ROKETKINI
Sebuah portal berita popular negara ini, melalui laporan khasnya menyatakan bahawa Pulau Pinang (merujuk kepada bahagian pulau) merupakan bandar raya paling tinggi kos hidup berbanding dengan bandar raya lain di negara ini termasuk Kuala Lumpur. Pernyataan ini pada saya tidak menggambarkan situasi keseluruhan Pulau Pinang serta bandar raya lainnya.
Benar, kos hidup semakin meningkat di Pulau Pinang, sebagaimana juga berlaku di semua bandar raya di negara ini – Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh dan lain-lainnya. Kita semua maklum bahawa Malaysia kini mengalami proses urbanisasi (perbandaran) yang sangat pesat dengan 71% penduduk Malaysia (berdasarkan bancian 2010) merupakan warga kota berbanding hanya 34.2% pada tahun 1980. Malah, Pulau Pinang telah mencecah 90.8% kadar urbanisasi, hanya ketinggalan sedikit berbanding Selangor yang mencatat 91.4% pada tahun 2010.
Statistik yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini menunjukkan bahawa dalam 30 tahun terakhir ini Malaysia mengalami proses perbandaran yang sangat pesat. Namun, seperti yang kita semua maklum banyak harapan warga kota ini gagal dipenuhi oleh kerajaan sedia ada – penjelasan mengapa parti pemerintah Kerajaan Persekutuan kalah teruk hampir di kesemua kota di negara ini termasuk hilang dua negeri paling ‘urbanized’ di negara ini.
Bandaraya utama negara ini mengalami kegagalan infrastruktur yang nyata, apa gunanya mempunyai rangkaian lebuh raya yang canggih dan bertingkat jika masih gagal untuk menggerakkan warga kota dengan cekap? 30 tahun terakhir ini juga menunjukkan kemerosotan kualiti pengangkutan awam di negara ini apabila perkhidmatan ini semakin dipusatkan kepada Putrajaya.
Pulau Pinang berbanding Bandaraya lain?
Ya, penjelasan di atas tidak menjadikan Pulau Pinang lebih baik daripada bandaraya lain tetapi sekadar memberikan gambaran besar situasi kota-kota utama negara ini. Terdapat dua faktor utama yang menjadikan kehidupan kota semakin menjerut di negara ini. Pertamanya adalah kos kediaman. Memiliki rumah menjadi isu yang sangat besar di negara ini, khasnya di kota-kota di mana harga hartanah sangat mahal – apatah lagi di sebuah pulau.
Kos rumah melambung tinggi bukan kerana permintaan sebenar tetapi unsur spekulatif yang menjadikan hartanah termasuk rumah kediaman sebagai perlaburan. Malangnya Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang benar-benar berkesan untuk mengawal perkara ini, termasuk daripada pembeli bukan warga Malaysia.
Bukan lagi rahsia bahawa banyak hartanah sederhana dan mewah di bandar raya negara ini termasuk di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang dimiliki oleh warga asing – bukan salah tetapi jika tiada kawalan, pastinya kos untuk memiliki rumah dalam kalangan warga kota akan semakin tinggi.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan agar levi 3% harga penjualan ke atas semua transaksi hartanah oleh warganegara atau syarikat asing mulai 1 Februari 2014 dilaksanakan. Tindakan ini bagi mengawal amalan pembelian hartanah oleh warga asing.
Dalam tempoh lima tahun terakhir ini oleh kerana kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) mencatat rekod tertinggi dalam sejarah negeri; harga hartanah turut meningkat, termasuk rumah kediaman.
Kerajaan Negeri yang peka akan situasi ini pada Jun 2013 yang lalu telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Pemilihan Perumahan (Selection Process Enhances Committees (SPECS) dengan tujuan memastikan pemberian dan pengagihan rumah dibuat secara adil dan telus serta kepada golongan tidak berada yang perlukannya dengan diaudit bersama oleh sebuah syarikat perakaunan.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia sebuah syarikat perakaunan akan dilantik untuk tujuan sedemikian.
Kerajaan Negeri juga melalui Belanjawan Negeri yang dibentangkan baru-baru ini telah mencadangkan pindaan Dasar Penjualan Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah di negeri ini bagi permohonan penjualan dan pindah milik. Dasar rumah kerajaan tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh surat perjanjian jual beli akan dikekalkan tetapi bagi rumah yang dibina oleh pihak swasta tempoh had larangan dijual akan dilanjutkan daripada 5 tahun sekarang kepada tempoh 10 tahun, sama seperti rumah kerajaan.
Malah, bagi memastikan penjualan dalam tempoh 10 tahun adalah kepada golongan yang perlukannya maka ia hanya boleh dijual kepada pembeli tersenarai (listed buyer) yang disahkan oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri sebagai layak memiliki Rumah Kos Sederhana Rendah atau Rumah Kos Rendah. Dengan kata lain penjualan tidak boleh dijalankan dalam pasaran terbuka tetapi hanya dengan pembeli tersenarai.
Harga jualan semula tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi adalah berasaskan prinsip ‘willing buyer – willing seller’ dan boleh melebihi harga jualan asal antara kedua-dua penjual dan pembeli tersenarai. Langkah ini diharap akan mengurangkan unsur spekulatif dalam sektor perumahan.
Malah, buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah kerajaan negeri menyediakan dana khas berjumlah RM500 juta bagi membiayai pembinaan 20,000 unit perumahan mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang. Dana ini akan ditambah dari semasa ke semasa.
Ya, kita masih memerlukan masa untuk semua inisiatif ini berjalan dan menunjukkan hasilnya.
Pengangkutan dan kos sara hidup
Faktor kedua yang sering menghantui warga kota adalah kos dan kecekapan lalu lintas di bandar. Berbanding dengan bandar raya lain, jumlah tol di Pulau Pinang relatifnya masih rendah dan warga kota di negeri ini menikmati kadar istimewa bagi menggunakan Jambatan Pulau Pinang. Malah, di dalam kawasan pulau, tidak terdapat satu tol pun. Namun, adalah tidak benar untuk menafikan fakta bahawa pengangkutan awam di negeri ini masih jauh daripada memuaskan.
Kebanyakan warga Pulau Pinang bergantung kepada kenderaan persendirian – motosikal dan kereta – untuk bergerak dan hanya 4% warga kota ini yang menggunakan pengangkutan awam, angka yang terlalu jauh daripada sasaran iaitu 40%.
Malangnya, hampir keseluruhan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak banyak yang dapat dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri. Pemusatan perkhidmatan ini telah menjadikan pengangkutan awam di semua kota negara ini amat tidak cekap.
Pengangkutan awam mempunyai hubungan signifikan dengan kos hidup masyarakat kota kerana hampir 25% hingga 40% daripada gaji bulanan kebanyakan isi rumah diperuntukkan untuk membayar ansuran bulanan kenderaan. Dengan menjadikan kenderaan persendirian sebagai sekadar pilihan bukan kewajiban sebagaimana kini, setiap isi rumah secara kasarnya mempunyai antara RM400 hingga RM1,000 untuk digunakan pada keperluan lain – pendidikan dan kesihatan umpamanya.
Oleh yang demikian kerajaan negeri memandang serius kepentingan pengangkutan awam yang cekap. Maka pada 25 Mac 2013, kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri akan mengkaji melaksanakan satu sistem jaringan TRAM dan sistem jaringan Light Rail Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan sepertimana yang telah dicadangkan dalam PIP. Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan meminta janji mantan Perdana Menteri dan YAB Perdana Menteri sejak 2007 untuk membina dan membiayai sistem monorel ditunaikan.
Sekiranya janji ini adalah janji kosong maka Kerajaan Negeri meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa pengendalian demi membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan operasi dengan kuasa sepenuhnya kepada sistem pengangkutan “tram” bersama dengan pihak swasta.
Jelas, sebagai sebuah kota yang diiktiraf oleh ECA International sebagai kota paling sesuai didiami atau the most liveable city di Malaysia pada tahun 2012 dan ke-8 di Asia (Kuala Lumpur di tangga 10 pada tahun yang sama), Pulau Pinang sudah tentu akan terus berusaha untuk menjadikan kota ini bukan sahaja mesra pelabur tetapi yang lebih penting mesra orang ramai. - Roketkini.com