HAZAYANI ZAKARIA
KUALA LUMPUR: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) menganggap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai harga kangkung yang turun sebagai usaha mengembirakan hati rakyat.
Pengerusinya, Azan Safar berkata, Najib berjaya memeriahkan dunia pemberitaan apabila pengguna laman sosial memberi pelbagai respons, kebanyakannya berbentuk sindiran dan cemuhan.
"Meriah satu negara Malaysia sehari dua ini apabila Datuk Seri Najib dengan bangganya mengajak rakyat untuk memuji kerajaan kerana penurunan harga kangkung.
"Sekurang-kurang ada juga usaha untuk Datuk Seri Najib menggembirakan rakyat yang sedang dalam kesempitan kenaikan kos sara hidup dengan lawak yang disampaikan. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia boleh bergelak ketawa dan tersenyum seketika," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Namun Azan menegaskan, tindakan Najib tersebut adalah langkah yang sangat mengaibkan rakyat Malaysia kerana rakyat terpaksa menerima hakikat beliau adalah Perdana Menteri kepada Negara Malaysia di kala isu ini bukan hanya menarik perhatian media tempatan bahkan media luar negara.
Beliau bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan bahawa Najib perlukan penasihat baru.
"Saya mengira beberapa langkah tidak popular yang Datuk Seri Najib ambil sebelum ini termasuk dalam isu kangkung adalah berikutan penasihat-penasihat yang mengelilingi perdana menteri Malaysia juga bukan di kalangan orang yang cerdik sama sebagaimana tidak cerdiknya isu kangkung ini dikeluarkan," katanya.
Beliau juga berkata, adalah tidak wajar Najib mengajak rakyat memuji kerajaan hanya kerana harga kangkung turun kerana rakyat sedang berdepan dengan pelbagai kenaikan harga barang lain.
"Paling tidak kita semua maklum bahawa Datuk Seri Najib tidak pernah merasa perit jerih rakyat yang terpaksa membanting tulang untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan seharian. Apakah kangkung merupakan makanan ruji rakyat Malaysia sehingga mengajak untuk rakyat memuji kerajaan?" katanya lagi.
Tambah beliau juga, kenyataan adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak yang mengenang sikap berjimat cermat Allahyarham Tun Razak sekaligus memberikan sindiran kepada Najib yang dilihat berbeza dengan bapanya.
"Bahkan kenyataan adik Perdana Menteri sendiri di dalam memuji legasi pentadbiran ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein sekaligus juga telah memberikan sindiran kepada abangnya Dato Seri Najib yang dilihat jauh daripada sifat-sifat yang dikemukakan malah di ajak untuk kembali ke pangkal jalan melalui pepatah melayu yang disampaikan.
"Turun dalam isu ini mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada perdana Menteri Malaysia kerana memalukan rakyat Malaysia di mata dunia kerana adanya pemimpin negara seperti Dato Seri Najib," perlinya.