MALAYSIAKINI
Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan tidak membenarkan pemberian bantuan kepada gelandangan di Bukit Bintang.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aktiviti gelandangan adalah sesuatu yang normal berlaku di bandar besar.
"Kita perlu pertimbangkan mengenai nasib gelandangan ini berbanding kebersihan, bagi saya, selagi mereka tidak melakukan jenayah besar, kita lebih harus prihatin terhadap mereka," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan berbuka puasa dengan kakitangan kementeriannya hari ini.
Akhbar melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, yang dijangka bermula dua minggu lagi.
Beliau juga berpendapat pelaksanaan tersebut perlu ditunda bersama mekanisme lain memandangkan umat Islam kini berada di dalam bulan Ramadan dan cadangan tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada orang ramai.
"Kementerian saya dan Wilayah Persekutuan banyak membuat program untuk golongan gelandangan, dan saya faham niat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membantu golongan itu," katanya.
Sementara itu, Pemuda Umno mahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolong golongan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya berharap kementerian tersebut dan DBKL dapat bekerjasama supaya NGO dapat meneruskan usaha mereka membantu golongan berkenaan.
"Kalau sekiranya ada NGO yang ingin membantu dari segi pemberian makanan dan sebagainya mereka harus dibenarkan untuk berbuat demikian.
"Dari segi tempat boleh ada perbincangan dengan DBKL supaya pemberian itu dapat diberikan secara tersusun di kawasan yang sesuai," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Pengagihan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jias di Pasir Mas semalam.
Menteri Wilayah Persekutuan semalam dilaporkan berkata kementeriannya bersama DBKL akan mengenal pasti lokasi sesuai bagi penempatan golongan itu dengan menyediakan bangunan seperti konsep 'Anjung Singgah' yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
Antara yang akan disediakan di premis itu adalah makanan berkhasiat secara percuma dan NGO dialu-alukan menyumbang makanan.- Bernama