KUALA LUMPUR: Kediaman Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Anis Afida Mohd Azli di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor terbakar tengah malam tadi.
Difahamkan kesemua barangan termasuk persiapan Aidilfitri keluarganya juga turut musnah.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiiwa dilaporkan.
Anis Afida juga adalah Pengerusi Gabungan NGO Pengerang dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kerusi N38 Dun Penawar.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyrakatan Dewan Muslimat PAS Johor Atiah Ahmad, berkata kerugian dianggarkan sekitar RM40 ribu.
Sehubungan itu, beliau merayu semua pihak prihatin untuk membantu keluarga Anis Afida bagi meringankan beban mereka apatah lagi dalam suasana Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba.
Sumbangan boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank Anis Afida di nombor 1510 7125 0524. -