Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Berani bogel kerana negeri bawah DAP?'

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Umno Pulau Pinang mempersoalkan sekiranya penganjur sukaneka bogel di Teluk Kampi, Pulau Pinang berani menjalankan kegiatan tersebut memandangkan negeri berkenaan diterajui DAP.

Ia dibangkitkan oleh pengerusi badan perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman yang turut mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng bertindak dengan tidak bertanggungjawab dalam kes tersebut.

Beliau mendakwa Lim “lepas tangan” dalam kes berkenaan dan kerana menyerahkannya untuk disiasat oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Apakah penganjuran acara yang memalukan dan tidak bermaruah sebegini boleh berlaku di Pulau Pinang kerana individu yang menyertainya berasa bebas dan tidak takut melakukannya di negeri ini kerana Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui DAP?

"Kenyataan pendirian Kerajaan Pulau Pinang terhadap penganjuran sukan bogel berkenaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, kerajaan negeri hanya berbangga ketika jumlah pelancong ke Pulau Pinang meningkat tetapi dengan cepat melepaskan tanggungjawab kepada pihak lain apabila terdapat pelancong yang melakukan perbuatan memalukan.

Lim dalam kenyataannya semalam menyebut maklumat bahawa seorang renjer Taman Negara berada di lokasi kejadian ketika kegiatan bogel itu berlaku.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa Taman Negara bertindak ke atas perkara berkenaan memandangkan kawasan tersebut tertakluk kawasan itu tertakluk bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam kenyataannya, Zainal berkata “sukan bogel” merupakan perbuatan “jijik dan memalukan” yang mencemar nama baik Pulau Pinang dan negara ini.

Beliau seterusnya menggesa Kementerian Pelancongan dan agensi pelancongan memastikan para pelancong memahami dan menghormati budaya dan agama warga tempatan.

“Penularan budaya songsang, tidak sihat dari luar negara yang bertentangan dengan adat, budaya, amalan dan agama rakyat Malaysia perlu disekat kemasukannya agar tidak mencemarkan nilai murni yang menjadi pegangan dan cara hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama,” katanya.

Beliau turut mendesak polis menyegerakan siasatan dan mendakwa individu terlibat dengan secepat mungkin.

Salah seorang daripadanya dikenalpasti sebagai bekas ketua Wanita Kedah.

GERAKAN menjelaskan, wanita berusia 40-an itu bagaimanapun tidak lagi menganggotai parti tersebut, dan GERAKAN juga tidak terlibat dengan kegiatan bogel itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722