Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Noh tidak bijak kalau hendak menangguk di air keruh

$
0
0


Oleh Mohd Sayuti Omar



Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata pihaknya sedia menghadapi apa saja kemungkinan berkaitan dengan perkembangan di Selangor kini. Nampaknya Noh sedang memerhati penuh minat terhadap apa yang sedang berlaku. Ada tiga kemungkinan yang sedang dihisab oleh Umno, pimilihan MB baru, diadakan pilihan raya semula ataupun undi tidak percaya terhadap Khalid.

Cara Noh bercakap semacam parti itu konfiden sahaja akan mendapat manfaat daripada kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku itu. Secekap mana Umno hendak menangguk di air keruh kali ini atau menahan lukah di pergentingan, sama-sama kita perhatikan. Untuk pengetahuan Noh apa dirasakan itu tidak semudah itu. Salah satu kemungkinan itu akan berlaku, dan mungkin juga tidak berlaku namun ia bukan bererti akan memberi untung laba besar kepada Umno Selangor. Noh dan Umno jangan mengharap hujan kerana terdengar guruh di langit.

Apa yang menimpa Pakatan Selangor kini usahlah Noh berangan-angan tinggi akan dapat merampas semula kerajaan negeri Selangor. Ada beberapa perkara yang Noh perlu lakukan sebelum memasang angan-angan itu. Noh kena perkemaskan Umno dahulu. Umno Selangor kini dalam keadaan demam masih belum kebah lagi. Kekuatan Umno tidak dapat dipulihkan selepas kehilangan darah dan tenaga hingga kehilangan kerajaan negeri 2008.

Situasi dihadapi Umno Selangor tidak menentu. Noh sendiri goyah dan tidak konsisten. Satu masa beliau menyerang Khalid dan kini cuba mengubah taktik dengan memuji kerja Khalid sebagai MB sebagai elok. Budak-budak kecil pun tahu taktik itu, ia adalah taktik lama. Bebuat begitu meyerlahkan niat buruk dan sikap oportunis. Bukankah sebelum ini Noh kerah para janda untuk menyerang Khalid? Dah lupakah?

Makanya adalah baik kalau Noh bercakap bagaimana hendak memulihkan kekuatan Umno. Keyakinan rakyat kepada Umno daripada mencari peluang hendak menyambar dari keadaan yang berlaku. Kalau pun berlaku pemilihan MB baru, apa yang Umno dapat lakukan? Umno sendiri tidak mempunyai tokoh berwibawa untuk jadi MB. Itulah masalahnya.

Orang-orang jenis Noh tiak layak untuk jadi MB Selangor. Sejarah MB Selangor semuanya orang mempunyai diplomasi tinggi dan bukan panas baran.

Apakah Noh mengira dengan ketiadaan Khalid menyebabkan kerajaan Pakatan goyah? Iya adalah silap. Tanpa Khalid Pakatan akan menjadi lebih kuat. Perbalahan dan keretakan dalam Pakatan kini, akan kembali kuat selepas ini. Khalid adalah umpama biduk yang akan mempertautkan kiambang.

Begitu juga sekiranya berlaku undi tidak percaya. Apakah Umno akan menyokong Khalid? Tidakkah tindakan itu tidak bermoral dan Umno sendiri tidak ada integriti. Sikap paling baik diambil Umno kalau undi tidak percaya diadakan ialah berkecuali sahaja. Bukan saja dari Umno kalau ada mana-mana Adun Pas bersimpati dengan Khalid mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa melainkan mengambil pendirian berkecuali.

Mengundi menolak usul undi tidak percaya kepada Khalid akan mendedahkan pendirian politik yang lemah tidak berintegriti serta oportunis.

Kesimpulannya baik Noh perkuatkan Umno terlebih dahulu. Cari dan kenal pasti siapa yang hendak jadi MB. Walaupun Noh merasakan dia layak, tetapi kedudukannya sebagai MP tidak mumungkinkan. Rakyat Selangor marah hari ini kerana Pakatan bergomol sesama sendiri. Jangan salah tafsir marah itu bukan bermakna mereka hendak runtuhkan kerajaan Selangor, tetapi marah kerana hendak memperbaikan keadaan.

Kalau dikali campur, didharab dan dibahagikan mereka akan ludah muka Noh dahulu daripada muka pemimin Pakatan. Itulah perasaan dan sikap rakyat Selangor hari ini. Noh dan Umno janganlah berbuat sesuatu yang membuang masa.- Detikdaily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722