Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Azizah masih cetek pengalaman untuk jadi MB Selangor - Pemimpin PAS

$
0
0
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih belum layak memegang jawatan Menteri Besar Selangor, demikian menurut bekas pemimpin PAS Azman Shapawi Abdul Rani.
 
Ini kerana jelas bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, selain masih baru bergelar wakil rakyat di Kajang Wan Azizah juga belum menunjukkan kemampuan dirinya.
 
"Malah saya merasakan bahawa Datuk Seri Wan Azizah perlu mengambil masa yang lama untuk menjadi menteri besar di Selangor.
 
"Lagipun beliau baru menang dan belum tunjuk satu kemampuan diri yang sebenar dari sudut terlibat dengan suasana politik di Selangor, beliau masih baru," katanya kepada Antarapos.
 
Justeru tambah Azman Shapawi, Wan Azizah memerlukan tempoh masa yang lama sekiranya mahu mengisi jawatan itu yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
"Beliau perlu mengambil masa paling kurang dua atau tiga penggal," katanya.
 
Untuk rekod, Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat Abdul Khalid dari parti itu berkuatkuasa serta-merta minggu lalu, menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang kini menjadi wakil rakyat Bebas namun kekal memegang kerusi panas itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
PKR-DAP menyatakan pendirian menyokong pencalonan Wan Azizah Wan namun PAS akan membuat pendirian pada 17 Ogos ini.
 
Kedudukan Abdul Khalid kini bergantung kepada PAS untuk menentukan arah sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menyaksikan BN memberi sokongan kepadanya.
 
Pecat Khalid tindakan tidak wajar
 
Menurut beliau lagi, tindakan memecat Abdul Khalid adalah tidak wajar serta tergesa-gesa sambil menambah ia akan memberi kesan terhadap urustadbir kerajaan negeri.
 
"Saya rasa Selangor ini sebuah negeri yang cukup mencabar dari sudut rakyatnya yang ramai dan berbilang kaum, rakyat yang berpengetahuan tinggi serta hebat dan juga pusat pelaburan tertinggi di peringkat negara.
 
"Dalam keadaan begini saya rasa untuk menukar secara tergesa-gesa satu perkara yang tidak wajar kecuali macam saya sebut tadi kalau betul-betul terbukti berlaku satu penyelewengan yang boleh merosakkan Selangor, yang boleh menjunamkan ekonomi Selangor yang perlu satu tindakan segera itu patut dibuat," katanya.
 
Azman Shapawi menambah mana-mana kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan penyelewengan serta rasuah.
 
"Jika berlaku satu perkara yang sahih atau kemungkaran yang sangat besar tapi kalau setakat khabar angin yang tidak ada hitam putih saya rasa satu perkara yang tidak bagus," katanya.
 
Tegas Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu ini lagi, pemecatan Abdul Khalid tidak sepatutnya berlaku sebaliknya PKR wajar memberi ruang kepada beliau sehingga setiap dakwaan salah guna kuasa disiasat pihak berkuasa.
 
"Saya merasakan bahawa tindakan memecat itu satu tindakan yang agak tergesa-gesa sebab kita pun baru tahu beberapa tuduhan yang dilemparkan kepada Tan Sri Khalid.
 
"Dalam masa yang sama perkara itu belum lagi diketahui sama ada betul ataupun tidak, beliau tidak dibicarakan lagi, SPRM pun kata belum siasat apa pun lagi," katanya.
 
Ujar beliau lagi, sekiranya siasatan pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Abdul Khalid tidak terlibat dengan dakwaan itu maka ia akan beri persepsi negatif kepada PKR.
 
"Sepatutnya saya rasa perkara itu patut diberikan ruang untuk perkara itu dibuktikan kerana kita tidak mahu ada orang yang teraniaya atau dizalimi, itu kita tak mahu.
 
"...dan kita pun tak mahu kalau ketua kerajaan kita terlibat dengan rasuah, penyelewengan itu kita tak mahu tapi perkara itu mesti dibuktikan dahulu sama ada dia betul bersalah ataupun tidak," katanya.
 
Perkembangan mengejutkan banyak pihak apabila 30 ADUN Selangor menyatakan sokongan penuh terhadap Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
 
Keputusan tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini masih menyandang jawatan menteri besar di negeri ini.
 
Menurut Wan Azizah dalam sidang medianya semalam, majoriti ADUN yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS menyatakan sokongan mereka terhadapnya kerana telah hilang keyakinan terhadap pentadbiran yang dikemudi Abdul Khalid.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722