Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

AMT Umno gesa Gani Patail berundur

$
0
0
FREE MALAYSIA  TODAY

Abdul Gani perlu berhenti bersikap mahu cuci tangan dalam isu-isu berkenaan apabila membiarkan kerajaan menjadi mangsa kemarahan rakyat, sedangkan beliau dilantik sebagai peguam negara bagi mengurus hal sedemikian.


UnknownPETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr.Mohd Puad Zarkashi menggesa supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berundur secara hormat kerana disifatkan tidak adil dan tidak tegas terhadap rakyat Malaysia apabila membabitkan isu menyentuh soal perpaduan.

Menurutnya, Abdul Gani dianggap sebagai peguam negara yang gemar melakukan pendakwaan terpilih terutama jika kesalahan itu dilakukan oleh orang Melayu dengan tindakan yang pantas dikenakan terhadap mereka.

“Abdul Gani boleh dianggap sebagai peguam negara yang tamat tempoh dan sudah tiba masanya untuk digantikan dengan tokoh undang-undang yang lebih cekap, berani dan tegas,” katanya.

Tambahnya lagi, memberikan contoh kepada kes pendakwaan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer atas kesalahan mengeluarkan perkataan celaka semasa di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

“Semua orang tahu wakil rakyat mempunyai imuniti baik di DUN mahupun di Dewan Rakyat tetapi dalam kes Rayer, pemimpin DAP ini mengulangi perkataan celaka semasa ceramah di luar DUN.
“Mengapa Peguam Negara lakukan kesilapan ini sehingga kes terpaksa digugurkan?

“Kenapa tiada pendakwaan baharu ke atas Rayer dengan mengambil kenyataan yang dibuatnya semasa ceramah?,” katanya dalam laporan media.

Beliau juga tidak berpuas hati kerana sehingga kini masih tiada tindakan terhadap kes Kelvin Yap selepas lelaki itu secara terang-terangan menghina orang Melayu dan Islam menerusi Facebook baru-baru ini.

Berlainan pula dengan kes penceramah bebas, Shahul Hamid yang segera diambil tindakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan begitu juga dengan kes Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau dikenali sebagai Kiki.

“Abdul Gani perlu berhenti bersikap mahu cuci tangan dalam isu-isu berkenaan apabila membiarkan kerajaan menjadi mangsa kemarahan rakyat, sedangkan beliau dilantik sebagai peguam negara bagi mengurus hal sedemikian.

“Beliau kena jelaskan kenapa Jabatan Peguam Negara lambat bertindak? Apakah kerana tidak cukup bukti atau tidak mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau polis sendiri? Jangan membisu dan mahu cuci tangan.

“Kalau beliau tidak mampu memberi penjelasan, Abdul Gani perlu berundur secara hormat kerana siri kegagalan yang sudah menjadi koleksi beliau sepanjang perkhidmatannya menyebabkan kegelisahan rakyat dan semakin sukar dibendung,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722