RAKYATNEWS
KUALA LUMPUR - Demi nafsu politik, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui parti itu bersedia untuk kehilangan Selangor jika pilihan raya negeri terpaksa dibuat asalkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya ditumbangkan.
Paling tidak masuk akal, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberi alasan pihaknya sanggup berdepan risiko tersebut kononnya atas dasar integiriti, sedangkan semua telah maklum bahawa cubaan menjatuhkan Abdul Khalid adalah demi nafsu politik peribadi.
Malah beliau turut mengheret DAP dalam alasan tersebut apabila berkata, sekutu kuat PKR dalam usaha untuk menabalkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Menteri Besar Selangor baharu itu berkongsi kesediaan sama.
"Jika kita perlu melakukan pilihan raya negeri untuk menyelesaikan (krisis jawatan menteri besar) dan kita kehilangan negeri dan jika itu berlaku. Saya bersedia, kami bersedia, PKR bersedia. Saya pasti DAP juga bersedia manakala Pas perlu membuat keputusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.