Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Cetak baju-T: Eddy Gordo disiasat polis petang ini

$
0
0
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Mohd Zullraidy Ahmad Tarmizi, atau lebih dikenali sebagai Eddy Gordo dari Yellow Boutique telah diarahkan oleh pihak polis untuk menghadiri siasatan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan di IPD Serdang jam 5.00 petang ini.

Ini kerana beliau mencetak T-shirt untuk protes ambang tahun baru 2014 yang lalu di Dataran Merdeka.

Pencetakan T-shirt tersebut telah diklasifikasikan sebagai aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Sekiranya beliau didakwa dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 124D, beliau boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Setakat ini, sebanyak 22 helai T-shirt termasuk paspot beliau telah dirampas sebagai barang kes di kediaman beliau di Seri Kembangan pada 29 Disember lalu.

“Apakah hanya dengan kain, dakwat dan seni mampu mengubah keputusan kertas undi PRU yang lepas dan seterusnya mengancam demokrasi berparlimen di negara ini?

“Apakah ekspresi seni seorang artis muda boleh menyebabkan beliau dipenjarakan sehingga 20 tahun?” tanya anggota Kelab Bangsar Utama, Mandeep Singh dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara, boleh menghubungi Wong  Kar Fai di talian 016-38382323.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722