Video Penang Nude Sports Game' yang boleh ditonton dari pautan sebuah laman web dan kini menjadi viral di laman sosial.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

"Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini," katanya.
Pemuda PAS mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yang turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 Disember 2014 nanti.
Tegasnya, program sangat tidak bermoral seperti ini tidak boleh berulang lagi dan boleh mengundang gejala tidak sihat di kalangan masyarakat.
"Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan dan garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemas kini supaya selari dengan syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia selain dipertingkatkan penguatkuasaannya dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan.
Daripada ringkasan video yang disiarkan dan diberi kredit kepada Albert Yam mendakwa seramai 18 orang yang mengambil bahagian dalam acara tersebut. -HARAKAHDAILY