Oleh Norasikin Samsi)\
KUALA LUMPUR : Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – Fuziah Salleh (Kuantan) dan N Surendran (Padang Serai) yang baru diusir dari Dewan Rakyat kelmarin tidak kisah walaupun terpaksa duduk bersila atas rumput, di depan bangunan itu asalkan dapat mendengar tuntutan peneroka.
Keprihatinan kedua-dua Naib Presiden KEADILAN itu mendengar keluhan rakyat wajar dicontohi meskipun mereka dihalang masuk ke Dewan dalam tempoh dua hari.
Fuziah dan Surendran diarah keluar Dewan oleh Speaker kerana enggan duduk selepas kedua-dua mereka membawa petisyen rakyat berhubung projek Lynas di Gebeng, Kuantan.
Sekatan itu bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk terus menyumbang khidmat demi membantu rakyat.
Buktinya, mereka sanggup bermandi peluh di bawah panas terik bersama 300 peneroka yang berkampung kira-kira dua jam di perkarangan Parlimen dengan harapan besar supaya kerajaan mendengar keluhan mereka.
Dalam pada itu, kerajaan merancang untuk menggantung keanggotaan Surendran untuk enam bulan lagi, hanya selepas beberapa hari beliau tamat menjalani penggantungan Dewan Rakyat sejak November lalu.
Usul kerajaan itu diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat petang semalam dan dijangka akan dibahaskan dengan panjang lebar dalam persidangan esok (19 Jun).
Usul berkenaan adalah berkaitan sidang media Surendran Isnin lalu yang mendakwa Speaker menyekat suara Pakatan Rakyat di Parlimen, kerana banyak usul yang dikemukakan Pakatan ditolak Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sementara itu, ini kali pertama Fuziah diarah keluar dari Dewan Rakyat.