Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Nasib PR terjawab dalam tempoh tujuh hari dari sekarang

$
0
0

MSO



Pemimpin Pakatan melafaz ikrar. Foto Mso.
Kehilangan pesawat Mas MH370 bersama 239 dan bencana menimpa MH17 yang mengecaikan 295 penumpangnya tidak lagi menjadi sebutan dan sesuatu yang difikirkan. Kehilangan MH370 yang sudah memakan masa lima bulan, sudah dipasrahkan begitu sahaja.

Pun begitu juga dengan berkecainya MH17 dimana pengecaman mayat masih dilakukan, tidak lagi menjadi topik perbualan, dan minat ke atas kedua peristiwa itu juga tidak penting. Kecualilah waris warah mangsa ke atas kedua-dua kejadian itu. Di desa dan kampung-kampung juga orang tidak ramai menyebut dan mengimbau kepada dua tragedi itu, ia seolah sudah dialpakan dengan meletak ianya sebagai takdir Allah sepenuhnya.

Pemerhatian umum khususnya dalam kalangan orang politik kini ialah kepada senario politik di Selangor, mengenai jawatan MB negeri itu yang diusahakan untuk ditukar ganti dengan muka baru kerana parti (PKR) telah hilang kepercayaan kepada sang MBnya Abdul Khalid Ibrahim. Penungguan orang ramai apakah rancangan untuk menobatkan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai pengganti Khalid menjadi realiti atau tragedi? Sehingga kini ia masih misteri.

Ataupun keriuhan disebalik menamakan Azizan itu sebagai satu lagi testimoni dilakukan Anwar terhadap sejauh mana kematangan dan kelicitan berfikir orang Malaysia terhadap politik?

Kasus MB Selangor ini berpanjangan, dari sebelum puasa membawa kepada sepanjang Ramadhan dan terheret ke hari ini. Berbagai ulasan, pandangan, tafsiran, tenguran baik dari segi moral politik, undang-undang politik yang menyentuh mengenai masa depan PKR dan Pakatan Rakyat berhubung perkara itu dibuat. Pandangan bukan saja dari sarjana, pemerhati politik tegar, bahkan dari kalangan pemain media baru juga yang ada kalanya sangat dangkal dan cemar mengenai assessment politik turut sama bercakap.

Kewujudan media baru hari ini telah menjadikan isu pertukaran MB Selangor menerawang menjadi kelam kabut serta sangat mencemaskan mereka yang menyayangi Pakatan Rakyat. Ia juga merumitkan keadaan. Musuh PKR dan Pakatan Rakyat tidak perlu berkerja keras lagi dengan meletusnya isu itu. Mereka menjadi serigala atau pun beruang air yang menanti mudiknya anak-anak ikan dari hilir menuju ke hulu di pergentingan untuk ditangkap dan diratah mentah-mentah.

Segala macam nasihat, pandangan, spekulasi tidak mengubah keadaan. Para pemain dan watak utama dalam krisis di Selangor itu terus galak dan excited dengan agenda masing-masing. Ia kontras dengan orang bawah yang bermunajat dan berdoa kepada Allah agar Pakatan diselamatkan. Mereka yang rindukan perubahan ke atas negara obses mengenai hal ini. Para pemimpin seakan degil daripada mendengar segala rintihan dan nasihat.

Khalid walaupu diasak bertubi-tubui dan bertubi-tubi, tetapi tetap tidak mahu mengaku kalah, bahkan dia juga sudah nekad dan mengambil semangat dari slogan atau tagline Lawan Tetap Lawan kandatipun sesama sendiri yang akan membawa menang jadi abu kalah jadi arang. Kesungguhan Khalid jelas apabila mencari suaka politik hingga berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sesudah dia mendapat restu daripada presiden Pas.

Begitu juga pihak yang menentang tidak bersetuju dengan Khalid, Mohamed Azmin Ali. Walaupun beliau dilihat lebih diam dan terbuka, tetapi para anak buahnya yang mengharapkan Azmin jadi MB terus memainkan peranan. Serang menyerang sesama sendiri berterusan dan media baru berkebut dan bercepuah dengan lontaran puluru, mortar dan bedilan antara satu sama lain.

Sang hakim pula, Anwar Ibrahim hilang kekuatan dan idea bagaimana untuk meredakan keadaan. Anwar tentu sekali terkaget dengan keliaran dan keliatan anak-anak buahnya. Cadangan agar isterinya Dr Wan Azizan Wan Ismail mengambil tempat Khalid sukar menjadi kenyataan. Apa yang dibayangkan saya, formula itu sangkut nampaknya akan menjadi kenyataan. Dalam menaikkan Azizah sebagai MB, Anwar nampaknya masih mendengar nasihat orang yang sama agar projek Kajang Move digerakkan walaupun projek itu sangat meragukan mengenai dan kemunasabahan dan kesuksesannya.

Kenapa keadaan politik PKR Selangor begitu semrawuk dan kucau barai sekali? Dimanakah punca dan silapnya? Inilah yang patut dikaji dan diselidik sekiranya semua pihak ingin mengatasi masalah itu dan jujur ikhlas untuk berjuang demi rakyat. Tetapi selagi semuanya berpegang kepada benang basah masing-masing ia tidak akan selesai masalah.

Jalan terbaik semua pihak perlu insaf, sedar dan ikhlas dalam janji untuk membawa pembangunan dan membantu rakyat. Kerana kalau ditanya kenapa mereka berperang, semuanya memberi alasan molok untuk kebaikan, menentang kemungkaran dan membela nasib rakyat. Kebaikan apa kalau dunia bakal jadi padang jarak padang terkukur. Kemelut dan perang merebut kuasa sesama sendiri yang natijahnya menderitakan rakyat. Perjuangan sebegini adalah munafik.

Masa masih ada untuk melakukan perdamaian. Mentari politik masih belum naik di sebelah Barat, ertinya pintu taubat masih terbuka. Semangat Aidifitri sepatutnya menginsafkan semua pihak dalam PKR, terutamnya dua anak Ibrahim, Khalid dan Anwar. Kenapa saya kata Khalid kerana beliaulah puncanya. Sama ada tindakan benar dan betul, tetapi kalau beliau akur dengan tuntutan majoriti parti, keadaan akan selamat.

Khalid tidak sewajarnya bergantung kepada sokongan rakyat yang digumba oleh pihak lain termasuk orang yang sering membetulkan songkok dan mengikat sampingnya di pejabat, kerana dia dilahirkan oleh PKR bukan lahir seperti Isa yang dilahirkan Maryam tanpa bapak? Khalid kena insaf tanpa PKR tidak ke mana beliau mungkin beliau kini sudah tidak diingati orang lagi selepas bersara dari Guhtre atau PNB.

Kemelut PKR yang seharusnya diserah dan diselesaikan oleh parti itu secara anak beranak menjadi panjang atau melelahkan lagi apabila ia juga dicampuri sama oleh Pas. Pas tidak perlu mencampuri urusan PKR. Atas perjanjian (konsensus lisan) bahawa MB Selangor adalah untuk PKR, Pas seharusnya memerhati sahaja sebagai seorang rakan yang akan memberi teguran secara berhemah bukannya cuba hendak menangguk di air keruh. Telatah dan sikap sesetengah ahli Pas termasuk pemimpin seakan-akan ada nawaitu tidak baik untuk menahan lukah di pergentingan, menjadikan masalah ini parah. Segelintir ahli Pas harus kawal nafsu tatkala melihat harta rampas perang di hadapan mata.

Sikap inilah menunjukkan Pas tidak mempunyai keperihatian dan semangat setiakawan yang boleh dipertikaikan. Pas tidak semacam DAP. Walaupun ada alasan sendiri tetapi bagi saya Pas tetap kena dipersalahkan. Walaupun ia dilakukan oleh segelintir ahli Pas yang merasakan mereka ideal, tetapi pemimpin tertentu termasuk presiden perlu dipersalahkan kerana kurang bijak dalam melayan dan menangani gelagat anak buahnya.

Semua pihak yang bergeladak dalam krisis di Selangor tidak menyedari mereka digumba dan dihalak oleh musuh tradisi politik mereka, yakni Umno. Umno begitu bijak menyusuk masuk, menyamar sebagai pembela. Segala senjata, peluru dan hujah-hujah (idea psywar) untuk antara satu sama lain berlawanan sesama sendiri dibebalkan oleh Umno. Majalis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah saluran digunakan oleh Umno untuk mengharu birukan keadaan dan mengabui mata rakyat. Malang sekali dua institusi yang cukup suci ini seakan direstui oleh tuan empuntanya Sultan dipergunakan untuk menjadi alat kepada Umno merampas Selangor.

Sepentasnya orang-orang Pas, PKR atau DAP menyedari akan muslihat ini. Pemimpin Pakatan seharusnya lebih bijak daripada pemimpin Umno kalau hendak memerintah Putrajaya. Mereka tidak perlu mudah terpesona dengan peranan musuh ini yang menggunakan nama agama dan bangsa untuk menghancurkan Pakatan Rakyat. Sifat bersangka baik dalam konteks ini tidak tepat dan kena pada masanya. Umno bagaikan persis sebuah jerat yang tidak pernah melupai pelanduk. Manakala Pas dan PKR adalah seekor pelanduk yang sering melupai jerat yang mengekorinya. Sesetengah pelanduk dalam Pas kerana begitu terpesona meragut daunan hingga termasuk ke taman larangan.

Paling merewelkan lagi krisis dalam PKR itu melecer ke luar dan disambar oleh Pas dan memberi kesan negatif. Tanpa dipinta dan diharapkan Pas berpecah dua gara-gara krisis jawatan MB itu. Satu pihak menyokong dan menghormati tindakan PKR mahu menukarkan Khalid atas persefahaman politik, dan sepihak lagi yang tidak bersetuju kerana sudah dipanah dengan rasa keangukuhan disebabkan diulik mimpi bangsawan. Penentangan inilah menghasilkan konflit baru dalam Pas yang kesannya merebak ke seluruh negara.

Kondisi dalam Pas jika tidak diatasi ia boleh membawa bala dan musibah yang membimbangkan. Diharap Abdul Hadi membuat banyak istikharah untuk meletakkan Pas pada tempat sewajarnya.

Seminggu dua ini orang tidak bertanya lemang, ketupat atau nasi himpit, tetapi akan bertanya soal apa yang berlaku di Selangor itu. Orang kini menanti apakah nasib Khalid Ibrahim yang dilihat dihenyah begitu rupa, dan dalam masa melihat bagaimanakah nasib PKR. Ironisnya juga melihat apakah akan terjadi kepada Pas. Kekal dalam Pakatan atau pun mengambil denai sendiri dengan penuh keyakinan kononnya akan dibantu Allah.

Apakah Khalid akan terus kekal menjadi MB, atau ia disalinkan dengan Azizan atau tokoh lain? Dan bagaimana kesudahan dengan kekacauan dan pertelagahan dalam Pas yang membawa kepada soal mazhab dan kabilah, aliran fikrah dan budaya? Semua akan terjawab pada 10 Ogos ini. Di sini saya ingin memberi sedikit indikator kepada permasalahan ini yang seterusnya boleh dijadikan formula untuk melihat masa depan Pakatan Rakyat.

Sekiranya Anwar dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman, dan dalam masa sama Khalid tetap menjadi MB, maka masa depan PKR suram temaram. PKR tidak akan bersemangat. Nasib dialami itu akan turut sama menimpa Pas. Sebaliknya kalau Khalid ditukar walaupun Anwar di dalam Pakatan Rakyat akan terus hidup. Manakala Pas pula kalau majoriti menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB, Pas akan retak yang mungkin akan membawa belah.

Segalanya kini tergenggam ditangan pucuk pimpinan PKR dan Pas. Dipihak PKR tangan yang menggengam jawaban ini ialah tangan Anwar dan Azmin, manakala dipihak Pas tangan yang menggengam jawaban ini adalah tangan Abdul Hadi. Apakah Abdul Hadi akan mengulangi tayangan filem perpecahan Pas yang membawa kepada penubuhan parti baru bernama Hamim pada tahun 1980-an, iya akan terjawab seminggu dari sekarang.

Rakyat yang baik, rakyat yang cintakan damai, rakyat yang ingin perubahan, teruslah berdoa kerana Allah mendengar doa golongan yang daif dan lemah. Ditegaskan kepada semua pendokong Pakatan Rakyat, bahawa hari ini orang Umno dan BN sedang memegang cangkul, sikul dan sebagainya untuk menggali kubur bagi menguburkan Pakatan. Mereka melihat penyakit dialami Pakatan kini merupakan kanser yang sukar untuk disembuhkan.

Namun yakinlah kepada kepada kata hukama dan juga janji Allah s.w.t. bahawa setiap penyakit itu diturunkan bersama penawarnya sekali. Carilah dan usahalah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722