MALAYSIAKINI
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol memotong rambut sebagai simbolik bantahan terhadap dakwaan campur tangan pihak luar di Universiti Malaya (UM).
Menurutnya lagi, tindakan itu juga sebagai solidariti ekoran peletakan jawatan Prof Datuk Dr Redzuan Othman sebagai pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
"Ia adalah simbolik. Kami memotong rambut protes campur tangan pihak luar di pentadbiran UM.
"Ia simbolik kepada hak pelajar yang dipotong dan dibuang," kata Fahmi kepada Malaysiakini.
Turut berbuat demikian ialah Setiausaha 2 Persatuan Mahasiswa Univerisiti Malaysa (PMUM) Yushen Leong.
Sebelum itu, kedua-dua pemimpin mahasiswa itu bersama kira-kira 30 pelajar dan aktivis siswa berhimpun depan bangunan Canseleri bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa telah hilang di kampus perdana itu.
Mereka berjalan hampir satu kilometer dari pintu masuk UM Kuala Lumpur ke bangunan itu, menuntut untuk bertemu Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaluddin.
Ahli kumpulan lain turut melaungkan 'Turun Prof Amin' dan mereka bertegas tidak akan bergerak dari tangga bangunan tersebut sehingga Mohd Amin turun menemui mereka.
Hantar memorandum
Pemimpin siswa lain turut serta, Pengerusi Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Khairul Najib Hashim dan Pengerusi pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin yang melaung slogan kebebasan akademik dan kuasa pelajar sepanjang jalan.
Setibanya di bangunan Canseleri, mereka dihalang memasuki bangunan itu oleh kira-kira 20 pegawai keselamatan kampus. Bagaimanapun mereka kemudiannya beralah dan memberi ruang kepada kumpulan siswa itu berkumpul di atas tangga bangunan.
Kemudian, seorang pegawai kepada Mohd Amin turun menemui kumpulan berkenaan dan memaklumkan bahawa naib canselor itu sedang bermesyuarat di tingkat atas.
Mahasiswa kemudiannya mengambil keputusan untuk menunggu dan memberi masa sehingga jam 4 petang agar Mohd Amin turun menemui mereka bagi menjelaskan isu itu.
"Pada pagi dia (Mohd Amin) telefon nak jumpa saya pada 10 pagi, selepas saya hantar mesej kepada dia. Tapi saya tak nak. Saya nak (jumpa) petang ni.
"Dia tak nak jumpa saya petang ini, dia cakap ada mesyuarat dengan RTM," jelas Fahmi kepada pemberita sambil menambah naib canselor bersekongkol membenam kebebasan akademik.
Sementara itu, Khairul Najib pula memaklumkan pihaknya akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan berhubung dakwaan campurtangan dalam isu peletakan jawatan Dr Redzuan itu, pada tarikh yang bakal dimaklumkan.
Turut hadir memberi sokongan moral ADUN Teratai Tiew Way Keng, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari, aktivis agama Wan Ji Wan Hussin dan bekas aktivis siswa Hilman Idham dan Ahmad Syukri Razab.