MSO
Saya sengaja menanti dan melihat ulasan berhubungan kenyataan TPM Muhyiddin Yassin yang membayangkan peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya berlaku ketegangan kaum. Menurut Muhyiddin ketegangan kaum kemungkinan berlaku apabila ada kenyataan yang menghina orang Melayu dan agama Islam.
Kemungkinan itu katanya berdasarkan senario ke belakangan ini dimana isu agama sering diperdebatan sehingga ada yang menimbulkan kontroversi.
Gara-gara itu katanya menyebabkan dia tidak bisa lelapkan mata."Saya sendiri sebagai TPM setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara. Ada orang hantar SMS kepada saya, apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama," katanya dipetik.
Justeru beliau menyarankan semua perlu balik ke pangkal jalan, letakkan agama sebagai tunggak dan kekuatan sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam Melayu.
Pemimpin politik bukan Melayu memberi reaksi tidak bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu yang menganggap ia bermotif politik. Lim Kit Siang berpendapat kenyataan Muhyiddin itu sebagai TPM hilang moral dan pertimbangan politik untuk memerintah negara sekaligus menunjukkan kegagalan konsep 1 Malaysia.
Penasihat DAP itu juga mengatakan kenyataan Muhyiddin itu memeranjatkan kerana selama ini tidak ada mana-mnana pemimpin yang mengancam kejadian 13 Mei itu berulang seperti mana Muhyiddin.
"Tidak ada perdana menteri atau timbalannya di Malaysia yang keluarkan kenyataan sebegitu sepanjang tempoh empat dekad ini," dakwa Muhyiddin.
Manaka pemimpin NGO yang galak memperjuangkan Melayu bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu dan mengecam penasihat DAP itu sebagai memutar belitkan kenyataan Muhyiddin. Ia juga turut curi Khairy Jamaluddin untuk mendapat publisiti percuma.
Bekas presiden MIC S Samy Vellu juga yang telah lama membisu ikut sama bersuara. Katanya ketegangan kaum seperti 13 Mei tidak akan berulang lagi kerana rakyat Malaysia sudah bertamadun. Tampaknya bekas menteri kabinet itu tidak bersetuju dengan pendapat Muhyiddin.
Mahathir walaupun tidak memberi komen langsung mengenai pandangan Muhyiddin itu, tetapi melempar igauan Johor Bharu akan jadi seperti Singapura? Kenyataan pesimistik begitu membawa erti tersendiri. Kalau Johor Bharu akan jadi seperti Singapura siapa yang menentukan dasar pembagunan dan pemilikkan hartanah di negeri itu bukankah ia atas restu kerajaan UBN?
Saya ada idea lain melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai satu ingatan yang baik untuk semua tetapi dari juring lain ia merupakan satu tekanan kepada Najib Razak. Muhyiddin tidak mahu menyerang Najib secara langsung tetapi menerusi kenyataan berserampang dua mata yang membela dan membias sebegitu.
Pandangan Muhyiddin itu dengan meletakan kemungkinan yang menyebabkan orang Cina berani menempuh Melayu ialah kerana dasar dan transformasi politik Najib yang berlunak dengan orang Cina. Pemimpina ultra Melayu dalam Umno tidak suka dengan beberapa anjakan dilakukan Najib yang dianggap menumpulkan kuasa kerajaan ditunggaki Melayu.
Misalnya pemansuhan akta ISA, Tahanan Kediman dan kini cadangan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 menjadi "kemurihan" ultra Umno. Pemansuhan itu dijadikan faktor untuk menyerang Najib. Terbaru penerimaan semula beberapa pemimpin Cina, Gerakan dan MCA sebagai anggota kabinet, tidak disenangi oleh ultra Melayu tetapi mereka takut untuk menyuarakannya tetapi mengelegak dalam hati.
Jadi kenyataan Muhyiddin itu berkadas dua, satu untuk mengingatkan orang Cina agar tidak melampau mengikut skil Umno, kedua mengkritik Najib. Muhyiddin bijak dalam soal ini untuk mencari pengaruh dalam Umno. Orang Umno tentu bersemangat dengan sikap Melayu tulen ditunjukan Muhyiddin.
Oleh itu faham-fahamlah kenyataan Muhyiddin itu. DAP atau orang Cina lain tidak perlu takut dan bimbang kalau memahami makrifat sebenar politik Muhyiddin. Yang perlu merasa sengal dengan kenyatan Muhyiddin itu ialah Najib Razak. Biarlah Muhyiddin terus mengeluarkan kenyataan yang meresahkan jiwa Najib kerana labanya ada juga kepada pembangkang
Muhyiddin pernah khianat Pak Lah? |