Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Exco PAS digesa usul kepada MB Selangor panggil sidang DUN tergempar - Khalid Samad

$
0
0
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat Khalid Samad meminta empat Exco PAS yang menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat usul kepada Menteri Besar itu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.
 
Ujar beliau sidang ini membolehkan krisis yang melanda sejak Mac lalu dapat diselesaikan dengan segera sekaligus membuktikan bahawa dakwaan beliau kepada Sultan Selangor sebelum ini.
 
"Saya menyambut baik sekiranya Exco PAS mengusulkan kepada Khalid untuk mengadakan sidang DUN tergempar bagi menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.
 
"Dengan adanya sidang DUN ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan membuktikan dakwaan Khalid Ibrahim sebelum ini yang memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti untuk kekal sebagai MB," katanya kepada Antarapos.
 
Isnin lalu, Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor untuk menyampaikan perkembangan terkini pentadbiran kerajaan negeri selepas beliau dipecat sebagai ahli PKR, Sabtu lalu.
 
Beliau berkata mendapat perkenan Baginda untuk kekal dan meneruskan tugasnya sebagai menteri besar atas alasan masih mendapat sokongan majoriti DUN Selangor.
 
Bagaimanapun perkara itu dipertikai pimpinan DAP dan PKR, sementelah Khalid Ibrahim bertindak memecat enam Ahli Majlis Kerajaan Negeri daripada dua parti berkenaan selepas mereka menganggap Khalid Ibrahim sebagai menteri besar peralihan.
 
Menurut Khalid Samad yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam itu, sekiranya Khalid Ibrahim gagal memanggil sidang DUN tergempar, ini membuktikan beliau berbohong kepada Sultan Selangor. 
 
"Jika Khalid enggan berbuat demikian, ini menujukkan Khalid cuba berbohong kepada Sultan.
 
Semalam seramai 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR itu sebagai calon Menteri Besar yang baharu, menggantikan Khalid Ibrahim.
 
Mereka adalah 15 daripada DAP, 13 daripada PKR, manakala dua lagi daripada PAS.
 
PAS sebelum ini berpegang kepada pendirian Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat untuk mengekalkan Khalid Ibrahim bagi jawatan nombor satu negeri itu.
 
Bagaimanapun kehadiran ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin di sidang media 30 ADUN Pakatan Rakyat menyokong Azizah bakal mencetuskan polemik, lebih-lebih lagi bagi parti Islam itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722