Sudah ada bayangan peristiwa ingin menukar MB, bagaimana ada percaturan daripada Pas, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan PR boleh jatuh dan digantikan dengan Khalid Ibrahim yang akan bekerjasaama Umno.

"Kalau tidak kerana dua wakil Pas yang memberi  sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah, ianya berjaya menyelamatkan keadaan.

"Sebab itu melihat situasi sekarang PR dalam keadaan bahaya, jadi kami terpanggil untuk menyelamatkan keadaan," katanya.

Turut hadir dalam forum tersebut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari.

DAP: Perangai Hadi pecah belahkan Pakatan

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Wanita DAP hari ini menyelar pendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang kerama enggan menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor.

Ketua wanita DAP Chong Eng membangkitkan bagaimana PAS, bawah kepimpinan Hadi, sering bertukar pendirian berhubung kemelut itu dan memberikan alasan “tidak munasabah” untuk menolak Azizah.

Chong membangkitkan perubahan pendirian PAS daripada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, kemudian memilih Azizah dan kemudian menolaknya kembali atas alasan tidak layak.

“Perangai Hadi yang meragui kebolehan rakannya dalam keadaan terbuka mencerminkan beliau tidak menghormati rakan-rakannya.

“Perangai beliau memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini,” kata Chong.

Wanita DAP juga membangkitkan latar belakang Azizah sebagai seorang pakat mata daripada pusat pengajian perubatan unggul dan memimpin reformasi lebih daripada sepuluh tahun.

“Mungkin beliau tidak fasih dari segi strategi dan arena kuasa. Tetapi beliau mempunyai komitmen. Beliau berani menentang apabila mengalami kesukaran.

“Beliau juga mempunyai integriti dan tanpa rekod rasuah. Beliau mempunyai kuali ketabahan dan kesabaran,” katanya.

Chong juga berkata, sikap lemah lembut Azizah tidak semestinya bermaksud tidak mempunyai kekuatan minda, lemah dan tidak berupaya memimpin.

Muslimat PAS bidas kembali

Semestinya itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam hari ini tampil membidas kenyataan Chong dan menuntut Wanita DAP terbuka menerima kritikan.

Katanya, setiap parti mempunyai alasan tersendiri untuk menyokong atau tidak Azizah dan Hadi telah melihat semua aspek, termasuk kepentingan rakyat sebelum membuat kenyataannya.

“Presiden PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk memecah belahkan PAS dan Pakatan tetapi beliau secara jelas memberikan penjelasan kenapa PAS menolak Wan Azizah sebagai MB sebagai mana yang diminta oleh pemimpin PKR sendiri sebelum ini, yang mencabar beliau menyatakan kenapa tidak mahu memilih Azizah sebagai calon tunggal,” katanya.

'Misi 2020 gagal jika hapuskan Akta Hasutan'

$
0
0
MALAYSIAKINI


Akta Hasutan 1948 perlu terus dikekalkan bagi memelihara keamanan negara yang dibina sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  
Ismail Sabri, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu dihapuskan, golongan majoriti terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut.
  
"Belum pun akta ini dihapuskan kita lihat pelbagai penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi Raja-Raja Melayu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab atas tiket kebebasan bersuara," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementerian tersebut di Putrajaya hari ini.
  
Ismail Sabri berkata sekiranya Akta Hasutan dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan.
  
Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas ke atas golongan minoriti yang cuba menggugat keharmonian negara dengan cara mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

"Tahniah kepada PDRM dan Peguam Negara kerana telah menangkap serta mendakwa beberapa pihak berkaitan, tindakan yang diambil berdasarkan kenyataan yang dibuat, bukan siapa yang membuat kenyataan," kata Ismail Sabri.- Bernama

'Objek bertenaga tinggi' tembusi MH17

$
0
0

MH17
  SINAR HARIAN

AMSTERDAM – BELANDA. Kerosakan pada MH17 mungkin disebabkan beberapa ‘objek bertenaga tinggi’ yang menembusinya dari luar, lapor Badan Keselamatan Belanda, hari ini.

Menurut laporan awal itu, objek tersebut mengakibatkan struktur pesawat mengalami kerosakan sehingga menyebabkan ia berkecai di udara.

“Ini juga menjelaskan tentang pemberhentian mendadak data pada perakam, putus hubungan serentak dengan kawalan trafik udara dan hilangnya pesawat dari radar.

“MH17 meletup di udara mungkin kerana kerosakan yang disebabkan oleh sebilangan objek bertenaga tinggi.

“Tiada penemuan yang mengatakan bahawa nahas MH17 disebabkan kesilapan teknikal atau tindakan daripada anak kapal,” kata laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, berdasarkan data dari kotak hitam, perakam data pesawat dan data dari kawalan trafik udara, kesemuanya mencadangkan MH17 dalam keadaan normal sehingga 13:20:03 (UTC).

“Hasil rakaman komunikasi antara anak kapal di dalam rakaman kokpit pada kotak hitam mengesahkan tiada tanda masalah teknikal atau situasi kecemasan. Tiada juga sebarang nada amaran didengar dari kokpit yang mungkin menunjukkan masalah teknikal berlaku.

“Rakaman data pesawat juga tidak menunjukkan amaran sistem pesawat dan keadaan enjin pesawat juga konsisten dengan perjalanan biasa,” kata laporan itu lagi.

Sementara itu, Badan Keselamatan Belanda juga memaklumkan laporan siasatan lanjut nahas MH17 ini akan dikeluarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh insiden.

MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.   

Pesawat Boeing 777-200 itu dikatakan ditembak jatuh di negara bergolak itu.

PKR beri laluan Pas tanding PRK Pengkalan Kubor

$
0
0

PRK Pengkalan Kubor
 
 
 
SHAH ALAM - PKR telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon Pas bertanding di kerusi Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya dalam memastikan kerjasama dan muafakat PR berterusan.

"Untuk berhadapan dengan Umno-BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam PR perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang parti itu.

"Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar dan kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar PR terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Ahad lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PKR Kelantan bersetuju memberi laluan kepada Pas bagi mengambil alih kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk ditandingi oleh calon Pas, 25 September ini.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui bersama pihak Pas Kelantan dan PKR Kelantan dalam satu perbincangan yang diadakan, baru-baru ini.

Kerusi Dun N01 Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan meninggal dunia di Ghuangzhou, ketika mendapatkan rawatan.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR, Shahrun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary.

DAP mohon ampun pada Sultan Selangor

$
0
0

Lim Guan EngLim Guan Eng
 
 
 
SHAH ALAM – DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan tuanku berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai  calon menteri besar baharu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan itu.

“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulitnya menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya parti-parti dalam PR mengemukakan lebih dua nama bagi calon jawatan menteri besar. 
 
Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.
 
Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah menerima senarai calon menteri besar daripada ketiga-tiga parti dalam PR namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.
 
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP akan berunding dengan Ketua Pembangkang itu berkenaan dengan titah Sultan Selangor terbaru itu secepat mungkin.
 
“DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku,” katanya lagi.

Anwar: Mohon ampun jika sultan terguris

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

Asyraf Wajdi calon BN pilihan penduduk

$
0
0
MALAYSIAKINI


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merupakan calon BN pilihan penduduk di DUN Pengkalan Kubor.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), sebanyak 35 peratus daripada 507 responden penduduk tempatan mahukan Asyraf.

Hasil kajian itu, Umcedel berkata, kriteria yang dicari oleh penduduk daripada calon ialah calon itu perlulah mesra dan prihatin dengan kebajikan pengundi.

Kriteria lain yang diingini pengundi ialah calon mestilah orang tempatan (27 peratus), mempunyai pendidikan agama (25 peratus), dapat membawa pembangunan (12 peratus) dan memiliki pelajaran tinggi (enam peratus).

Asyraf (kanan) mempunyai pendidikan agama serta merupakan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Beliau juga pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Tumpat pada 2008 tetapi kalah kepada penyandang kerusi itu daripada PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar.

Selain Asyraf, calon-calon pilihan lain daripada BN seperti yang disenaraikan oleh Umcedel ialah Timbalan Ketua Umno Tumpat Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz (29 peratus), Razidi Mohmad (16 peratus), Wan Johani Wan Hussin (9 peratus) dan Wan Hanafi Wan Yaacob (9 peratus).

Bagi calon Pakatan Rakyat, pencabar utama bagi kerusi DUN itu ialah Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim (28 peratus) diikuti oleh Che Ibrahim Mohamed dan Rofien Hassan (masing-masing mendapat 16 peratus) serta Sharom Ibrahim (12 peratus).

BN dijadualkan menamakan calon esok manakala PAS dijadualkan menamakan calon mereka pada hari Khamis selepas PKR memberi laluan kepada parti Islam itu untuk bertanding di kerusi tersebut.

Kerusi Pengkalan Kubur kosong berikutan kematian ADUN sebelum ini, Datuk Noor Zaidi Omar, 57, yang mati akibat kanser.

Hari penamaan calon dijadualkan pada 13 September manakala hari pengundian pada 25 September.

Ahli MPKN selar 'serkap jarang' menteri

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Kritikan seorang menteri Umno terhadap cadangan draf pengganti Akta Hasutan 1948 tanpa membacanya atau menghadiri siri perbincangannya mengundang kritikan balas anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).

Ahli Jawatankuasa Perundangan dan Dasar MKPN Zharif Badrul berkata, tindakan Datuk Abdul Rahman Dahalan yang dibuat melalui siri tulisan di Twitter, sebenarnya hanya menjejaskan imejnya sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

“Budaya antiintelektual yang hanya mengambil pendekatan serkap jarang dan bertindak tanpa membuat "homework" (kerja rumah) terlebih dahulu hanya menjejaskan imej YB sendiri yang juga merupakan seorang menteri,” katanya.

Rahman dalam siri tweetnya semalam antaranya membidas anggota MPKN Datuk Saifuddin Abdullah yang mencadangkan Akta Hasutan digantikan dengan draf rang undang-undang MKPN.

Rahman juga menyelar MKPN kerana menganggap draf yang dikemukakan mereka sebagai muktamad sedangkan tugas majlis itu hanya memberikan input dan mencadangkan undang-undang baru.

Dalam tulisan balas yang disiarkan The Malaysian Insider hari ini, Zharif membela Saifuddin yang menurutnya telah turun padang mendengar pandangan akar umbi berhubung perkara itu.

“Sekurang-kurangnya, MKPN khususnya Saifuddin berani untuk duduk bersama rakyat dan mendengar pandangan daripada akar umbi, bukannya hanya sekadar duduk di atas kerusi dan tweet semberono tanpa mahu mengambil tahu kehendak rakyat,” tulisnya.

Zharif dalam tulisannya itu juga berkata, mereka sedia maklum bahawa penggubalan undang-undang adalah tugas Pejabat Peguam Negara sebelum dihantar ke kabinet dan diluluskan di Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak bererti proses konsultasi tidak boleh dilaksanakan, seperti inisiatif kerajaan menjalankan perundingan di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas masyarakat.

Justeru, katanya, MKPN sekadar membantu kerajaan mendapatkan input serta cadangan berkenaan Akta Harmoni Nasional yang diilhamkan sendiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Akta Hasutan.

“Usaha NUCC adalah memastikan agar Akta Harmoni Nasional tidak mewarisi ciri-ciri drakonian dan opresif seperti yang diwariskan penjajah British dalam Akta Hasutan,” katanya lagi.

'Majlis Syura lampaui kuasa campur isu MB'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor.

Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS.

Katanya, PAS bersetuju mengadakan kerjasama politik dalam Pakatan yang disahkan dalam muktamar PAS dan tidak pernah dibatalkan, maka Majlis Syura mahupun PAS mesti bertindak selari keputusan muktamar itu.

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU).

"Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.

"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan.

"Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan muktamar itu sendiri?

"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat

Kenyataan itu adalah hasil mesyuarat lajnah itu semalam bagi membincangkan keputusan mesyuarat MSU sehari sebelumnya yang menyokong keputusan Hadi itu.

Kelmarin, MSU menegaskan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan
berdasarkan fasal 26(1)(a) dan Fasal 26(9)(m) perlembagaan parti.

Hal ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahu kerusi menteri besar kekal di tangan PKR.

Abang Kardee berkata LUHAM turut berpendapat MSU tiada keperluan untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan parti mengenai isu ini.

Malah Lajnah itu menyatakan sekalipun MSU berkuasa memutuskan sebarang perselisihan faham, ia perlulah dirujuk terlebih dahulu dan bukannya mempunyai kuasa sedia ada untuk membuat keputusan tersebut.

"Jika MSU berpendapat isu pelantikan MB Selangor ini melibatkan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berdasarkan fasal 88(1) Perlembagaan PAS, badan itu hanya boleh bertindak sekiranya ada rujukan dibuat kepada badan itu.

"Di dalam bahasa perundangan, kuasa MSU adalah kuasa atas rujukan (“referral”) dan bukan kuasa "of first instance" atau kuasa yang sedia ada (inherent).

"Dengan ketiadaan perselisihan faham dan pendapat tentang tafsiran Perlembagaan PAS berhubung isu pelantikan MB Selangor dan dengan ketiadaan rujukan dibuat oleh ahli Jawatankuasa PAS Pusat kepada MSU bagi MSU menafsir Perlembagaan PAS, maka tindakan MSU mencampuri isu pelantikan MB Selangor itu, dengan hormat, adalah “non-starter”," kata beliau.

Azmin makin hampir jadi MB baru S'gor?

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilihat agak diam dalam isu Selangor ini, namun beberapa kenyataan beliau seolah membawa maksud yang tersirat.

Dalam perutusan merdekanya 31 Ogos lalu, yang ditulis ketika krisis bilangan nama calon menteri besar antara Pakatan Rakyat dan Istana memuncak, Azmin menulis mengenai sejarah kesultanan Melaka.

Mengimbau kembali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2009, yang mengingatkan bahawa isu raja-raja Melayu perlu ditangani dengan sikap sederhana dan berhikmah tetapi tegas.

Azmin menyatakan tiga senario dalam konteks ini mengenai tiga sikap terhadap raja iaitu sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat tidak berdosa serta Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.

Beliau merujuk kepada kesetiaan serta kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang menjamin keutuhan institusi kenegaraan dan mengambil kira kebajikan rakyat negeri Melaka berbanding golongan pendekar yang tidak bertanggungjawab dan mengorbankan darah rakyat.

Tanpa mengambil kira siapa yang dimaksudkan beliau sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat, soalan yang timbul apakah Azmin dilihat sebagai Bendahara Paduka Raja dalam krisis antara kerajaan dan Istana Selangor ini.

Dengan mengambil langkah tenang dan betul sejak krisis ini bermula, adakah kita dapat melihat Azmin sebagai menteri besar baru Selangor?

Ketegaran PKR dan DAP dalam hanya menamakan satu calon iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dianggap satu "penderharkaan" dan mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor.

DAP hari ini tunduk pada tekanan sehingga Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng meminta ampun kepada sultan Selangor dan berjanji untuk kembali berbincang dan menghantar lebih banyak nama kepada istana.

Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan membincangkan situasi ini dan beberapa pengamat situasi meramalkan nama Azmin hampir pasti berada dalam senarai baru.

Bagaimanapun sekiranya Anwar berdegil dan hanya mahu nama isterinya sahaja, ia hampir pasti menambah pergeseran dengan istana dan tidak dapat diramalkan adakah pemimpin parti lain mahu bersama beliau dalam hal itu.

Dengan kemelut yang berlanjutan beberapa bulan, ramai yang berada dalam PKR dan barisan pembangkang turut letih dan risau dengan keretakan hubungan, terutamanya dengan PAS, bakal membayangkan "pengakhiran" kepada Pakatan Rakyat.

Satu lagi nama yang diwar-warkan sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kanan Khalid, Iskandar Samad.

Bagaimanapun, sekiranya Iskandar dipilih, DAP dan PKR berkemungkinan besar akan membantah dan membawa kepada usul tidak percaya dalam sidang dewan undangan negeri November ini.

Ketidakyakinan mengenai Iskandar

Ini mungkin akan mendatangkan malu kepada istana dan menjuruskan Selangor kepada satu lagi masalah politik.

Senario sama turut berlaku sekiranya sultan memilih seseorang yang tiada dalam senarai yang dihantar PKR, DAP dan PAS.

Bagaimnapun beberapa suara mendakwa sekiranya Azmin dipilih, penentangan terhadap keputusan itu adalah minima, sekiranya ada.

Ini kerana beberapa sumber dalaman PKR memberitahu Malaysiakini beberapa kerisauan terhadap Iskandar dan kemampuan beliau menangani golongan pro-kerajaaan perpaduan daripada PAS.

Dalam masa sama, Azmin dilihat sebagai pemimpin yang komited dengan agenda Pakatan dan dibuktikan dengan kenyataan beliau semalam yang menekankan kepentingan perpaduan ketikda berdepan dengan kritikan istana.

Berbanding dengan Iskandar, timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR negeri itu lebih dikenali.

Beberapa pasukan dalam PKR mengakui beliau merupakan pilihan lebih baik dari Wan Azizah dalam mengurustadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan kejayaan terbesar pilihan raya oleh PKR dan Pakatan.

Mereka mendakwa dengan pelantikan Azmin, pesaing politik PKR akan kehilangan asas untuk menuduh parti itu mengamalkan nepotisme dan mahu meletakkan menteri besar "boneka".

Malah, Azmin turut dilihat mempunyai hubungan yang agak baik dengan istana, yang membolehkan PKR mentadbir negeri tanpa kekangan dari keluarga diraja.

Bagaimanapun ada yang turut menentang Azmin mengambil alih kepimpinan tertanggi dan antara suara paling kuat dari kem penyokong Wan Azizah sendiri.

Mereka yang tidak menyokong Azmin menggambarkan pemimpin nombor dua PKR itu mempunyai acuan Umno dan mengamalkan politik sama dengan bekas partinya itu.

Ada juga kerisauan Azmin akan menjadi lebih berkuasa sekiranya Anwar dipenjarakan sekiranya gagal dalam keputusan mahkamah persekutuan berhubung kes liwat keduanya.

Beberapa hari akan datang bakal menentukan sama ada Azmin akan menjadi pemenang kemelut yang panjang ini.

Namun jika dilihat keadaan semasa, peluang beliau bersinar cerah.

Sultan boleh pilih nama lain dari senarai

$
0
0
MALAYSIAKINI



 


Peguam Datuk Sallehuddin Saidin berkata peruntukan undang-undang membolehkan sultan Selangor melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

Seorang peguam kanan dan bekas pelapor khas bagi kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy turut bersetuju dengan pandangan itu.

Param berkata, jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

Sallehuddin, yang merupakan bekas ketua Jabatan Pendakwaan di Selangor berkata, sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata.

“Tidak ada di mana-mana bahagian dalam perlembagaan negeri yang kata sultan dihadkan kepada senarai yang dikemukakan kepadanya untuk memilih individu yang mungkin mendapat sokongan majoriti di DUN.

“Ia memberi panduan, tetapi tidak mengehadkan budi bicara baginda. Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti,” kata Sallehuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam itu berkata, apa yang dilakukan oleh sultan itu bukan mengikut amalan biasa tetapi undang-undang membenarkan sultan berbuat demikian.

Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

Param, yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, sultan Selangor boleh melantik individu yang bukan dalam senarai tersebut, tetapi yang difikirkan baginda sebagai individu yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sallehuddin dan Param berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Dalam kenyataan itu, baginda menitahkan bahawa sokongan majoriti bukanlah satu-satunya syarat untuk melantik menteri besar baru dan baginda boleh memilih nama yang tidak tersenarai.

Pas Kelantan sambut baik keputusan PKR

$
0
0

DATUK MOHD AMAR ABDULLAHDATUK MOHD AMAR ABDULLAH
 
 
 
KOTA BHARU – Pas Kelantan menyambut baik keputusan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, dalam masa yang sama juga kedua-dua parti komponen PR itu haruslah bekerjasama dalam memastikan kemenangan di Dun tersebut.

“Terima kasih kepada mereka (PKR), kerana beri laluan,kita juga berharap akan mendapat sokongan penuhlah dari PKR untuk kemenangan PR di sana (Pengkalan Kubor),”katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai calon yang akan diketengahkan, beliau berkata, sehingga kini keputusan masih belum dibuat dan tindakan lanjut akan diumumkan kemudian.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR beri laluan Pas tanding PRK Pengkalan Kubor]

Terdahulu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya mengumumkan memberi laluan kepada Pas untuk mengemukakan calon bagi PRK Pengkalan Kubor yang sebelum ini disandang Datuk Noor Zahidi Omar dari BN.

Keputusan tersebut menghuraikan penantian ribuan penyokong kedua-dua parti bagi menentukan siapakan yang bakal bertemu calon dari BN pada 25 September nanti.

Penyelia dihukum penjara setahun hina Aidilfitri, Ramadan di Facebook

$
0
0
ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang penyelia tapak pembinaan kerana menulis komen yang menyinggung mengenai sambutan Aidilfitri di akaun Facebook.
 
Chow Mun Fai, 36, mengaku bersalah kerana menulis komen yang menghina umat Islam mengenai Ramadan, dipetik The Star. 
 
Tertuduh mengaku menggunakan laman media sosial untuk membuat komen itu untuk menyakitkan hati orang lain.
 
Walaupun tertuduh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, dia mengaku bersalah atas tuduhan alternatif mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
 
Tertuduh yang berbaju kemeja-T warna merah jambu dan seluar jeans kelihatan menangis ketika bercakap dengan ibunya sebelum prosiding mahkamah bermula.
 
Tertuduh bagaimanapun nampak tenang selepas kira-kira-kira dua jam kemudian ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
 
Timbalan Pendakwa Raya mohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh.
 
“Mahkamah perlu menunjukkan tidak ada kompromi kepada mana-mana pihak yang percaya mereka boleh menimbulkan kemarahan dengan menyentuh sensitiviti agama, atas nama kebebasan bersuara,” katanya.

Tiada projek mega di PRK Pengkalan Kubor - Umno

$
0
0
ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



TUMPAT: Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjanjikan sebarang projek mega kepada pengundi di DUN Pengkalan Kubor sebaliknya akan meneliti setiap cadangan yang dikemukakan mereka demi penambaikkan kawasan berkenaan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bukan medan untuk BN menjanjikan projek-projek besar.
 
Beliau berkata, pihaknya telah meminta penduduk di kawasan berkenaan menubuhkan sebuah jawatankuasa dan mengumpulkan sebarang cadangan untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat.
 
"Pengundi di DUN Pengkalan Kubor boleh memberi sebarang cadangan yang dimahukan untuk penambahbaikkan mereka (pengundi) dan semua cadangan itu akan dikumpul sebelum diserahkan kepada Kerajaan Pusat untuk tindakan.
 
"Apa yang penting perjuangan Allahyarham Datuk Noor Zahadi Omar yang cemerlang sebagai wakil rakyat DUN itu sebelum ini akan diteruskan tanpa perlu kita membuat janji-janji untuk melaksanakan sebarang projek mega di Pengkalan Kubor," katanya.

Kajian pendapatan isi rumah terlalu umum

$
0
0
SALMIYAH HARUN


KUALA LUMPUR: Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan memperlihatkan peningkatan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 adalah tidak terperinci dan bersifat umum.

Menurut bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia Dr Rosli Yaakob, angka yang terlalu besar itu hakikatnya tidak memberi gambaran realiti terhadap taraf hidup rakyat negara ini terutamanya orang Melayu.

Malah beliau percaya jika kajian itu diperincikan pendapatan bulanan isi rumah mengikut kaum Melayu antara yang paling rendah berbanding Cina, India dan lain-lain bangsa.

"Tentunya saya dapat jangka pendapatan isi rumah bulanan orang Melayu paling rendah jika dirujuk pada angka pendapatan isi rumah bulanan pada tahun lepas, itulah keadaannya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Tegasnya, tanpa ada angka terperinci ia tidak dapat memberi gambaran yang betul pendapatan isi rumah bulanan bagi rakyat negara ini.

Bahkan katanya, kajian itu juga perlu mengambil kira pendapatan isi rumah bagi penduduk luar bandar dan bandar yang mempunyai jurang pendapatan yang besar.

"Di luar bandar orang Melayu lebih ramai jadi pendapatan isi rumah mereka adalah jauh lebih rendah," katanya.

Rosli juga mempersoalkan sama ada kajian tersebut mengambil kira pertimbangan inflasi di dalam pendapatan isi rumah bulanan atau sebaliknya.

"Jika tidak diambil kira maka ia tidak memberi gambaran betul tentang kos sara hidup rakyat dan taraf hidup rakyat Malaysia.

"Walaupun pendapatan isi rumah pada harga semasa kelihatan tinggi tetapi dari segi nilai barang-barang yang dibeli mungkin merosot sebab harga barang meningkat, kuasa beli rakyat merosot. Inflasi lebih laju daripada pendapatan isi rumah maka kos akan meningkat akhirnya taraf hidup merosot," katanya.

Merujuk pada kajian itu, Rosli percaya angka tersebut didedahkan pada harga semasa bukannya pada harga yang di diskaun dengan kadar inflasi tahunan.

"Kalau ianya di diskaun pada kadar inflasi tahunan angka demikian akan jauh lebih kecil daripadam RM5,900. Apa yang perlu dilihat oleh kerajaan perlu mendapatkan angka pendapatan isi rumah bulanan yang di diskaun inflasi," katanya.

Justeru katanya, kajian yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) tidak memberi apa-apa makna yang wajar.

Sehubungan itu, pengguna laman sosial turut mempersoalkan kajian yang dibuat kerana ianya tidak menggambarkan realiti sebenar pendapatan isi rumah rakyat negara ini yang terus menghadapi tekanan dengan kos sara hidup tinggi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan dari segi peningkatan ekonomi, Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini sahaja. HARAKAHDAILY

Polis diminta henti ‘main wayang’, siasat segera punca kematian Beng Hock

$
0
0
IMG_9785

Roketkini.com


SHAH ALAM: Teoh Lee Lan, adik mendiang Teoh Beng Hock semalam membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menangkap dan menahan segera individu yang menyebabkan kematian abangnya lima tahun lalu.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam empat petang, sebagai susulan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Lee Lan berkata, beliau hadir ke balai polis untuk memohon tindakan segera agar keadilan untuk keluarganya dapat dikembalikan.

“Sehubungan keputusan Mahkamah Rayuan, saya memohon pihak polis mempercepat dan menyiasat semula kes kematian Teoh Beng Hock terutamanya terhadap anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat menyoal siasat beliau.

“Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Beng Hock mati dalam tahanan tanpa alasan yang munasabah dan terdapat unsur jenayah.

“Leher beliau didapati mempunyai kesan kecederaan. Selepas pemeriksaan, kecederaan itu adalah pelbagai (multiple injuries),” katanya ketika ditemui di depan IPD Shah Alam selepas laporan dibuat.
IMG_9741

Laporan polis ini adalah yang ketiga setakat ini selepas laporan pertama dibuat pada 6 September oleh DAP Perak di IPD Ipoh.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara Ng Sze Han membuat laporan kedua di Balai Polis Serdang mendesak supaya pembunuh Beng Hock segera dikenal pasti.

Semalam, Jabatan Peguam Negara menegaskan pihaknya akan mendakwa individu yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock jika terdapat keterangan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara menyebut, polis akan membentuk satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan lanjut.

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian Beng Hock disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Panel tiga hakim berkenaan yang diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memerintahkan agar siasatan lebih terperinci dijalankan, tanpa mengecualikan pegawai SPRM. -Roketkini.com

Isu MB: Beri kepercayaan kepada DYMM Sultan Selangor

$
0
0
Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Semua pihak diminta memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru selain berharap ia dapat diselesaikan dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau dinasihatkan supaya memberi ruang kepada Tuanku Sultan dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia akan mengelirukan rakyat .

Sultan“Kita dinasihati supaya memberi ruang dan usaha kepada DYMM Sultan melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

“Pandangan saya kebijaksanaan dan kesabaran DYMM Sultan perlu diberi kepercayaan dan saya berharap perkara ini dapat selesai dengan baik dan mengutamakan kepentingan rakyat Selangor,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, hari ini.

Ketika ditanya siapakah yang mengarahkan beliau supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata ia adalah nasihat daripada pihak Istana, rakan-rakannya yang tidak berminat dengan politik serta ahli keluarga.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa majlis angkat sumpah oleh Menteri Besar Selangor baru pada Jumaat ini adalah spekulasi semata-mata dan tidak perlu dipercayai.

“Semua ini apa pun dilakukan ia mengikut beberapa proses tertentu dan kebiasaannya tradisi di Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk menjemput orang hadir bagi menyaksikan upacra itu.

“Tidak perlu buat spekulasi tentang perkara itu,” katanya lagi.EZY
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live