Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jika beban dapat di ringankan, akan lebih mudah membetulkan negara

$
0
0

ASPAN ALIAS


Selalu saya bercakap dan menulis yang sifat ‘greed, anger and foolishness’ merupakan racun yang amat berbisa bagi seseorang atau pertubuhan. Dalam isu politik di Selangor ini ketiga-tiga racun berbisa itu wujud dengan nyata di kalangan pimpinan atasan dalam PKR mahupun dalam parti-parti seperti UMNO dan DAP. Mereka bercakaran bukan kerana hendak membangunkan negara, tetapi mereka bercakaran kerana kesemua mereka adalah ‘social and political climbers’ yang tidak dapat mengelakan diri mereka dari menjadi hamba kuasa dan wang ringgt.

Tanpa mengulangi apa yang sedang berlaku, yang pasti kini, Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai kerajaan di Selangor. Dengan pemecatan Khalid dari parti PKR maka Pakatan Rakyat sudah tidak lagi mempunyai kerajaan yang sah di Selangor kerana Menteri Besar yang mengetuai kerajaan itu bukan lagi ahli kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Selangor telah di bunuh oleh PKR sendiri.

Sekali gus Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor sepatutnya berhenti kerana Menteri Besar yang melantik mereka semasa beliau menjadi ahli PKR sudah di pecat dari menjadi ahli parti itu. Ada pemimpin dalam Pakatan meminta Exco kerajaan PKR supaya jangan meletakkan jawatan sedangkan mereka sepatutnya sudah tidak lagi memegang jawatan itu.

Elok di buat pembetulan kepada pandangan ini. Yang melantik Exco-exco kerajaan negeri itu adalah Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, bukannya Pakatan Rakyat. Jika Menteri Besarnya sudah tidak mendapat kepercayaan parti itu dan dipecat maka Ahli-Ahli Exco kerajaan itu secara naturalnya hilang kedudukan mereka sebagai Exco itu. Maka kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sesungguhnya telah terbubar dan yang tinggal hanyalah Menteri Besar yang tidak berada dalam mana-mana parti. Khalid Ibrahim kini adalah Menteri Besar bebas.

Kita perlu ingat yang jawatan Menteri Besar itu masih di sandang oleh Khalid dan Khalid boleh melakukan rombakan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  yang baru selagi beliau masih menjadi Menteri Besar. Jadi arahan DAP dan Pakatan Rakyat yang menyatakan Exco Kerajaan Selangor kini mesti mengikut arahan Pakatan Rakyat adalah satu tindakan yang agak aneh juga. Mana dia Exco kerajaan negeri sekarang? Mereka (Exco) adalah lantikan Menteri Besar Pakatan Rakyat Khalid Ibrahim, tetapi Khalid sudah tidak lagi menjadi ahli PKR.

Kabinet Negeri itu adalah Kabinet Khalid bukannya kabinet Pakatan Rakyat. Sebelum Khalid berjaya di berhentikan, beliau sepatutnya melantik Kabinet Negeri yang baru untuk kerajaan negeri berfungsi.
PKR mesti mengemukan nama Wan Azizah sebagai yang di kehendaki oleh PKR dan Ketua Umum PKR itu. Tetapi keadaan belum membenarkan nama Wan Azizah di cadangkan kerana Khalid masih ada sebagai Menteri Besar negeri itu.

Khalid masih mempunyai kuasa untuk menasihati Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, dan mengadakan pilihanraya negeri dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Apa yang perlu PKR lakukan selanjutnya jika tidak mahu pilihanraya negeri di adakan ialah dengan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Khalid. Tetapi bolehkah Pakatan Rakyat mendapatkan suara majoriti dalam Dewan undangan Negeri itu?

Tetapi yang lebih selesa bagi rakyat membuat keputusan muktamad dan menyelesaikan masalah besar yang sedang di hadapi oleh kerajaan negeri Selangor ialah dengan Khalid mengadakan pilihanraya negeri.

DAP telah menggertak PAS yang jika di adakan pilihanraya kecil negeri kali ini PAS akan tersungkur, tetapi itu hanya pandangan DAP sahaja. DAP amat takut untuk mengulangi pilihanraya sekali lagi. DAP sebenarnya akan menghadapi masalah yang besar juga untuk mengekalkan jumlah kerusi yang mereka menangi pada pilihanraya umum yang lalu.

Jika pilihanraya negeri di adakan sekali lagi aura sokongan rakyat tidak akan sekuat dahulu dan tidak mungkin aura sokongan itu akan menjadi sama seperti dalam pilihanraya umum yang lalu. Malahan PAS bagi saya akan mempunyai kelebihan jika parti itu mempunyai ‘understanding’ dengan UMNO.

Jika Khalid memanggil pilihanraya negeri sekali lagi PKR dan DAP tidak mempunyai masa yang cukup untuk memulihkan keyakinan rakyat yang sudah jatuh merudum sekarang ini. Lagi pun rakyat sudah mengetahui yang Anwar hampir sudah pasti tidak akan menyampaikan hajatnya untuk menjadiPerdana Menteri kerana masalah yang beliau hadapi dengan perundangan negara yang melibatkan kes sodomi beliau.

Itu sebabnya DAP amat takut jika PAS tidak lagi bersama Pakatan Rakyat kerana PAS mempunyai kesempatan untuk kekal di Selangor dengan jumlah kerusi yang ada membolehkan parti itu sandar- menyandar dengan UMNO.

Pemimpin veteran DAP terlolong apabila mendengar cadangan supaya Khalid menjadi ahli PAS dan PAS bekejasama dengan UMNO. Mereka mengutuk cadangan itu dan menganggap PAS sebagai pengkhianat.

Tetapi PAS boleh bertanya kepada diri mereka sendiri, apa bezanya mereka bersama UMNO dengan bersama mereka dalam Pakatan? Masalahnya sama besar dan retorik yang menyatakan PR itu dengan perjuangan untuk membersihkan negara dari politik kotor itu tidak sampai kemana.

PKR dan Pakatan Rakyat hanya menumpukan untuk mengajak rakyat sejak belasan tahun dahulu untuk menyelamatkan politik Anwar sahaja sehinggakan berperang kita sesama kita kerana kesalahannya sendiri. Anwar mempunyai 'baggage' yang terlalu besar dan ia terlalu berat untuk mengendung masalah beliau yang tidak berkesudahan itu. Itu sebabnya blog ini pernah menulis beberapa hari yang lalu, jika Anwar yang berhenti banyak masalah besar akan dapat di selesaikan.

Maksud saya yang selayaknya berhenti ialah Anwar, bukannya Khalid. Jika Anwar sudah bersara maka PAS akan lebih selesa kerana tidak perlu menahan ragam Anwar sepanjang masa lagi kerana untuk membetulkan kerosakan oleh UMNO itu merupakan perkara yang amat mendesak untuk masa depan negara dan generasi yang akan datang.

Hendak membetulkan keadaan negara jika tambah pula dengan tugasan untuk menutup dan menyelesaikan masalah Anwar itu merupakan beban yang terlalu berat untuk di pikul terutamanya oleh PAS.

Masakan kita akan berjaya untuk membetulkan keadaan negara jika perjalanan masih jauh disamping itu mengendung pula beban yang di sumbangkan oleh Anwar yang berat itu?

Kita tidak boleh mendapat kesemua kehendak kita dalam hidup ini. Justeru jika PAS bertindak tidak bersama dengan PR seperti yang di war-warkan oleh setengah pihak itu, ia merupakan berita yang baik kerana dengan tidak bersama PKR dan Anwar itu, maka sebahagian besar beban yang dipikul selama ini dapat di ringankan dari bahu PR.

Selepas itu PAS boleh memandang kehadapan (looking forward) untuk kembali ke atas landasan perjuangannya yang asal sesudah tergelincir agak lama. Masih tidak terlewat untuk membetulkan keadaan ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722