Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Taib Mahmud Letak Jawatan KM Sarawak?

$
0
0

rakyatnews_Taib_Mahmud

Aqilah Radzuankaidi 


KUALA LUMPUR  - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka melepaskan jawatan disandangnya sejak 33 tahun lalu dan bersara daripada politik dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan untuk berundur selepas 33 tahun menerajui Sarawak dijangka akan dimaklumkan ketika mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sabtu ini.

Abdul Taib, 78, juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat khas bersama semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Sarawak pada hari Ahad.

Menurut laporan tersebut, Abdul Taib sudah memilih beberapa calon dengan kriteria yang diinginkannya.

rakyatnews_KM_Sarawak

Menurut kenyataan sumber berkenaan, tiga nama sudah dikenal pasti akan menggantikan beliau, iaitu Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 69; Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Openg, 64; dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, 58.

Selain itu, turut disebut calon bakal menggantikan beliau adalah bekas anggota Kabinet Pusat, Datuk Seri Effendi Norwawi, 66.

Sebelum ini, Abdul Taib pernah menyatakan hasrat untuk berundur ketika pilihan raya negeri itu pada 2011, bagaimanapun, sehingga awal tahun 2014 masih belum berlaku.

"Ada yang menyatakan Taib akan dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh pada 28 Februari ini," lapor berita tempatan berkenaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722