Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tolak petisyen: Kerajaan terus cengkam peneroka

$
0
0

Oleh Norasikin Samsi


KUALA LUMPUR : Petisyen rayuan peneroka Felda yang ditolak di Dewan Rakyat memberi gambaran bahawa kerajaan bakal menindas mereka pada masa akan datang, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Penolakan ini kerana kerajaan tidak mahu peneroka memperolehi taraf hidup lebih baik. Mereka mahu peneroka terus bergantung hidup dengan Felda.

IMG_0874“Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar rakyat terus bergantung hidup kepada kuasa politik,” kata Mahfuz pada sidang media di luar lobi Parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan perlu memberi peluang kepada peneroka untuk menentukan kehidupan mereka pada masa depan, bukan ditindas seperti ini.

“Peneroka tuntut lesen pekebun kecil bagi membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan munasabah. Kerajaan sepatutnya membenarkan permohonan ini.

“Tetapi apa yang kerajaan buat? Peneroka terus dicengkam supaya meneruskan kehidupan melalui pemberian kerajaan.

“Terbukti kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Rayuan peneroka supaya masalah mereka dapat didengari langsung tidak dipeduli.

“Kita ucapkan tahniah kepada peneroka kerana berani bangkit dalam menuntut hak mereka,” kata Mahfuz lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722