HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mungkin masih mempunyai simpati kepada abangnya, lalu mengambil peluang untuk turut memberi nasihat secara tidak langsung.
Bagi blogger Shahbudin Husin, tentunya tidak ada maksud lain apabila Nazir memperkatakan tentang sikap jimat cermat dan belanjawan berhemah Tun Razak melainkan untuk memperingati abangnya kerana Najiblah yang sedang memimpin negara ketika ini.
Lagi pula, menurutnya sebelum ini Nazir tidak pernah menulis apa-apa rencana tentang Tun Razak walaupun beliau juga berpeluang berbuat demikian pada tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya untuk berbuat demikian.
“Beliau memilih tahun ini untuk menulis tentulah ada kaitan dengan kepimpinan Najib yang boros dan sedang dipertikaikan oleh hampir semua lapisan rakyat,” tulis beliau di dalam blognya.
Baginya, walaupun tindakan Nazir ini seperti ‘mengangkungkan’ abangnya sendiri yang sudah cukup sarat dengan pelbagai kecaman, cacian, dijadikan bahan jenaka dan sebagainya, hakikatnya Nazir telah bersikap wajar dan turut bersikap pro rakyat dalam hal ehwal yang melibatkan penggunaan wang negara.
“Atas keberanian dan kewarasannya, rakyat Malaysia harus memberi sekalung tahniah kepada Nazir Razak yang ternyata lebih memahami prinsip perjungan Tun Razak berbanding abangnya, Najib,” tulisnya lagi