Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Web judi untuk Melayu?

$
0
0
 
Individu yang mahu berjudi di laman tersebut boleh dikenakan bayaran RM50.





PETALING JAYA: Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda kini boleh berjudi dalam talian tanpa gangguan dari pihak berkuasa.

Itulah dakwaan sorang pegawai khidmat runding sebuah laman web yang menawarkan perjudian..
Nama laman web itu menggunakan nama bangsa Melayu yang sinonim dengan agama Islam yang melarang penganutnya  berjudi.

Apabila dihubungi melalui nombor telefon mudah alih tempatan yang tertera di laman web tersebut, seorang pegawai yang dipercayai berbangsa Cina menerangkan beberapa langkah mudah untuk mana-mana individu berdaftar dan kemudian mula berjudi di laman web tersebut.

“Awak daftar dulu di laman web kami, gunakan alamat e-mel yang aktif.

“Kemudian kami akan hantar satu link (pautan) yang perlu awak sahkan sebelum log masuk dan mula bermain (judi),” katanya.

Apa yang lebih mengejutkan, mana-mana individu yang mahu berjudi di laman tersebut boleh berbuat demikian dengan bayaran serendah RM50.

“Bayaran minima kita RM50 sahaja, murah. Lepas awak pindahkan duit ke dalam akaun kami, awak boleh mula main,” katanya lagi.

Pelbagai judi

Beliau turut menjelaskan bahawa  terdapat pelbagai jenis permainan judi yang mereka sediakan di laman web tersebut.

“Ada ‘game’ untuk bola sepak, over, under…semua kita ada,” terang beliau.

Apabila disoal adakah berjudi di laman tersebut selamat dari tindakan pihak berkuasa, beliau dengan yakin menyatakan bahawa perjudian dalam talian tidak akan mendapat gangguan pihak berbabit.

“Jangan takut, ‘online gaming’ ni selamat punya… tak ada mana-mana orang kacau kita sebab kita buat online.

“Sama juga macam di Facebook, awak boleh jual barang elok tak elok kita pun tak tahu lagi tapi awak boleh buat juga,” katanya lagi.

Hasil carian dari laman web tersebut mendapati bahawa mereka menawarkan lebih 300 pilihan permainan yang pelbagai – sukan, lumba, mesin slot dan poker yang boleh diakses daripada komputer, telefon bimbit pintar dan tablet.

Malah, laman tersebut turut mendakwa mereka merupakan syarikat swasta perjudian kedua terbesar di rantau Asia Tenggara.

Di samping itu, pengurusan laman tersebut turut mendakwa bahawa mereka telah berdaftar dengan Institusi Bebas Pertaruhan, Penghukuman dan Perkhidmatan (IBAS) bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dari pihak pengguna berkenaan keputusan perjudian mereka.

Malah, mereka turut mempunyai sebuah akaun Facebook yang digunakan untuk menyatakan keputusan permainan dan pemenang-pemenang di samping mengiklankan promosi-promosi terbaru mereka.

Akaun Facebook tersebut yang wujud sejak 2012, telah mendapat  81,623 ‘like’ dari pengguna Facebook sehingga Jumaat lalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722