Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PKR Saran Program Permata Diletak Di Bawah Kementerian Pendidikan

$
0
0



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan agar Program Permata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin berkata, saranan itu dibuat bagi mengelakkan berlakunya pembaziran wang rakyat kerana ia melibatkan peruntukan yang besar tetapi dengan matlamat yang sama.

"Visi dan misinya satu iaitu menjalankan operasi pendidikan awal kanak-kanak tetapi dijalankan oleh dua badan dan dua dana yang berlainan.

"Kenapa tidak disatukan (operasi) supaya matlamat ini menjadi lebih realistik dan dapat dijalankan dengan lebih sempurna," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Khamis.

Menurut Manivanan, dalam Bajet 2014 operasi pendidikan awal telah diberi peruntukan sebanyak RM482.3 juta dan RM488.1 juta perutukan dalam Bajet 2013 untuk tujuan sama.

"Apakah operasi yang menelan belanja sebesar itu tidak dapat menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam memastikan pembangunan pendidikan awal yang sempurna bagi memupuk modal insan yang cemerlang untuk masa depan," katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722