Syafiq Yaacob
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyifatkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim melucutkan jawatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah sebuah penganiayaan yang serius.
Pengerusi Biro Pekerja PKR Abdullah Sani Abd Hamid berkata, tindakan tersebut merupakan satu konspirasi yang tidak boleh diterima parti.
"Penganiayaan terhadap Azmin Ali adalah sebagai contoh kita tidak boleh berkompromi atau bertoleransi dan saya tidak nampak ianya adalah salah PKNS.
"Mana mungkin seorang pengurus besar memecat ahli lembaga pengarahnya sendiri dan tindakan menteri besar meletakkan kesalahan itu ke atas pengurus terbabit adalah sesuatu yang pelik," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat sokongan dan solidariti kepada penjawat awam PKNS di bangunan perbadanan tersebut, hari ini.

Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat turut mendesak agar jawatan Ahli Parlimen Gombak itu dikembalikan semula dengan segera kerana Azmin telah mengikat perjanjian kontrak bersama PKNS.
Katanya, pemecatan Azmin tidak mengikut prosedur sebenar yang diperuntukkan di negara ini kerana keputusan untuk meletakkan kesalahan seseorang itu tidak boleh dibuat oleh menteri besar tetapi hanya boleh diputuskan oleh panel inkuiri.
"Saya tidak nampak perlucutan jawatan Azmin sebagai suatu tindakan mengemaskini sistem pentadbiran kerana beliau adalah ahli lembaga pengarah.
"Dia (menteri besar) tidak boleh mengatakan Azmin salah kerana kesalahan itu hanya boleh ditentukan oleh panel inkuiri," katanya.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan tindakan oleh menteri besar adalah tidak wajar dan pemecatan Azmin adalah tidak sah.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid menafikan dakwaan perlucutan jawatan Azmin dari PKNS berhubungkait dengan pemilihan PKR Mei ini.