Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Isu 'Allah': Tiga PM, tiga janji dimungkiri

$
0
0

MALAYSIAKINI




Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia berkata masyarakat Kristian berharap agar Penyelesaian 10 Perkara dapat memberi jalan keluar dalam isu kalimah 'Allah', namun dua bentuk penyelesaian yang dicapai semasa pentadbiran dua perdana menteri berbeza telahpun menemui jalan buntu.

Herman berkata pihak gereja sejak bertahun-tahun lamanya cuba berhubung dengan beberapa perdana menteri untuk meredakan kebimbangan bahawa penggunaan kalimah 'Allah' oleh golongan Kristian akan mengelirukan orang Islam.


Namun, isu berkenaan tetap dibangkitkan hingga kini, katanya dalam satu forum berhubung kebebasan beragama di Kuala Lumpur pada malam tadi.

"Kami membuat perbincangan panjang dengan perdana menteri pada masa itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad... Beliau berkongsi pandangan orang Islam dengan kami dan kami katakan bahawa kami tiada niat untuk kelirukan sesiapa.

"Persefahamannya adalah orang Kristian akan dibenarkan menggunakan Bible dalam bahasa Melayu dalam ruang lintup gereja, namun Mahathir beritahu apa jadi jika orang Islam bawa Bible keluar, baca dan jadi keliru?

"...Untuk menunjukkan komitmen kami, kami kata kami akan letakkan salib di kulit Bible kami. Jika mereka tidak boleh kenal (lambang salib) sebagai kitab Kristian, saya tidak tahu apa yang mereka boleh kenal...,” katanya.

Katanya, masalah itu berlarutan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila salinan penerbitan Bible dalam bahasa Iban yang menggunakan kalimah 'Allah' dirampas.

"Kami jumpa Abdullah dan berkongsi perkara sama dengan beliau, dan sebagai seorang yang baik hati, perdana menteri kata  beliau memahami kebimbangan kami, tapi kami juga perlu memahami situasi dan rakyat beliau...

"Pada masa itulah ia dipertegaskan bahawa kami akan letakkan salib, namun memandangkan salib tidak dikenali secara universal sebagai satu (simbol) Kristian, kami juga akan menggunakan tulisan "penerbitan Krisitan" di kulitnya," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722