Kewibawaan Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar tergugat dipandangan ramai. Beliau yang telah di cadangkan oleh partinya untuk menjadi Menteri Besar tidak tahu adat dan adab untuk memohon mengadap Tuanku Sultan. Jika beliau yang hendak mencerahkan keadaan dengan Ketua Negeri itu, beliaulah yang sepatutnya menulis surat itu, bukannya Anwar Ibrahim kerana beliau akan menjadi Ketua Kerajaan yang akan bernaung di bawah Tuanku Sultan. Bagaimana seorang yang mahu menjadi Menteri Besar, tidak berupaya menulis sendiri surat kepada Tuanku Sultan.
Jika kita hendak berpolitik pun takkanlah kita hendak buang budaya dan adat. Di sini Wan Azizah telah menunjukkan yang tuduhan ramai pihak yang beliau akan hanya menjadi ‘rubber stamp’ kepada Anwar itu sebagai benar dan ia amat mudah di yakini oleh sesiapa. Apatah lagi sifat ‘domineering’ Anwar itu telah di applikasikan oleh Anwar dalam isu menulis surat Kebawah Duli Tuanku.
Selepas ini apa pula yang PKR akan kata Ke Bawah Duli Tuanku kerana menolak surat dari Anwar itu. Tuanku pula yang salah? Selepas itu siapa pula yang salah? Jika ada yang memberikan komen seperti ini lagi, mereka yang salah? Jadi siapa yang betul kepada PKR? Menyalahkan kerja salah mereka juga adalah salah oleh Anwar dan PKR?
Sesungguhnya jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar, Menteri Besar yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim. Pusat untuk membuat keputusan penting bukan di Bangunan Sultan Sallahuddin Aziz Shah di Shah Alam tetapi di Segambut. Itu sebabnya politik sekarang bertambah bercelaru.
PKR sentiasa menyalahkan orang lain, tetapi semua langkah mereka sumbang dan sentiasa tidak kena. Apa sebabnya menjadi begini? Jawabnya senang. Ia adalah di sebabkan yang ‘they are not meant to be there’. Mereka tidak mempunyai ‘attribute’ sebagai pemimpin sejati, tetapi pemimpin yang amat ‘superficial’. ‘They are faked leaders’.
Itulah sebabnya jika mereka menjadi pemimpin semuanya akan menjadi cacar marba dari langkah pertama sehinggalah langkah yang terakhir. Apabila tidak tahu menari dikatakan tanah tidak rata.
Apa yang Anwar mahu mudah untuk di fahami. Beliau mahu kehendaknya Wan Azizah menjadi Menteri Besar di turuti oleh semua pihak. Apabila ada masalah dengan Tuanku Sultan, beliau hendak memberitahu Sultan buat cara yang di kehendakinya. Pendeknya tugas Tuanku Sultan pun beliau hendak ‘dominate’. Kerja Tuanku Sultan pun beliau hendak masuk campur.
Sesuatu bangsa itu telah di jadikan Tuhan dengan ‘attribute’ nya yang berbeza-beza. Orang melayu ada adat dan adabnya sendiri. Jika itu tidak di ikuti, ia bermakna kita cuba menghilangkan ‘identity’ bangsa kita sendiri. Apabila tata-susila itu tidak dapat di ikuti maka tata susila itu pula yang salah. Tuanku pula yang salah. UMNO pula yang salah. Kita tetap benar dan sifat-sifat asal yang di anugerah Tuhan itu adalah salah.
Selepas ini, setelah Tuanku menolak surat kiriman Anwar itu, adakah PKR hendak berdemonstrasi pula kerana semua pihak lain salah?
Itu sebabnya kita mesti berikan tugasan dan tanggungjawab hanya kepada yang ahli dan mahir sahaja. Jika kita beri tugas tukang kasut untuk membuat songkok, songkok itu tidak akan sempurna buatannya. Begitu juga sebaliknya, jika tukang songkok di minta membuat kasut, kasut itu tidak akan sempurna. Akhirnya songkok macam rupa kasut dan kasut pula seperti macam rupa songkok.
Masing-masing sepatutnya mula pergi kursus sivik dahulu sebelum berfikir untuk menjadi pemimpin yang baik. Jika tidak duduk bersembang dengan saya sahaja di mana-mana, di kedai kopi mamak, di surau dan tempat-tempat lepak yang banyak di banyak tempat.