Keputusan itu dibuat disaat wakil Palestin dan Israel masih lagi berada di Mesir bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang untuk menamatkan serangan kedua-dua pihak.
Ianya juga adalah lanjutan daripada genjatan senjata pertama 72 jam yang berakhir Jumaat lalu yang kemudiannya menyaksikan pertempuran tercetus semula sehinggalah ke malam tadi.
Dalam pada itu, Hamas tetap dengan pendirian bahawa genjatan senjata jangka panjang hanya boleh dilakukan jika kerajaan haram Israel bersedia mengangkat semua kepungan ke atas Palestin.
Ketua Biro Politik Hamas Hamas Khaled Meshaal mengulangi penegasan itu dalam satu ucapannya semalam.
Beliau berkata rakyat Palestin tidak akan kendur dengan tuntutan mereka agar semua kepungan ke atas Gaza dibuka sepenuhnya sebagai syarat genjatan senjata.
Sehingga kini hampir 2,000 rakyat Palestin gugur syahid dalam serangan tentera rejim sejak 7 Julai lalu.- HARAKAHDAILY