Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

SPR bersedia jika 'lampu padam'

$
0
0

blackout undiSuasana pengiraan undi ketika berlaku 'lampu padam' yang tersebar di media sosial ketika PRU13 lalu.


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pelbagai langkah persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk insiden lampu padam.

Pengerusinya, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, walaupun insiden itu hanya gimik politik yang dimainkan pihak tertentu,  namun pihaknya tetap berjaga-jaga bagi memastikan PRK Dun Kajang berlangsung dengan baik.

"Kita sentiasa bersedia, walaupun dalam laporan post mortem  perkara itu (lampu padam) tidak berlaku.

"Tetapi kita tetap berjaga-jaga dan berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bersiap sedia dengan generator," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK Dun Kajang.

Bagaimanapun beliau berkata,  pihaknya tidak dapat mengelak jika berlaku perkara diluar kawalan seperti bencana alam atau sebagainya.

"Kalau ada kilat sehingga menyebabkan terputus bekalan elektrik itu kita tidak dapat buat apa-apa.

"Tetapi selalunya ia hanya terjadi dua ke tiga saat sahaja, tidak mungkin kertas undi boleh dipindahkan dalam tempoh yang singkat itu," katanya.

Pada PRU13 yang lalu, pembangkang mendakwa terdapat insiden lampu padam di beberapa kawasan pengiraan undi sehingga menyebabkan mereka gagal menawan Putrajaya.

Susulan dakwaan itu, pemimpin pembangkang mengadakan perhimpunan "Blackout 505"  bagi menuntut keadilan daripada pihak SPR.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722