Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ingkar keputusan parti, Abdul Khalid diberi surat tunjuk sebab

$
0
0

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin KEADILAN hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.

Khalid-IbrahimAbdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong menjelaskan, mesyuarat khas Biro Politik pada Ahad lalu telah membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.

Menurutnya, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 Januari lalu bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.

“Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden KEADILAN merangkap Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

“Namun kenyataan media Khalid pada 22 Julai 2014 secara terang-terangan mengingkari keputusan mesyuarat khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor,” ujar Kee Kwong dalam kenyataan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722