Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

[KEMASKINI] Exco PAS nafi sekongkol dengan Khalid lewatkan sidang DUN

$
0
0
Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Exco Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali daripada PAS menafikan tuduhan bahawa beliau bersekongkol dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi 'melengahkan' DUN sehingga November ini, seperti didakwa bekas Exco daripada PKR dan DAP.
 
Menurut beliau, Khalid tidak pernah membincangkan usul pembubaran DUN yang dijadualkan November ini bersama empat Exco PAS yang ada.
 
"Menteri Besar tak ada bincang dengan saya pasal bubar DUN November ini.
 
"Tapi kalau beliau bincang dengan Exco lain saya tidak tahulah," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan SUK, pagi tadi.
 
ADUN Selat Kelang itu juga memaklumkan buat masa ini beliau hanya melaksanakan tugas sebagai Exco dan tidak menerima sebarang arahan lain.
 
Semalam bekas Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim mendakwa empat Exco PAS itu menyokong niat Khalid untuk terus kekal mentadbir negeri sehingga sidang DUN penggal ketiga, November ini.
 
Kata Teng, tindakan Khalid yang mahu kekal berkuasa sehingga November depan berniat jahat.
 
Dalam sidang medianya juga sebentar tadi, Teng turut mengulangi gesaan terhadap Khalid agar tidak melengahkan penyelesaian terhadap krisis yang melanda Selangor kini.
 
"Kena buat secepat mungkin.. Ia sangat tak beretika kalau nak  lengah sehingga November," katanya.
 
Beliau turut membidas empat exco PAS yang didakwanya menyokong niat Khalid untuk terus kekal mentadbir negeri.
 
Ketika ditanya apakah beliau dan lima bekas Exco lain tidak menggesa Exco PAS agar mengusulkan kepada Khalid supaya memanggil sidang khas DUN, ini jawapan Teng.
 
"Bagi saya, mereka ada kematangan yang mencukupi untuk memberikan nasihat yang sewajarnya kepada Menteri Besar," katanya kepada pemberita.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trending Articles