Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pakar: Majlis Fatwa tiada kuasa undang-undang

$
0
0

MALAYSIAKINI





Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu urusan kerajaan negeri, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.


"Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang kerana perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan ia (MFK) tersebut tidak mempunyai status di sisi perlembagaan.

“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh perlembagaan persekutuan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan majlis tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.

Dilaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan menyokong tindakan JAIS menyerbu premis persatuan itu dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta Iban yang mempunyai kalimah Allah baru-baru ini sambil menegaskan, bahan rampasan itu tidak perlu dipulangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dilapor sebagai berkata, muzakarah khas yang bersidang juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak cuba mempolemikkan tindakan JAIS dan menjadikan agama sebagai umpan politik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722