Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pesta Bogel: K'jaan Negeri maklum kepada polis

$
0
0

HARAKAHDAILY


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memaklumkan kepada pihak polis berhubung rakaman video penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran pesta tidak bermoral itu.

Kerajaan negeri kata beliau,  tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.

"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata pihaknya sudah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan dengan segera.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan polis juga akan memgesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.

"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya dipetik Hmetro.  HARAKAHDAILY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722