MALAYSIAKINI
VIDEO | 4.39 min
Tiga wanita dan seorang lelaki mahu tindakan diambil terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa tersalah menangkap mereka atas tuduhan berkhalwat ketika mereka sedang dalam urusan berpindah rumah.
Peguam Latheefa Koya dari NGO Lawyers for Liberty berkata keempat mereka yang berusia antara 20 dan 29 tahun, ditahan oleh dua orang pegawai JAIS sekitar tengah malam 22 Jun.
Pada masa itu, lelaki berkenaan sedang membantu wanita berkenaan memindahkan perabot ke rumah sewa baru mereka di Salak Tinggi, Selangor.
Lelaki itu didakwa berada di luar manakala kesemua wanita berkenaan berada di dalam rumah.
Berikutan kejadian itu, wanita terbabit telah membuat laporan polis terhadap pegawai JAIS pada hari Isnin.
"Kami mahu polis mengambil tindakan kerana penyalahgunaan kuasa dan membatalkan usaha untuk mendakwa mereka. JAIS juga perlu memohon maaf kerana memalukan mereka," Latheefa (kiri) kepada Malaysiakini.
Beliau berkata selepas penangkapan itu, JAIS menghantar surat kepada wanita berkenaan meminta mereka hadir di Mahkamah Syariah pada 17 Disember dengan membawa RM3,000 tiap seorang - iaitu denda maksimum bagi kesalahan khalwat.
Ia tidak jelas sama ada keempat mereka akan didakwa atau menghadapi perbicaraan, kata Latheefa.