KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat akan konvensyen peringkat kebangsaan di Selangor pada 8 Mac ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar turut mengumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai penasihat program, manakala Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Peneroka Bandar Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad sebagai pengarah.
Turut hadir sidang media bagi mengumumkan konvensyen tersebut ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Keadilandaily difahamkan Sekretariat Pakatan Rakyat, pertemuan kali ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) manakala tema, logo dan tarikhnya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini adalah yang kelima semenjak 2008 dan yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan pada Mei 2013