Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hasan Ali lebih budiman berbanding Khalid Ibrahim?

$
0
0
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Dua tahun lalu Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendesak Datuk Hasan Ali untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Agama kerana beliau sudah ditolak oleh PAS, malah dipecat parti itu. 
 
"Memandangkan sekarang (Hasan) bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan telah menasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.”
 
Demikian kata-kata Khalid. Namun hari ini Khalid berada dalam keadaan yang tidak jauh berbeza daripada Hasan.  
 
Dalil yang mendorong pemecatan Hasan dan desakan untuk Khalid berundur sebagai MB adalah sama – iaitu seseorang pemimpin yang ditolak oleh partinya  hilang hak untuk terus menyandang jawatan itu. 
 
Tidak kira jawatan itu Exco atau Menteri Besar. 
 
Mengimbas kembali kenyataan Khalid bersabit Hasan, Menteri Besar itu berkata apabila ditolak oleh PAS, Hasan harus mengambil jalan tertib dan berundur. 
 
"Saya berpendapat beliau (Hasan) sebagai seorang 'gentleman' perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat," kata Khalid ketika itu. 
 
Pada hari ini PKR jelas sudah menolak Khalid, hanya belum memecatnya daripada parti sahaja. 
 
Ini mungkin kerana PKR masih mengharapkan Menteri Besar itu juga akan bersikap “gentleman” dan rela berundur. 
 
Bagaimanapun PKR sudah menunjukkan tanda-tanda ia sudah hilang sabar dalam usaha untuk meyakinkan Khalid supaya berundur tanpa mengaibkannya secara terbuka. 
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam mendedahkan tingkah laku mencurigakan Khalid dalam menyelesaikan saman RM67 juta dengan Bank Islam. 
 
Begitu juga dengan cara Khalid mengendalikan penjualan tanah kerajaan negeri kepada sebuah syarikat dan pemberian projek rumah mampu milik  kepada Eco World. 
 
Tiga contoh itu hanya secebis daripada laporan 50 muka mengenai wibawa Khalid yang akan disampaikan kepada PAS serta DAP hari ini. 
 
Ia bertujuan meyakinkan pimpinan tertinggi PAS bahawa Khalid bukanlah Menteri Besar berwibawa yang difikirkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Jika PAS menerima laporan itu, maka tidak ada alasan lagi untuk parti itu mempertahankan Khalid.  Namun adakah PAS akan membuat keputusan tanpa memberi Khalid peluang untuk membela diri? 
 
Apa pun isu jawatan Menteri Besar Selangor akan terus dibelit dengan pelbagai kemungkinan. 
 
Lebih mudah jika Khalid, malah PAS berpegang kepada dalil sama yang digunapakai untuk menghalalkan pemecatan Hassan daripada exco kerajaan negeri dua tahun lalu. 
 
Tidak mungkin Khalid kurang budiman atau “gentleman” berbanding Hasan?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722