Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Samy Vellu bawa rombongan ke India

$
0
0
M. Saraswathi 


NEW DELHI: Duta Khas ke India dan Asia Selatan Bagi Insfrastruktur Datuk Seri S. Samy Vellu (gambar) mengetuai 150 anggota delegasi ke perhimpunan tahunan diaspora India, 'Pravasi Bharatiya Divas' (PBD) di sini.
  
Difahamkan semasa acara itu, Samy Vellu akan membuat kunjungan hormat ke atas beberapa menteri utama di India.
  
Perbincangan semasa pertemuan itu dijangka mengenai isu projek berkaitan infrastruktur kepentingan bersama antara Putrajaya dan New Delhi.
  
PBD diadakan sejak 9 Jan 2003 untuk mengiktiraf sumbangan komuniti India di luar negara bagi pembangunan India.
  
PBD ke-12 yang akan diadakan di New Delhi dari 7 hingga 9 Jan 2014 bertemakan 'Engaging Diaspora: Connecting Across Generations'.

Turut akan menghadiri persidangan itu ialah Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan, Penyelaras Putera MIC Kebangsaan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan pegawai kerajaan pusat dan negeri.
  
Konvensyen ini menyediakan platform kepada masyarakat India di luar negara melibatkan diri dengan kerajaan dan rakyat dari negara nenek moyang mereka untuk aktiviti yang memberi manfaat bersama.
  
Ia juga berguna bagi tujuan perhubungan antara masyarakat India di luar negara yang menetap di serata dunia dan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dalam pelbagai bidang.
  
Semasa acara itu, individu yang memiliki merit luar biasa akan menerima anugerah berprestij 'Pravasi Bharatiya Samman Award' untuk menghargai peranan mereka dalam pembangunan India.
  
PBD juga menyediakan forum untuk membincangkan isu-isu utama berkaitan diaspora India. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722