Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Persatuan Bible anggap pemeriksaan MBPJ satu gangguan

$
0
0
OLEH LEE SHI-IAN

Pejabat Persatuan Bible di Damansara Kim yang diserbu Jais. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Januari, 2014. 
Pejabat Persatuan Bible di Damansara Kim yang diserbu Jais. – Gambar The Malaysian Insider.



Persatuan Bible Malaysia (PBM) hari ini tidak membenarkan dua pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memeriksa bangunan mereka atas dakwaan pengubahsuaian tanpa kebenaran, dan menganggapnya satu tindakan 'mengacau'.

Setiausaha Agung PBM, Simon Wong memberitahu The Malaysian Insider, dua pegawai wanita datang ke pejabatnya hari ini, namun beliau tidak membenarkan mereka masuk.

"Mereka mahu memeriksa kerana membuat pengubahsuaian tanpa kebenaran. Kami tidak benarkan mereka masuk kerana kami anggap ia satu gangguan," katanya, sambil menambah salah seorang pegawai itu berkata beliau akan melaporkannya kepada pegawai atasan.

Menurut Wong, pejabat PBM sudah berada di Damansara Kim sejak 1986 dan MBPJ tidak pernah membuat pemeriksaan ke atas premis mereka.

Kejadian ini berlaku kurang seminggu selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis itu dan merampas lebih 300 naskhah Bible Bahasa Melayu dan Iban.

Dua pegawai PBM, pengerusi Lee Min Choon dan pengurus pejabat Sinclair Wong turut dibawa ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kedua-duanya dipanggil lagi ke pejabat Jais hujung Januari ini di Shah Alam untuk membantu penyiasatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722