RAKYATNEWS
SHAH ALAM- Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menegaskan usaha dan propaganda yang ditimbulkan setiap hari untuk mengugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya akan merugikan PR khususnya di Selangor.
Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, usaha sesetengah pihak untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu hanya akan merencatkan pentadbiran kerajaan negeri daripada memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Pemuda Pas Wilayah Persekutuan berdiri teguh menyokong ketetapan Dewan Ulama Pas berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.
"Kami yakin keputusan itu meredakan ketegangan pendokong dan penyokong Pas setelah institusi tertinggi parti membuat keputusan yang eksplisit dengan mengambil kira segenap maklumat yang diperolehi," katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.
Kemelut perebutan kerusi panas menteri besar itu sudah sampai kemuncaknya apabila Lembaga Disiplin PKR semalam mengarahkan Adun Pelabuhan Klang itu menghadiri sesi pendengaran berhubung surat tunjuk sebab di ibu pejabat PKR, hari ini.
Tan Sri Abul Khalid Ibrahim bagaimanapun pada sidang media hari ini meminta sesi itu ditangguhkan 15 Ogos depan.