Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MCA gesa kerajaan segera selesaikan isu penahanan warga Malaysia di Sweden

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM


MCA hari ini tampil menggesa kerajaan untuk menyegerakan usaha
menyelesaikan kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden terutamanya dalam soal kebajikan empat orang anak mereka yang kini berada dalam jagaan keluarga angkat bukan Islam.

Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun (gambar) berkata, memandangkan tempoh penahanan pasangan itu kini sudah masuk lebih daripada dua minggu namun sehingga kini masih belum menampakkan sebarang perkembangan dilakukan Kementerian Luar berhubung isu tersebut.

Katanya, biarpun memahami dan menghormati undang-undang yang sudah termaktub di negara itu, MCA sama sekali menolak keputusan untuk memisahkan pasangan itu dengan anak mereka hanya kerana salah faham yang kecil dan ia merupakan satu tindakan sangat tidak berperikemanusian.

"Mengambil kira undang-undang negara itu yang menyebakan pasangan itu bakal kehilangan hak penjagaan anak mereka walaupun disabitkan tidak bersalah namun tuntutan perlu dilakukan kepada mahkamah bagi mendapatkan kembali hak penjagaan anak.

“Kerana itu kita berharap kerajaan Malaysia akan segera mencari penyelesaian daripada perspektif undang-undang keluarga.

"Dan biarpun kami memahami tindakan pihak berkuasa Sweden berdasarkan undang-undang negara itu, namun hak kanak-kanak itu untuk bertemu dengan saudara mereka juga harus tidak dinafikan apabila umum sedia maklum insiden ini berlaku atas perbezaan budaya dan undang-undang.

“Kami juga berharap kerajaan Malaysia akan menangani isu ini dengan mengambil kira keperluan anak pasangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MCA pada masa sama turut menggesa penglibatan yang lebih tegas daripada kedutaan Malaysia di Sweden bagi memastikan kanak-kanak tersebut ditempatkan di bawah jagaan keluarga beragama Islam apatah lagi anak pasangan itu juga sudah menyuarakan perasaan kurang senang dengan keluarga angkat mereka sekarang.

Lebih dari itu beliau juga mendesak agar kerajaan Malaysia menggunakan apa sahaja saluran sewajarnya bagi menyelamatkan pasangan itu dan menggesa pihak berkuasa Sweden untuk menyegerakan perbicaraan.

"Walaupun dalam Akta Kanak-kanak dan Kod Ibu Bapa Sweden tidak menyebut sebarang bentuk hukuman namun ibu bapa masih boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 5 Kanun Keseksaan Sweden daripada tempoh enam bulan hingga 10 tahun bergantung kepada kes tersebut.

"Malah pihak berkuasa Sweden juga telah meletakkan keempat kanak-kanak yang berusia 14, 12, 11 dan 7 tahun dengan keluaga bukan Islam dan telah menyebabkan kehidupan anak-anak tersebut terjejas akibat daripada insiden tersebut, mereka juga dilaporkan kurang selesa apabila keluarga tersebut membela anjing dan terpaksa berkongsi peralatan dan kemudahan," katanya.

Beliau juga menyeru agar Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti turut memaikan peranan dalam menubuhkan jawatankuasa khas dan menghantar wakil mereka bagi mengikuti perkembangan kes tersebut di Sweden.

"Mereka harus berkerjasama dengan Kementerian Luar Malaysia bersama kedutaan negara di Sweden dalam hal-hal melibatkan bantuan saranan secara professional kerana kebajikan kanak-kanak merupakan perkara yang tidak boleh diendahkan dan penyelesaian efektif dan segera perlu dicapai," katanya.

Pasangan warga Malaysia tersebut yang bekerja sebagai Pegawai Tourism Malaysia di Stockholm Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Disember lepas dan tahanan reman mereka dilanjutkan dua minggu lagi bagi siasatan memukul tangan salah seorang anak mereka yang tidak bersolat.

Sweden dikenali sebagai negara pertama yang mempunyai larangan ketat terhadap penderaan kanak-kanak dan apa-apa bentuk pukulan seperti menampar, mencubit, menarik rambut dan hukuman sebat kerana ia dianggap menyalahi undang-undang.

Anak sulung pasangan itu, Aisyah, 14, merayu supaya diletakkan dalam penjagaan keluarga Melayu-Islam dari Malaysia, selain turut memuat naik status merindui ibu bapanya di laman Facebook miliknya.

Bagaimanapun semalam Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata pihak berkuasa Sweden sudah memberi kebenaran kepada wakil ahli keluarga untuk menemui empat anak pasangan warga Malaysia itu.

Beliau berkata kebenaran dan persetujuan itu diperoleh hari ini hasil usaha berterusan wakil Kedutaan Malaysia mendapatkan kerjasama pihak-pihak di negara berkenaan.

"Semua orang harus faham kita perlu mematuhi undang-undang yang ketat dan kita tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Hamzah berkata Khidmat Sosial Sweden juga menyambut baik cadangan Wisma Putra untuk memindahkan kesemua empat anak pasangan itu ke keluarga Islam yang sanggup menjaga mereka.

Beliau turut menjelaskan, keputusan meletakkan kanak-kanak itu di bawah jagaan keluarga bukan Islam dilakukan kerana itu sahaja keluarga yang mampu dan mahu jaga mereka sewaktu kes tersebut mula berlaku.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722