MALAYSIAKINI
Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa pemimpin BN dan Umno kini berusaha memujuk para ADUN Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah dan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
Lim mendakwa demikian berdasarkan bacaannya ke atas tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Khalid Ibrahim yang tangkas membuat kenyataan mewakili 12 ADUN BN untuk menyokong Khalid.
Beliau turut memberi amaran bahawa terdapat golongan tertentu yang menyokong agar PAS dan Umno menubuhkan “kerajaan perpaduan”.
“Apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam dalam krisis MB Selangor mungkin akan mengatasi mesyuarat (Jawatankuasa PAS Pusat) pada 17 Ogos dan menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah belah hingga tidak dapat dibaiki lagi.
“Umno/BN bekerja keras untuk mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor, dalam senario (untuk mewujudkan gabungan) 12 (ADUN) Umno, 15 dari PAS dan Khalid dan juga satu kempen peringkat tinggi untuk menjejaskan kesetiaan ADUN DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi Selangor dan parti masing-masing."