Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Lebih 1,600 Polis Siap Sedia Pastikan Sambutan Thaipusam Berjalan Lancar

$
0
0



PETALING JAYA: Lebih 1,600 anggota polis akan bersiap sedia bagi memastikan sambutan Thaipusam pada Jumaat di Batu Caves berjalan lancar.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, dijangkakan jumlah hadirin yang besar tetapi pihak polis bersedia untuk memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

"Sebahagian jalan akan ditutup malah juga pada hari ini (Khamis) sebagai persediaan untuk sambutan itu," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Antara jalan yang akan ditutup adalah Jalan Batu Caves Lama, Bulatan Batu Caves dan Jalan Perusahaan.

Abd Rahim menasihatkan pengguna kenderaan yang tidak mengambil bahagian dalam sambutan itu supaya menggelakkan daripada menggunakan jalan-jalan tersebut dan jalan-jalan lain di sekitar Batu Caves.

"Penganut agama Hindu diingatkan untuk mematuhi arahan daripada polis trafik dan meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya.

"Kita juga akan memantau aktiviti operator parkir haram yang mahu mengaut keuntungan," katanya sambil menambah bahawa pihak polis akan memastikan keselamatan diutamakan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722