Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

NGO protes di hadapan pejabat DUN Khalid, minta beliau berundur

$
0
0
Oleh Nurshakira Buang
  Post Pic

PELABUHAN KLANG: Sekumpulan pengundi serta pembayar cukai di Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang hari ini melancarkan kempen 'Kembalikan SelangorKu' sebagai tanda protes terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ng Yap Hwa, salah seorang peserta kempen daripada NGO Gerakan Pilihan Raya yang ditemui berkata kehadiran lebih 30 ahli ini kerana tidak berpuas hati dengan kemelut yang melanda negeri Selangor.

Bukan itu sahaja, mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan Khalid yang memecat enam Exco PKR dan DAP Selasa lalu.

"Kami sangat tidak puas hati tentang krisis sekarang dan kita tidak setuju bagaimana Tan Sri Khalid memecat enam orang Exco PKR dan DAP.

"Kerana rakyat Selangor pada PRU13 memilih Pakatan Rakyat (PR) sekaligus bukan memilih Tan Sri Khalid seorang yang tidak berbakti kepada rakyat atau memilih PAS sahaja," katanya kepada Antarapos.

Katanya lagi, kempen tersebut juga dibuat sebagai tanda kematian demokrasi di negeri ini sekaligus menuntut Khalid mengembalikan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor segera sebagai menghormati pilihan yang dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Itu sebab kami datang sini untuk edarkan riben hitam kepada semua rakyat dan pengundi di Pelabuhan Klang sebagai tanda ketidakpuasan hati mereka serta sebagai tanda kematian demokrasi dan juga menuntut Khalid kembalikan menuntut TSKI kembalikan kerajaan PR segera sebagai menghormati pilihan rakyat pada PRU13," jelasnya.

Malah, menurut Ng pihaknya akan meneruskan kempen tersebut sehingga Khalid berganjak daripada tampuk pemerintahan kerajaan negeri itu.

"Ya, ya...mesti (diteruskan)," tegasnya.

"Esok kami akan pergi ke tempat Yb Iskandar Abdul Samad di Pusat Khidmat DUN Chempaka, Ampang pada masa yang sama dan Ahad kita akan berkumpul di Ibupejabat PAS Jalan Raja Laut pada jam 9 pagi," tambahnya.

Kumpulan ini juga turut mengadakan demonstrasi di bangunan SUK.

Namun mereka dihalang daripada memasuki bangunan oleh pengawal.

Ahli-ahli kumpulan itu kemudian mengikat reben hitam di pintu utama untuk menunjukkan bahawa demokrasi yang dinyatakan telah mati.

Perkembangan mutakhir krisis itu menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan penuh 30 ADUN Selangor sebagai calon menteri besar sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Abdul Khalid.

Menurut Wan Azizah dalam sidang media semalam, majoriti ADUN yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS menyatakan sokongan mereka terhadapnya kerana telah hilang keyakinan terhadap pentadbiran yang dikemudi Abdul Khalid.

Namun respons balas Abdul Khalid mengatakan ia perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor, sebagaimana yang termaktub mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas satu kerusi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722