Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sudah sebulan, mana siasatan kes kontroversi Bank Rakyat?

$
0
0
KL TODAY



 


Selepas lebih sebulan pendedahan dakwaan surat arahan seorang menteri berberkaitan hutang seorang peniaga kepada Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mahu siasatan mengenai arahan berkenaan disiasat oleh pihak berkuasa.


Bekas Pengerusi Bank Rakyat itu berkata, tidak kira pihak berkuasa mana yang harus dan perlu menyiasat kes itu tetapi siasatan terperinci memang perlu dilakukan. Beliau tetap dengan pendiriannya bahawa surat arahan yang dikeluarkan oleh menteri itu berhubung pinjaman seorang ahli perniagaan berkenaan adalah suatu perbuatan yang sangat salah dan bukan satu kebiasaan.

Atas alasan itu, tegasnya, semua Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat sebulat suara tidak bersetuju dengan arahan berkenaan.

Jelasnya, Lembaga Pengarah Bank Rakyat bukan calang-calang kerana dianggotai oleh Ketua Setiausaha Kementerian, wakil Perbendaharaan, bekas KSU dan individu-individu yang pakar dan berpengalaman dalan institusi perbankan dan kewangan.

“Saya cuma berharap pihak berkuasa tidak kira siapalah, akan mengambil tindakan ke atasnya. Secara peribadi tindakan beliau sangat salah,” ujarnya.

 Sabbaruddin memberitahu, Pengarah Urusan Bank Rakyat telah memberi surat berkenaan kepada Lembaga Pengarah Bank Rakyat dalam satu mesyuarat pada bulan Mac lalu.

 “Kami semua baca surat itu semasa dalam mesyuarat tersebut walaupun surat berkenaan bertarikh 10 Januari 2014.

“Selepas membacanya, Pengarah Urusan telah meminta kami (Lembaga Pengarah) meluluskannya tetapi kami menolak.

 “Pada saya arahan dalam surat itu memang salah, salah. Bagaimana seorang menteri boleh paksa lembaga pengarah.

 “Bagi saya kalau dia berani menulis surat berkenaan, maka dia bertanggungjawablah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

 Pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan sewaktu menganggotai Kabinet dan pernah mengawal selia institusi perbankan, Sabbaruddin berkata, beliau tidak ada masalah untuk mematuhi arahan yang diberikan jika betul dan tidak juga gentar untuk menolak, seandainya arahan berkenaan salah.

Sabaruddin juga mempersoalkan campur tangan menteri terbabit serta apakah tujuan menteri dan ahli perniagaan terbabit mengadakan mesyuarat di pejabat menteri.

 Tambahnya, beliau bersama Lembaga Pengarah akhirnya terpaksa akur dengan arahan surat berkenaan apabila menteri berkenaan memberitahu beliau akan bertanggungjawab.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722