Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kedai cuci kereta S'gor diarah operasi 6 jam saja

$
0
0
MALAYSIAKINI


 



Pusat mencuci kenderaan berlesen di Selangor diarahkan supaya beroperasi selama enam jam sehari, dari jam 12 tengah hari hingga enam petang sebagai langkah penjimatan air di negeri itu.

Dalam satu kenyataan media daripada pejabat menteri besar, arahan tersebut berkuat kuasa dengan serta-merta.

Selain itu, hasil mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan semalam juga mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup pusat mencuci kenderaan tidak berlesen.

Kesemua PBT turut diarahkan supaya mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penguasaha-pengusaha pusat cuci kenderaan supaya membuat persediaan sewajarnya.

“Kerajaan Selangor sedang berusaha memastikan bekalan air mencukupi dan mampu bertahan sehingga fenomena El Nino berakhir.

“Catuan air adalah langkah terakhir sekiranya kesemua usaha-usaha yang dijalankan tidak berjaya,” kata kenyataan itu.

Selain itu, segala langkah mitigasi yang diumumkan oleh kerajaan negeri kini sedang dijalankan termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta liter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tinggi kepada 500 JLH.

Bekalan air mentah ke loji pembersihan air (LPA) dibantu dengan pengepaman air kolam alternatif ke dalam sungai dengan pengeluaran sebanyak 500JLH. Jumlah pengeluaran tersebut akan ditingkatkan kepada 800JLH dengan penambahan bilangan pam mulai 8 Ogos.

Operasi pembenihan awan juga akan dilakukan secara berterusan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan syarikat AF Jet Sdn Bhd ke seluruh kawasan tadahan di Selangor.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722