KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Warga Kuala Selangor hari ini dikejutkan dengan beberapa kain rentang politik yang bersifat provokatif, kononnya mengungkap ucapan Rafizi Ramli mengenai parti politik seangkatan dalam Pakatan Rakyat.
Kain rentang yang tertera foto Pengarah Strategi KEADILAN itu mengandungi tulisan: “Berapa ramai lagi pemimpin PAS yang khianat, rasis dan anti demokrasi? Sila jangan bermuka-muka”.
Perkara itu disangkal Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sekeras-kerasnya.
“Setelah menghubungi beliau, Rafizi telah menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Kami telah mengarahkan anggota parti untuk menurunkan kain-kain rentang yang penuh fitnah jahat tersebut,” kata Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan.
Sehubungan itu, KEADILAN mengecam provokasi musuh-musuh politik yang cuba menggunakan situasi di Selangor pada waktu ini untuk mengangkat agenda politik perkauman sempit mereka.
“Hentikanlah permainan politik kuno sebegini!” tegas Fahmi.